BAB 35

89 7 1
                                    

'Nasiblah siapa yang dapat kau Afif ..'

'Bertuah betul siapa yang dapat kau ni Afif ...'

'Untunglah bini kau sebab dapat suami tak reti bersabar...'

Terngiang-ngiang di balik fikiran aku . Apa yang aku cakapkan selama ini dekat orang , kena balik dekat batang hidung sendiri . Bila diingatkan balik , rasa bersalah dan malu serta merta menyerbu diri . Pengajarannya , janganlah kita bercakap sebarangan , nanti apa yang kita lontarkan sebelum ni akan dipantulkan semula ke diri sendiri . Dan kerana mulut , badan binasa . Macam saya...

"dah sampai mana ?"

Sergahan buat aku melatah tambah carut tambah tambah tambahlah terkejut ....

"Oiii nasib kaulah berak!! "

Ketawa yang berdekah-dekah buat aku memusingkan badan ke arah Afif yang sedang memandu .

Lengannya yang sasa itu aku tepuk-tepuk sampai dia mengaku kalah . Geram betul , nasib baik tak terkeluar ayat keramat yang memang betul-betul hampir keluar tadi ...

'Oiii nasib aku kahwin Afif '

Hahahahahaha !!

Jahatnyaa kau Aisya ... Bakal suami kau tu , sedar sikit ...

Suasana di dalam kereta sunyi . Tak ada modal untuk bersembang . Celoteh dj radio juga tiada sebab Afif tak suka mendengar radio . Entah bila pulak dia ni budak bijak sangat sampai radio pun tak mau didengarnya lagi ...

Hari ni , dah balik Negeri Sembilan , yelah kerja pun belambak tak siap lagi . Entah macam manalah dengan restoran tu pun aku tak tau . Harap sangat teratur .

"Awak ni memang suka mengelamun ke sayang ?" Afif memandang aku dengan pandangan yang sekilas kemudian kembali memandang jalan .

Terjegil biji mata aku ni . Nasib tak terkeluar lagi . Sayang ? Hehh , apa sayang-sayang ? Tunang belum kahwin pun tak comferm lagi ada hati panggil orang sayang konon ... Debik nanti baru tau .

"Mana ada , orang fikir pasal restoranlah . Takda maknalah nak berangan sana sini ." Ketawa sinis aku tambah . Afif hanya tergelak kecil . Sememangnya aku sakit hati . Ada ke patut bakal suami suka mengusik ? Cubalah buat suprise ke , ini tak .. Mengusik tak tentu pasal . Lari nanti baru tau ...

*******

"Syaa , bangun ."

Suara yang didengari samar-samar membuatkan aku terjaga . Aku mengeliat ke kanan . Bantal yang sedia ada aku peluk dengan nikmat . Hangatnyaaaa!

"awak , kita belum halal lagi ... umi dengan ibu pandang tu .."

Mata yang terpejam aku celikkan sedikit . Mimpi Afif ke aku hari ni ? ehh , biar betul !?

Aku merasakan sesuatu yang menganjakkan kepala aku untuk tegak . Aku mengangkat kepala . Kedua belah mata , ku gosok dengan jari . Kemudian mengeliat kecil .

Aku lihat di luar cermin kereta . Dengan mata aku yang masih kabur , aku terus duduk tegak . Pandanhan aku mula pulih . Kelihatan ibu dan umi tersenyum-senyum memandang kami berdua .

"Jom keluar ..." Afif membuka pintu kereta .. tanpa berlengah lagi , aku memanggil namanya ..

"Kenapa belum halal ?"

Afif memusingkan kepalanya kearah aku kemudian tersenyum .

"Jom turun ."

Aku memandang sepi yang sudah keluar dari kereta sambil menutup pintu . Aku menguap , kemudian menggaru kepala .

Selepas aku keluar dari perut kereta , Afif mengulur kunci kereta aku tanda memulangkannya semula ..

