BAB 10

168 15 0
                                    

Kami sekeluarga bersarapan bersama . Dan di sebabkan keluarga makteh datang , aku kena buat sarapan awal sikit sebab takut nanti budak-budak tu meragam nak makan . Lagipun kalau diorang meragam siapa bak layan ? Makteh sibuk tolong ibu , ayah pulak nak kena tolong bersihkan pasu pokok ibu . Aku taknak jaga budak-budak tu , nakal sangat . Yelah makteh ibu tunggal , suaminya baru je pergi menghadap Ilahi beberapa tahun yang lalu .

Sedang kami semua makan , tiba-tiba ayah bersuara selepas menghirup secawan kopi sedikit demi sedikit .

"Aisya , macam mana restoran ? Okay tak ? " lepas ayah tanya je soalan , semua mata tertumpu ke arah aku kecuali kanak-kanak empat orang tu (termasuk anak abang) .

"Ermn , kenapa semua pandang kaklang ?" Aku mengangkat sedikit muka semasa menyuap bihun goreng kedalam mulut .

"Yelah , ayah tanya kau tak jawab-jawab lagi ." Abang mula bersuara . Suara yang agak meninggi . Okay , sejujurnya sejak dari aku kecik lagi aku memang aku takut dengan abang aku yang sulung ni . Dia bersuara je , aku tak sanggup nak angkat kepala pandang dia . Hihihi .

"Eizlan , diam sekejap boleh tak ?" Ayah memandang abang sambil mengangkat cawan .

Tiba-tiba makteh yang ada di sebelah aku berbisik .

"Ayah tanya , restoran okay ka idok . Hang jawablah cepat ." Aku mengangguk dan terus meletakkan garfu .

"Haa , yah . Restoran okay je yah . Semua okay , terkawal ." Aku mengangkat air tea'o panas dan dihirup sedikit-sedikit .

"kau cuti ni , takde sesiapa ke handle restoran tu ?" Ibu yang tadi mengunyah mula bersuara .

"Ada , orang taman perumahan ni jugak bu , bawah kaklang je . Adik-adik . " Aku tersenyum dan mula mengunyah semula . Terasa bangga pulak sebab dapat cari budak untuk handle restoran .

"Boleh percaya ke ?" Abang bersuara kembali . Kadang-kadang marah jugak dengan abang ni , saja je cari pasal . Erhh .

"Abang , janganlah bergaduh depan rezeki ." Ibu mula menasihati abang . Eleh abang tu , dah jadi bapak orang pun nak cari gaduh lagi . Sakit hati jugak kadang-kadang ni .

Abang terus bangun dan tinggalkan meja makan . Macam budak-budak nak merajuk . Aku pula buat muka tak tahu .

*******
Sesudah sarapan , aku ambil keputusan untuk jogging. Tapi tak tau mana satu tempat yang best untuk jogging .

"Makteh!!" Aku terus sergah makteh yang tengah menyapu depan rumah . Memandangkan Abangah bawa Nurul , Nabila dan Zhafran keluar , jadi aku ingat nak ajak makteh ikut jogging sekali .

"Heyy , engkau ni Aisya . Terkejut makteh ." Gelak mula meletus . Makteh juga gelak sekali . Dan mula perang gelak paling kuat . Sampai anak makcik Amienah keluar . Basib baik dia perempuan dan sekepala dengan kitorang . Hhaha .

"Ehh , Aliya . Lama tak jumpa , jom jogging . Lama dah tak dengar cerita ." Aku mula menegur Aliya anak makcik Amienah a.k.a jiran aku .

"Boleh jugak . Kejap Liya naik atas bagi tau umi . Nanti dah siap Liya tunggu depan rumah Kaklang ." Aliya menjawab gembira . Yelah mana taknya . Aku pun dah lama tak borak dengan dia .

"Haa , kaklang nanti hantar makteh sekali dekat rembau prime . Dekat situ ada zoomba . Boleh makteh join . Kalau dekat Kl , zoomba tu ..." belum sempat makteh habis bercakap aku berlalu masuk ke dalam rumah . Tapi .. aku belum lagi ajak makteh . Makteh ni tau-tau je aku nak cancelkan bawak dia jog sekali . Hahaha .

*******

"Dekat sini ke makteh ?"

"Ehh , belakang situ lah ."

BUKK!!

Alamak , aku langgar apa pulak ni ? Issh . Masalah betul lah . Cepat-cepat aku cium tangan makteh dan keluar dari kereta untuk melihat but kereta di belakang .

"Kaklang , nanti balik jemput makteh" makteh berjalanenuju ke tangga kelas zoomba dia tu . Aku hanya mengagguk jauh .

" Alhamdulillah . Takda apa . " aku mengurut dada aku perlahan-lahan . Nasib kereta tak rosak . Tapi yang membuat masalahnya kereta yang aku langgar tu . Kemik sedikit kereta bahagian depan . Alamak , macam mana ni ? Lambat lah aku nak pergi jog ni .

Pengganti Paling Awesome !Where stories live. Discover now