Sejak dari isu tadi , aku dan Afif senyapkan diri . Aku masih rasa malu . Aku tunduk muka memandang tetap ke arah kasut snikers kelabu bertumit tebal . Aku terasa di dalam perut kereta ini sunyi . Jadi aku buat keputusan untuk mendengar lagu di radio . Punat radio aku tekan . Radio era tengah memutarkan lagu Hello by Adelle . OMG ! Lagu aku !
Tak sedar mulut aku terkumat-kamit menyanyi lagu tu mengikut Adelle . Sampai Afif pun tegur .
"Minat ke ? Perut tu sakit lagi tak ?"terkejut aku bila Afif tegur . Nasib baik time Adelle highnote tak masuk lagi . Kalau tak , buat malu aku je . Hihihi
"Mestilah . Trending kot dekat MTV ."aku yang tadi diam sebab sakit perut terus bersuara . Hilang sakit perut aku . Afif hanya menggelengkan kepala .
*******
-Tiba di R&R Senawang-
"Syaa , kau nak makan apa ? Aku nak orderkan sekali ni ."
"Aku nak nasi goreng cina , air , aku nak air mineral je ."
Afif mengangguk dan terus meluru ke kaunter makanan .
Makanan yang Afif pesan dah pun sampai . Tapi pelik . Kenapa nasi goreng cina aku je yang ada ? Dia punya order mana ?.
"Afif , kau punya mana ?" Aku tanya sambil pandang muka dia yang blur dan tengah sedut air tea panas .
"Kau makanlah ."Ujar Afif sambil tolak air mineral aku . Dia cakap takut aku tercekik . Take care sangat lah dia ni . Sebab tulah aku suka sangat kawan dengan dia ni .*******
"Afif ..."aku pandang Afif . Aku mencebik bibir tanda dah taknak . Rasa bersalah pulak bila nasi goreng cina tu tak habis . Aku baru makan tiga sudu . Rasa selera ni hilang serta merta .
"Asal tak habis ? Makanlah , nanti perut kau kosong lagi ."
"Dah kenyang..."aku menongkat dagu pada botol mineral . Afif mula menggelengkan kepala .
"Abis , siapa nak makan ?" Afif menunding jari pada nasi goreng tu . Aku bangunkan kepala sambil mengelipkan mata beberapa kali . "Kau lah . Please ,"aku menolak pinggan . Aku capai dan mengambil satu sudu nasi goreng dan memgacukan sudu pada bibir Afif .
![](https://img.wattpad.com/cover/55953539-288-k308105.jpg)
YOU ARE READING
Pengganti Paling Awesome !
RandomHatinya sudah terluka bila bertahun bercinta tiba-tiba putus kerana tidak direstui oleh keluarga pasanganya . Selepas setahun berlalu . Kisah lama telah pun di lupakan . Dia lebih menumpukan kerjaya dia seorang chef yang mempunyai sebuah restoran 4...