"Terima kasih ... fiancee ."

Ehh ehh .. sejak bila aku ni tunang hang ? amboihh .. banyak hensem ?! Tampar nanti baru tau .

"Beragaklah tunang sekalipun , belum lagi okayy ."

aku meluru masuk ke dalam rumah sambil menarik bagasi baju . Sampai di depan pintu aku memandang Afif yang tersengih nakal sambil melambaikan tangan kearah aku . Cehh , menyampahlah ..

"Ehh Nuraisyatulnisa oii .. balaslah balik 'bye-bye' Afif tu .."

Alamak ibu ni spoil lah ... Ingat tk nampak tadi , ishh .

Aku memusingkan badan . Senyuman senget aku berikan pada ibu dan umi yang tersenyum-senyum pada aku .. Arrh ..

Aku memandang Afif yang sedang membuka kaca mata hitamnya . Ingat hensem sangt ke ?! Eiii geramnyaaa .. maaf geram bukan sebab hensem ye , tapi sebab menyampah .. urhh

Balasan lambaian aku tukar kepada segenggam ketulan penumbuk . Aku lihat Afif ketawa mengekek .. Terus aku masuk ke dalam rumah . Sempat lagi ibu menjegilkan biji matanya pada aku . Umi pula hanya tersenyum kemudian berlalu keluar dari perkarangan rumah ayah dan ibu .

*******

Petang tadi waktu aku duduk di pangkin yang dibina sejak aku lahir lagi di halaman rumah itu , tiba-tiba je ibu datang bawa jeruk yang dibeli si Penang sewaktu singgah disana . Rancak punya berborak sambil makan rojak , ayah pula datang duduk di sebelah ibu .

"Bila balik Kl ?" Ayah memandang aku sambil mengunyah jeruk .

Aku pula berpaling kemudian menyuap jeruk buah pala ke dalam mulut .

" Isnin minggu depanlah ayah .."

"Kalau macam tu ayah nak cepatkan pertunangan kamu dengan Afif .."

Terberhenti aku dari mengunyah jeruk yang berada di dalam mulut . Aku mengemamnya dengan lama kemudian ditelan . Kelat rasanya .. kenapa cepat sangat ?

"Awalnyaa , bagilah kaklang masa lagi .." aku memandang ayah dengan pandangan yang simpati .. kemudian memandang kearah ibu , meminta bantuan tapi hampa ... ibu tak layan langsung , pandang pun tak .

"Yelah , kalau bagi kamu masa , entah bila kamu nak balik .."

Aku terdiam . Mungkin betul apa yang ayah kata . Bila lagi aku hendak pulang dengan restoran dan butik yang terbengkalai itu . Siapa pula yang ingin menguruskan semua itu . Rungsingnya ..

"Lagipun , kamu seorang je yang tak ada calon . Dulu ada calon tapi calonnya kaki temberang . Adik kamu pun , dah ada calon .. sebab itu ayah nak cepatkan pertunangan kamu . Malas ayah nak buat langkah bendul . Bulan ni tunang , bulan depan kahwin . Ayah taknak lambat-lambat , nanti adik pula jadi macam kamu .. hilang calon "

Membisu .. diam tak terkutik . Betul juga . Tapi kenapa seawal ni ? Kerjaya aku macam mana . Terbayang-bayang di ruang fikiran aku semasa mengandung dengan membawa perut yang makin membesar menguruskan restoran yang tunggang-langgang . Fuhh , naya ni .. janganlah Kau dekatkan perkara sebegitu rupa pada aku Ya Tuhan . Biarlah waktu aku mengandung aku hanya duduk di rumah sambil dilayani oleh suami tercinta ..

Alaaa kau ni pun satu Sya , tak payah lah fikir sangat .. lagi pun bulan ni baru bertunang . Bulan depannya baru kau kahwin . Biar jelah ,..

Pengganti Paling Awesome !Where stories live. Discover now