BAB 25

114 10 0
                                    

Sedar dari tidur , aku lihat kereta berhenti di parking , bersebelahan dengan kereta umi dan baba . Aku memandang tempat duduk pemandu . Aku lihat Afif sedang membetulkan butang baju nya . Membulat mata aku bila melihat perbuatan Afif itu .

"Afif!!" aku menjerit . Afif terkejut memandang aku yang sedang duduk tegak dan memandang tepat kearahnya . Dengan dahinya yang berkerut dan bibirnya dicebikkan sedikit .
Kemudian dia terus mengemaskan butang bajunya .

Hati ini makin membara . Bila Afif tidak mempedulikan aku . Kalau boleh nak saja aku carut pada Afif . Apa yang dia buat ini sungguh memalukan .

"Kau buat apa ni ?!" amarah mula datang . kalau boleh angin serta api bercampur atas kepala ni . Bagi aku bukan asap yang keluar di telinga ni tapi api yang tengah menggelegak danmeletus keluar .

Aku malas nak buat kecoh . handbag yang aku letak di tempat handbreak aku capai .

Pintu kereta aku kuak lebar . Kaki mula menuruni kereta . Belum sempat keluar Afif sudah menarik aku ke dalam oerut kereta semula . Ya Allah , Kau lindungilah aku Ya Allah .

"Ehh , sakitlah ! apa ni ?!" aku menghempaskan lengan tangan kanan akuyang dipegang oleh Afif .

"Kau tu yang kenapa ? Tiba-tiba gelabah tak tentu pasal kenapa ? kau ingat ni tergamak sangat le nak buat benda tak senonoh dekat kau ?" Panjang lebar Afif berhujah . Aku masih terpinga-pinga memandang anak matanya .

"Habis , kalau kau tak buat.... haa , kenapa kau butang baju ? kenapa jugak kau tarik aku masuk kereta balik ?" Aku mula ingin berdebat dengan Afif . Sebenarnya , sungguh aku malu . Perasan betul , sedarlah sikit . Kau ni bukannya macam super model lawa , yang boleh buat iman lelaki gugur berderai .

"Aku baru lepas mandilah tadi . Aku mandi pukul 3 pagi tadi . Solat isyak , ganti sekali silat maghrib yang tertinggal . Sekaki dengan subuh ." Afif menyikat rambutnya sambil mrmandang aku dengan sekilas sahaja . Aku hanya menundukkan kepala . Terlampau malu kot .

"Aku tarikbku masuk balik sebab , kau ni bukan boleh percaya . Nanti kau panggil geng 'Abang Sado' kau tu datang sini pukul aku ." Afif menyambung lagi . Aku dengar Afif sudah meletuskan gelak . Pipi ni terasa panas . Menahan malu . Tapi bab ' abang sado' pun sebenarnya aku pun tak tahan . Kalau nak tahu lah , aku pun gelak jugak bila Afif cakap macam tu . Tapi gelak kecil jelah . hihihihi

"dahlah , pergilah mandi . Girls geng kau pun dah pergi mandi dekat toilet sana ." Aku tergelak kecil bila Afif cakap macam tu . Tiba-tiba rasa malu tadi hilang dengan sekelip mata . Terasa hari ini , punchline Afif menjadi . Jadi hari ni aku rasa nak letak tajuk hari ini dengan tajuk 'Afif bersama punchline nya'. Hahahaha

Aku melangkah keluar dari perut kereta . Aku menyuruh Afif membuka but kereta untuk mengambil beg baju .

Selasai menutup but kereta . Aku ke toilet untuk membersihkan diri .

"Sya ," aku dengar Afif memanggil . Terus aku menoleh ke belakang . Afif menyadaikan dirinya di pintu kereta .

Aku mengangkat kening . Apa lagi lah yang dia nak ni .

"tau tak kenapa aku suruh kau mandi cepat-cepat ?" Afif menyeloroh bertanya aku .

"kenapa ?" aku bertanya semula kepada Afif . Ingin tahu juga kenapa .

"sebab muka kau penuh air liur basi ." Terbeliak mata aku bila Afif cakap macam tu . memandang ke kiri dan ke kanan . Aku berlari ke kereta . Di cermin sisi kereta aku suluh muka aku . Angin mula naik , bila Afif mula mengekek-ngekek ketawa . Bukan air liur yang banyak , tapi maskara aku yang banyak . Luntur habis di muka . Baru aku teringat , malam tadi aku menangis sepuas hati aku kerana arwah . Sampai tertidur .

"aaa ,,, aaa..adoiii , kau macam ...hahha , macam joker . hahahaha" Afif ketawa tanpa henti . Ishh apa ni ketawakan orang . erhh , malas nak layab Afif terus aku masuk ke dalam toilet sambil menundukkan muka . Malunya !! bak kata Afif , 'You just like joker' huhh . Bersabarlah dapat kawan bertuah ni .

Pengganti Paling Awesome !Where stories live. Discover now