BAB 12

142 11 0
                                    

•••End flashback•••

"Terkejutkan bila jumpa dekat sini ."Irfan gelak kecil Sambil menggoyang-goyangkan sedikit kakinya tika duduk di pondok bawah pokok yang rendang itu .

"Haha ," gelak kecil . Sememangnya aku memang tiada rasa nak bersembang dengan dia . Memandangkan tadi dia yang nak bersembang , aku hanya mengangguk . Taknak Irfan kecil hati bila aku menolak .

"Lainkan kau sekarang . Dah tak macam dulu , gemuk macam dugong ." Irfan bersuara dan tergelak . Aku memandang dia dan tersenyum sinis .

"Semua boleh berubah . Macam kau jugak lah , dulu kurus keding macam penagih . Sekarang not bad lah jugak . Hahaha" meletus gelak kami , lama sangat kami berdua tak gelak bersama . Rindu dengan semua yang dulu .

"Mana kau tahu aku dekat sini ?" Tudung lycra aku betulkan . Entah macam mana Irfan ni boleh cam aku yang sekarang ni . Haha . Pelik jugak .

"Tadi aku nampak kau masuk kedai . Aku ikutlah" Irfan ni memang dari dulu pelik . Tak tau lah kenapa . Hahaha .

"Kak Cha ." Aliya yang sudah satu jam setengah menghilang tadi tiba-tiba muncul di depan aku .

Aku mula perasan mata Aliya tertumpu pada Irfan . Amboi-amboi nak usha BBF aku ehh , mana boleh . Kena ambil hati aku ni dulu . Hahaha .

"Liya , ooo Liya . Nah lah , air ni . Takmau ke ?" Aku menghulur sambil menggoyang-goyangkan sedikit botol tu untuk imbangkan sedikit beratnya . Takut jatuh nanti .

"Bagi aku air ni jap ." Irfan mencapai botol meneral yang ada di tanganku dan terus menghulur depan Liya yang masih lagi dalam alam angau nya .

"Ehh,,err .. terima ..."Liya mencapai air di tangan Irfan , belum sempat mengucap terima kasih lagi Irfan sudah menyahut terima kasih dari Liya .

"Sama-sama..kasih jugak ." Terus melemparkan senyumamnya yang tidak lekang dari bibir untuk Liya
.

'Amboi-amboi Irfan , berkasih-kasih pulak kau dekat sini . Liya pon sama , memerah muka bila dapat senyuman termanis Irfan .'getus hati aku .

"Ehem ," aku berdehem secara tiba-tiba . Yelah , Liya asyik pandang Irfan je . Nanti apa pulak Irfan cakap .( sebenarnya , marah) hihihi . Marah sebab dia tu BFF aku okay ..

"Sya , aku balik lah ehh . Nanti jumpa lagi ."Irfan yang dari tadi duduk bingkas bangun dan mempelawa Liya untuk duduk di tempatnya .

"Okay , jom Liya . Kita pun balik jugak ." Aku terus bangun dan mencapai beg sandang bunga aku . Hadiah dari ayah sempena aku dah jadi seorang cef . Hihihi , ayahkan satu-satunya boyfriend aku .

Liya , yang baru hendak meletak punggungnya di atas pondok kayu itu terus bangun . hahaha . kelakar jugak tengok Liya ni . Blurr semacam je .

*******

"Woww , motor ducati siott !" Aku teruja . Mana taknya , itukan motor idaman Irfan . Akhirnya dapat jugak dia beli motor idaman dia tu . Tapi satu je yang aku pelik , Irfan ni kerja apa ?

"Fan , kau ni kerja apa ? Takda pulak kau bagi tau aku kau kerja apa ?"

"nantilah aku bagi tau . Bye Sya ,"motor ducati hitam meluncur laju meninggalkan kami berdua di tempat parking kenderaan . Mata Liya masih tertumpu pada motor Irfan yang makin menghilang dari pandangan .

"Aliya oii , taknak balik ke ?" Aku yang sedang memanaskan kereta pandang ke arah Liya yang tengah berdiri tegak dan memeluk air meneral spritzer yang aku belikan tadi .

"Ye Kak Cha ? Haa , nak masuklah ni ." Liya meluru masuk ke dalam perut kereta sambil tersenyum-senyum . Memang dia ni dah angau dengan Irfan . Hailaa~~

Pengganti Paling Awesome !Where stories live. Discover now