Sampai di R&R , Afif keluar dengan menyuruh aku mencapai kopiahnya yang berwarna putih di belakang kerusi kereta . Agaknya nak pergi solat .
"Sya , kalau nak makan pergilah dulu dengan diorang semua . Mungkin aku lambat sikit ." Afif memandang aku yang ingin merebahkan kerusi untuk ke depan memakai kasut .
"Alaa , rasa nak menangislah Ishhh . Afif , tolong turunkan , tak bolehlah , ketat ." Aku mengadu sambil tangan cuba untuk merebahkan kerusi .
Hahahahah !!
Terletus dengan besar gelak Afif . Dia ni , nak tolong ke taknak ? Iyaaii . Ger betullah .
"Diamlah Afif . Susah ni . Tolonglah ." Aku mencebik . Sakit hati pulak bila gelak dia tak boleh berhenti .
Afif menundukkan kepala ke tempat letak kaki di tempat duduk sebelah pemandu . Kasut sneakers aku dia capai dan menghulurkan pada aku .
"Nah , lain kali jangan susahkan diri sampai nak menangis ." Afif mula menahan tawanya dengan senyuman . Cepat saja tangan aku mencubit lengannya .
"Kau tau tak kenapa diorang semua taknak naik dengan kita ?" Tangan yang sedang menyarung kasut tadi terhenti dan terus memandang Afif yang tengah betulkan kopiah di cermin sisi kereta . Aku memang nak sangat sebenarnya tahu walaupun aku memang tak bagi sesiapa lagi dah naik kereta aku selain Afif seorang je . Ehh , termasuk ibu dan ayah tercinta . Hhihi
"Sebab diorang semua nak suruh kita sweet-sweet dalam kereta ni berdua je ." Dengar saja jawapan dari Afif terus aku buntangkan mata dan mencubit lengan Afif lagi sekali . Afif hanya tertawa terbahak-bahak . Haa , yelah . Eloklah tu gelakkan orang . Ishhh .
"Dah dah .. jom keluar , terbantut aku nak pergi surau . Kau nak makan dulu dengan diorang pergilah ." Afif masih dalam mood ketawa ketika bercakap . Aku memandang dengan penuh amaran . Afif mengangkat kedua-dua belah tangan tanda mengalah . Tapi masih ketawa . Ishhh , apa yang lawak sangat . Geramlah ..
"Takpa , aku tunggu kau . Nanti kau makan sorang-sorang pulak . Lagipun perut aku tak lapar lagi , tadi kan aku dah mengunyah keropok dalam kereta tadi . Jadi kenyang lagi ." Afif hanya mengangguk . Enjin kereta di matikan . Handphone , kunci kereta dan dompetnya dia hulurkan pada aku untuk menjaganya .
"Jangan curi duit aku . Lagi satu jangan cuba-cuba usha gallery phone aku ehh ?" Jari telunjuknya di tunjukkan pada hidung aku . Hampir juling aku dibuatnya bila dia putar-putarkan jari telunjuknya itu .
"Eleh , macamlah dia tu handsome sangat sampai aku ni tergerak hati nak tengok gambar kau . Huh , perasan." Tapi kenyataannya memang dia ni handsome pon . Hahahh
*******
15 minit telah berlalu . 15 minit jugak aku tunggu Afif . Sedang menunggu Afif solat , handphonenya menjerit meminta untuk diangkat .Tersentak . Gulp . Air liur aku ditelan dengan penuh terkejut .
'Gambar wallpaper handphone Afif gambar aku ?' Perlahan aku bertanya . Tapi kenapa ? Nama yang tertera di skrin telefon bernama 'father in-law' . Nombor telefon ayah ? Kenapa ni ? Afif memang menaruh harapan dekat aku ke ? Kenapa aku tak perasan ? Kenapa aku tahu ? Kenapa Afif tak bagitahu aku ? Banyak soalan yang berlegar-legar di kepala . Perasaan bersalah mula datang .
Tanpa berfikir banyak , aku mengangkat panggilan dari ayah .
"Hello , assalamualaikum"
"haa , waalaikumsalam , Afif ."
"Ni kaklang ... ayah ."
"Oww , kaklang . Afif mana ?"
"Afif dekat surau solat ."
" oww , haa takpa . Kitorang semua ambil order makan ni . kaklang nak apa ?"
"Char Kuey Tiaw kerang dua sekali Afif ."
" haa , yelah .okay , byee ."
Talian dimatikan . Seseorang mencuit bahu aku dari belakang . Afif .
"Jom makan ." Afif mengajak aku makan .
"Jom ... ayah dah tunggu . Aku dah orderkan kau char kuey tiaw sama dengan aku ." Aku terus melangkah menuju ke kedai yang diberitahu ayah tadi . Afif meminta barang-barangnya namun aku buat diam saja . Aku nak dia tahu apa yang aku tengah fikir .
"Sya , ayah duduk dekat kedai mana satu ni ?" Afif bertanya sambil cuba memegang tangan aku . Aku hanya membiarkan saja . Malas nak berbual atau bergurau . Entah kenapa aku asyik nak marah saja lepas aku tengok gambar aku dalam handphone Afif tadi .
![](https://img.wattpad.com/cover/55953539-288-k308105.jpg)
YOU ARE READING
Pengganti Paling Awesome !
RandomHatinya sudah terluka bila bertahun bercinta tiba-tiba putus kerana tidak direstui oleh keluarga pasanganya . Selepas setahun berlalu . Kisah lama telah pun di lupakan . Dia lebih menumpukan kerjaya dia seorang chef yang mempunyai sebuah restoran 4...