Bab 17

51 7 0
                                    


"Lepas aku cari alamat yang kau suruh tu, tempat tu memang ada cuma sekarang kedai jahit yang kau kata tu dah lama tutup." Izz menghalakan komputer riba ke arah Faid yang berada di sebelahnya.

"Jadi satu-satunya CCTV yang ada dekat kedai jahit tu sajalah. Kedai lain masih tak pasang lagi waktu tu." Terangnya lagi dengan meregangkan jarinya yang sedikit lenguh.

Tidak tidur malam dia mencari semua maklumat ini kerana ingin membalas jasa Faid memperkenalkan karya seni dia kepada tuan Donz. Katanya ahli bisnes itu sedang mencari beberapa pelukis yang tidak dikenali sangat, namun berbakat untuk mengajak kolaborasi.

Skrin laptop di depan direnung tajam. Memerhati titik alamat. Agak jauh juga dari tempat mereka.

"Kita pergi sanalah. Kau teman aku."

"Bereh boss."

Setelah itu, Izz menutup komputer ribanya. Dia memerhati raut wajah rakannya yang serius. "Kau kenapa?"

"Kau ada jumpa Riyan tak?"

Izz menggeleng kepala beberapa kali.

Lantas Faid menyandarkan tubuhnya di kerusi. Kosong pandangannya terhala ke arah gambar di depan.

"Dah berapa minggu aku tak nampak dia. Aku dah banyak kali telefon pun dia tak angkat," ujarnya meluahkan perasaan terpendam. Risau hati memikirkan keadaan Arriyan.

"Kau tak cari kat rumah family dia?"

"Arriyan yang aku kenal, dia paling susah nak jejak kaki dalam rumah keluarga sendiri."

"Cubalah cari dulu, mana tahu ada." Izz menepuk bahu Faid perlahan lantas dia
bingkas bangun apabila melihat kelibat seorang perempuan masuk ke dalam studionya.

"Eh Fiya? Awalnya sampai. Kelas mula
pukul 2 petang." Izz menegur lembut.

Aufiya menjeling sedikit di belakang Izz.
Seketika matanya bagai bersinar melihat seseorang yang ditunggunya akhirnya muncul.

"Saja Fiya datang awal. Mana tahu boleh tolong Izz apa yang patut." Perasaan gembira cuba disorok sebaik mungkin. Tidak mahu sangat nampak kelihatan.

"Lah takde apa yang Izz buat pun. Cuma
tengah siapkan kerja sikit tapi Fiya bukan tahu sangat hal ni."

Faid tidak mengambil endah. Dia hanya
melakukan halnya saja. Jarinya melukis sesuatu yang selalu berada di fikirannya di atas kertas A4. Garisan-garisan halus dilakukan beberapa kali lalu melakar bentuk sepasang mata yang sungguh menawan baginya.

Mata yang bersinar terang apabila tiba waktu malam...

Mata yang mempunyai banyak luka...

Mata yang saban hari selalu benar mengganggu fikirannya...

"The most beautiful eyes I've ever seen," bisiknya sendiri. Bibirnya tersenyum mekar. Dia mula berada dalam dunianya.

Aufiya banyak kali menjeling Faid. Takkan tak perasan?

"Fiya nak tahu tak, hari tu Izz—''

"Izz... tu siapa? Kawan Izz ke?"

Bibir Izz terus terkatup dari berbicara. Dia memusingkan kepala ke arah Faid yang sedang menunduk melakukan sesuatu.

"Oh ya, lupa nak kenalkan." Laju kakinya
menapak mendekati rakannya. "Ini kawan Izz, Faid. Kami kenal waktu ambil jurusan seni di universiti yang sama."

"Lah, Faid ke ni? Fiya kenal." Nadanya
dibuat-buat terkejut.

Lantas pandangan Izz jatuh menatap Faid yang masih leka dengan dunianya sendiri. Padahal mereka sudah berada berdekatan lelaki itu, namun langsung tidak diambil endah.

"Eh dekat mana Fiya kenal?"

"Faid datang dekat rumah sewa Fiya, kan Faid?" soalnya teruja.

Satu saat...

Dua saat...

Seminit...

Suasana hening.

Izz memicit kuat bahu Faid. Dia pura-pura ketawa. "Kau dengar tak?"

"Aduh sakitlah!"

Izz mengusap rambut Faid lalu mendekatkan mulutnya tepi telinga lelaki itu. "Jawablah atau aku tak nak teman kau..."

Bibirnya merengus sedikit lalu kepalanya ditegakkan. Dia meletakkan pensilnya.

"Hm kenapa?" acuh tak acuh dia menyoal.

Aufiya sedikit tersentap mendengar suara dingin itu. Namun dibuang perasaan itu menjauh.

"Betul ke kau pernah datang rumah sewa
Fiya?" soalan Aufiya ditanya kembali, cumanya kali ini dia yang menyoal.

Kedua tangan diletakkan atas meja. Faid  memandang Aufiya sekilas. Sekejap macam kenal. Lama dia berfikir untuk mengingati kembali. Iyalah dalam otak banyak fikir Embun saja. Hahaha. Sempat berloyar buruk sendiri. Lawak kita-kita.

"Faid tak kenal Fiya? Kawan Embun." Panas hatinya tatkala melihat lelaki itu seakan sengaja mengambil masa untuk berfikir.

Sebut nama Embun, tiba-tiba laju  otaknya berfungsi dengan baik. Tuhkan dah kata otaknya fikir Embun saja. Umi, nak tawennnn.

Dia berdehem perlahan.

"Ya, Fiya kan kawan Embun. Ha'ah aku pernah pergi rumah sewa diorang sebab nak jumpa Embun waktu tu."

"Fiya ni sewa sekali bilik dalam rumah tu, so mereka kenal lah." Sambungnya lagi apabila melihat Izz masih diam.

"Oh faham. Kecil aje dunia ni. Tup-tup Fiya kenal dengan Izz pula." Usai berkata, Izz ketawa-ketawa.

"Betullah tu boleh berjodoh sekali."

Kata-kata itu menyebabkan ketawa Izz mati. Dia menayangkan penumbuk ke arah Faid yang memasang riak tidak bersalah.

Namun lain pula bagi Aufiya, dia rasakan kecewa. Terang-terangan dia rasa ditolak secara halus oleh Faid. Lantas matanya dilarikan. Lalu pandangannya jatuh ke arah kertas yang berada di depan Faid. Lama dia melihat sebelum dia tersenyum hambar. Lelaki itu melukis gambar Embun. Walaupun masih belum sepenuhnya terlukis. Namun sepasang mata Embun cepat saja dia ketahui.

Mata Embun cantik, dia akui itu. Lalu, dia perlu sedar. Lelaki itu sudah jatuh cinta dengan Embun.

Penawar Untuk EmbunWhere stories live. Discover now