BAB 30

89 8 0
                                    

Kereta yang disewa berhenti di tempat letak kenderaan yang khas untuk kenderaan yang disewa sahaja . Sepatutnya waktu ini aku habis kan masa di Padang Besar , mencari barang yang murah serta unik tetapi , aku lebih selesa berada di bilik hotel yang di tempah . Terperap di dalam tu selama yang mungkin sehingga perut ini bersyair . Bilik hotel aku tak dikongsi dengan sesiapa .

Aku memang jenis yang hidup dengan privasi , sebab itulah , kawan pun tak ramai.Cukuplah ada Zaty dan Thiera untuk aku kekalkan persahabatan ini ke syurga nanti. Kadang-kadang pun, mereka berdua tu pun bukan boleh percaya pun. Berjalan tak pernah nak ingat aku ni. Selalu diperli dengan Zaty 'pergilah jalan seorang,tenggelamkan memori kau dengan privasi kau tu masa jalan nanti' . Deep kan? hahah.

Telefon berdering. Mengganggu betul. Baru nak sweet-sweet sikit ingat memori dengan Zaty. Haishh!

"Hello" dengan penuh kasar, aku menjawab. Maaflah wahai si pemanggil, saya tengah marah awak call kenapa? hahhahah.

"ehh,aku call pun dah tak boleh ke? taulah penat.Janganlah marah"Suara Afif bergema di corong telefon. Bingkas aku bangun dari pembaringan.

Dia ni nak apa lagi. Tak tau ke aku ni penat?! haa ni yang nak marah ni.

"ouh kau. Nak apa? "

"nak makan kau..."

"ok byee."

"ehh,ehh. nantilah, gurau pun tak boleh dah sekarang. Ni aku call  ni pun sebab ibu kau suruh tanya kau nak kirim apa-apa tak?"

"boleh jugak, char kuey tiow seafood dengan stick boleh? Air aku nak milo ais tin jelah."

"okayy"

talian dimatikan. Telefon bimbit dicampakkan ke atas katil. Aku mengumbah bagasi baju aku. Tuala mandi aku capai. Melangkah ke pintu bilik air untuk membersihkan diri.

satu jam berlalu.Siap berbaju dan mengeringkan rambut. Biasalah,perempuan mestilah mandi lama.  macam tak pernah buat pulak yang lain tu, choyy!!

Telefon mula aku capai, aku merebahkan punggung di penjuru katil.Terkejut aku bila melihat nottification telefon. Afif.... Lima misscall  lapan mesej whatsapp! Dia nak apa pulak ni??

'aku bawah kaunter hotel ni cepat turun.' - Afif

'wei mana kau??' -Afif

'aku tunggu dekat kafe hotel' -Afif

'woiii! cepatlah. macam nenek kebayan lah kau ni!' -Afif

'Aisyaaa!!!' -Afif

'aku serbu bilik kau nanti...' -Afif

'cepatlahh sayang oii....' -Afif

'okayy byee' -Afif

alamakk! Macam mana ni? Aduhh. Afif ni dari kecil sampai besar memang susah nak pujuk.Jenuh nak memujuknya.

jariku laju menekan punat 'call' . Kau ni memang cari nahaslah Aisya oii.. Menunggu panggilan di angkat Afif. Tapi hampa, tidak diangkat. Mula bertindak!!

Tudung hitam aku sarungkan di kepala yang rambutnya masih lembap lagi. jam serta gelang di pakai cepat dipergelangan tangan kiri.

Aku menuju ke kaunter pertanyaan hotel. Bertanya sama ada penjaga kaunter nampak susuk tubuh Afif. Tapi malang, katanya dia baru masuk kerja bila orang yang digantikannya itu kurang sihat.

Aku berlari menuju kafe hotel. mencari susuk tubuh jika ada. Yess! adaa!! Pantas aku berjalan ke arah Afif.

Nafasku masih tercungap-cungap sambil memanggil nama Afif.

"Afif....."

Aku menarik kerusi bersebelahan dengan sisi pinggangku. Cepat-cepat aku melabuhkan punggungku, Haaah!! Letihnya.

"Kau makanlah. Aku tak ada selera..." ujar Afif, cepat kaki dihayunkan untuk ke bilik hotelnya namun aku halang.

"Aku minta maaf, aku salah. Aku mandi lambat,aku silentkan telefon aku. Aku minta maaf. "

Pergelangan tangan Afif yang berlapik dengan lengan bajunya aku pegang. Afif menoleh,memandang aku. Mata kami bertaut sesama sendiri. Aku tau dia marah aku sebab lambat. Tengok mata pun dah tau.

"lain kali jangan lambat. Nanti aku makan kau betul-betul nanti baru kau tau."Afif menarik kerusi berhadapan dengan aku. Tangannya yang aku pegang tadi aku lepaskan.

Afif membuka plastik bungkusan. Lalu membac doa serta menyuap

makanan yang telah di belinya tadi. Aku masih lagi menyedut air miloku setelah penat berlari. Mataku tertancap pada bibir Afif. Cantiknyaa... Bibirnya kemerah-merahan mengalahkan perempuan itu menarik perhatian aku. Mana taknya, Afif tidak pernah menghisap rokok atau menyentuhnya langsung sedang semua kawan-kawannya perokok. Tanpa aku sedar, Afif menegur aku.

"tak payah tengok lama-lamalah bibir aku ni. Kalau nak rasa kawin dulu dengan aku."

Tertelan liur aku bila Afif menegur.  Iyalah, orang masih marah, muka aku ni pun dia tak pandang.

"lambat makan tinggal...."Afif bersuara sambil bungkusan makanannya di masukkan ke dalam plastik kosong.

Cepat-cepat aku buka bungkusan kuey tiow aku. Mula membaca doa makan.dengan laju sambil menyuap mee tersebut ke dalam mulut. Aku memandang Afif yang sudah berdiri dan ingin beredar. Haa habisss lah aku!!! Ibu tolong!!

"ehh nak pergi mana? temanlah aku..." aku menegur dengan mulut yang penuh dengan mee tiow tersebut.

Afif berjalan keluar terus dari kafe hotel tanpa menghiraukan aku. Tapi,kenapa hati ini rasa seperti ditinggalkan seseorang yang kita sayang?? Kenapa dengan perasaan aku ni. Tanpa sedar air mata aku mengalir. Cepat-cepat aku mengelapnya dengan belakang tangan aku.

Aku menutup semula bungkusan makananku kemudian beredar dari kafe tempat duduk itu. Aku menuju ke lif hotel untuk ke bilikku. Pintu lif terbuka. Aku melangkah masuk ke dalam perut lif.  Dengan sendiri aku menangis. Sedihnya bila ada orang buat diri dengan sebegini rupa.

Bilik aku yang berhadapan bilik Afif aku berdiri di tengah lorong. Aku memandang sayu pintu biliknya. Kad bilik aku cucuk ke daun pintu. Belum sempat aku melangkah masuk ke bilik, satu note pad kecil berwarna biru laut tertampal dipintu bilikku.

Perkataan 'SORRY :)' terpampang di atas kertas tersebut. Aku mencabut kertas tersebut lalu masuk ke dalam bilik.

Tanpa sedar, bibir ini mengukir senyuman...

Pengganti Paling Awesome !Where stories live. Discover now