BAB 13

135 13 0
                                    

Sedang memandu kereta , makteh pula sibuk dengan telefon bimbitnya , Aliya pula hanya membuang pandangan keluar kereta . Angau lagi lah tu . Aishh , aku pula rasa bosan dan rasa mengantuk bila radio tidak di pasang dan orang-orang di dalam kereta membisu . Bahaya betul kalau mood tidur datang secara menyergah masa aku memandu , jadi aku buat keputusan untuk mendengar radio .

Lagu beautiful by Aziz Harun sedang diputarkan . Mulut aku mula mengikut setiap lirik lagu tersebut .

Tutur dan caramu sesuatu ,
Mampu membuat , semua terpaku .

Namun cara kau tunduk membisu ,
Mampu membuat , semua terpaku .

Jelita ,,
Kau sempurna .

Girl , you are so beautiful ...

Tidak sempat aku menghabiskan lirik korus lagu itu tiba-tiba makteh yang tadi bersuara .

"Kaklang , kau cef kan ?" Tiba makteh tanya soalan yang bagi aku pelik tapi takpa . Hahaha

"Yelah makteh oii . Pasai paa tanya ?" Haa , kan dah keluar loghat utaranya . hahaha .

"Masak untuk makteh boleh ? Makteh nak makan speghetti lah ." Aikk ? Angin , ribut , taufan , puting beliung takda tiba-tiba je request  suruh masak pulak ?

"Makteh ni , tadi baru je zoomba , dah nak makan benda berat-berat pulak ." Bukan aku taknak buatkan untuk makteh tapi , nanti bila aku buat ada saja yang tak kena dengan orang di dalam rumah tu nanti . Lagi-lagi ayah , ayah bukannya biasa makan makanan western ni . Nanti macam-macam dia nak komen .

"Yelah , nanti kita singgah Jesco kejap"aku mengalah . Nampaknya aku kena masak dua hidanganlah nampaknya , lagipun tak lama lagi hari jadi ayah yang ke-59 tahun . Jadi aku buat keputusan untuk buat  favourite cake ayah , kek kukus dan kek gula hangus . Hahaha . Dia kan satu-satunya boyfriend aku . Hihihi

*******

"Makteh pergi cari barang untuk speghetti , dengan barang untuk masak asam pedas ikan pari boleh ?" Pinta aku setelah sampai di pasaraya .
"Asam pedas ikan pari ? Untuk apa ?" Tanya makteh sambil kening serta dahi berkerut .

"Ayah ,"jawapan ringkas dari aku . Makteh muka mengagguk faham . Yelah semua dah tahu yang ayah tidak menggemari makanan barat .

"Aliya , ikut kak Cha . Kita pergi cari barang untuk buat kek ." Aliya mengagguk tanda mengikut arahan . Makteh yang mula berkerut muka kami meninggalkan dengan menolak troli kepunyaan pasaraya .

Sedang asyik membelek barang untuk membuat kek , tiba-tiba satu sergahan datang pada aku .

"Woiii !" Terangkat sikit bahu aku bila di sergah secara tiba-tiba dari belakang .

"Oii , kek kau terbakar !" Haa . Aku dah cakap jangan , kan dah melatah .

Terus aku memusingkan badan ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang menyergah tadi .
"ehh kau ni Fif , terkejut aku ." Dah kata dah . Tiada orang lain , mesti dia jugak . Haihh .

"Hahah , sejak bila kau melatah ni ? Lawaklah ." Afif tidak henti-henti gelakkan aku . Ishh , malu lah . Janganlah gelak . Nasib baik takda orang di lorong bahagian kek ni . Hanya aku , Afif dan Aliya . Kejap , Aliya mana ?

"Senyaplah kau . Weii , kau nampak Aliya tak ?" Terus aku tukar topik . Malas nak layan Afif . Muka aku ni pulak terasa panas memerah .

"Ada tu dekat tempat decoration cake tu . Dia yang bagitau kau dekat sini ." Terang Afif panjang lebar , tapi aku hanya membalas anggukkan tanpa memandang ke arah muka sebaliknya membuntuti dia kerana sibuk memilih barang .

"Okaylah , jumpa dekat rumah ." Afif menegur sambil berlalu pergi . Aku hanya mengangkat tangan tanda mendengar .

*******
"ASSALAMUALAIKUM " Aku membuka pintu rumah untuk membenarkan makteh meluru masuk dahulu kerana mengangkat barang dapur . Disebabkan makteh mengidam speghetti bolonails , jadi makteh kena angkat barang yang aku belanjakan di Jesco tadi .

"Amboi Teh , banyaknya shopping ! Banyak duit ?" Ibu menegur makteh yang mula memasuki ruang tamu .

"Ehh , anak along yang belanja ni long oii . Ateh ikut je ." Makteh yang baru meletakkan di dapur bercakap sambil termengah-mengah .

"Banyaknya Kaklang . Kau nak buat apa semua ni ?" Ibu mula bertanya pada aku yang baru masuk ke ruang tamu .

"ehh , bukan selalu . Lagipun hari ni ibu rehat . Kaklang yang take over  tempat ibu . Hahah"  mula lah tu gila aku dah datang . Ibu hanya diam .

Tiba-tiba along yang baru turun dari biliknya menyampuk . "Kau nak masak apa Sya ?" . Aku diam buat-buat tak dengar . Biarlah orang lain yang tolong jawabkan soalan aku . Entah kenapa aku rasa dingin je bila along ada .

"weii , aku tanya ni ." Along yang mula bengang aku mula pandang .

"Speghetti bolonails, " dua perkataan sudah cukup bagi aku untuk melepaskan rasa amarah ini . Tapi , cuma dalam ayat 'speghetti bolonails' tu je . hihihi , mana berani kot nak lawan along ! Marah-marah pun aku tetap sayang .

Pengganti Paling Awesome !Where stories live. Discover now