BAB 28

147 10 0
                                    

Sampai di jeti kami semua duduk di kerusi menunggu . Masing-masing dengan hal masing-masing . Along sibuk menyuap Zairil roti berkrim . Angah pula sibuk dengan tabletnya . Adik hanya mengamati lagu yang di pasangnya .

Aku duduk seorang diri di kerusi barisan belakang mereka semua . Baris kerusi itu tidak mencukupi untuk aku . Telefon bimbit aku capai . Tiada apa yang boleh aku buat . Aku buka application whatsapp . perbualan dari Zaty .

Beb , aku ambil cuti lagi 3 hari . Holidayy bebb!-Zaty

Perbualan yang di hantar pagi tadi . Pukul 3.05 pagi . Berjalan sakan betul kau Zaty . Aku ingat mahu membalas mesej dari Zaty bila dia dalam talian , tapi disebabkan kebosanan , aku menaip laju dan terus menghantar .

pergi mana ? tak ajak pun . em , balik nanti siapa mau hantaq hang ?-Aisya

Siap membalas mesej perbualan Zaty , aku letakkan telefon di pangkuan aku . Beg bunga biru aku raba di dalamnya . Mencari earphone .

BIP BIP !!

Mesej whatsapp masuk . Cepatnya Zaty ni balas . Aku ni taip pun masih terkedek-kedek .

hai si manis ^•^ nak berkenalan boleh ?-Afif

Ishh , menyibuk betullah . Aku menoleh barisan kerusi di sebelah kanan . Aku lihat Afif buat-buat tak tahu . Ouh , nak pura-pura dengan aku ye ? Tunggu lah .

Boleh apa salahnya , ye dakk ? :)-Aisya .

Afif is typing ...

please introduce your self ;)-Afif

Haa , ni yang aku tunggu ni . Aku menaip untuk membalas semula mesejnya . Bunyi mesej Zaty sampai . Aku henti menaip . Tangan aku cepat menekan perbualan Zaty .

visit my ig . hihihi , tengok location aku . Nanti aku bagitau kau lah . Jumpa di KL yaa . Daaa !!-Zaty

Aku hanya membalas 'orite' saja Zaty . Sudah tidak tahu nak balas apa lagi . Perbualan Afif aku tekan , aku sambung menaip semula .

Send!!

Kamsiah bt . Semat , umur 41 baru . Siah orang Melaka , Siah ada anak 6 orang . Laki Siah entah mana hilangnya :'(
Yang di sana pulak siapa ?-Aisya

Aku menahan tawa bila sudah siap menaip . Lawaknya , hilang bosan aku layan Afif ni .

BIP BIP !!

Saya Awang b . Enal , umur sama dengan awak . Saya belum kahwin Jom lah kahwin dengan saya . - Afif .

Aku ketawa kecil baca mesej yang di balas Afif . Tiba-tiba minyak wangi yang bagi aku familiar sangat berbau . Aku menoleh ke kerusi di sebalah kanan . Aku lihat Afif sudah duduk di sebelah , sambil membetulkan beg bagasi yang baru ditariknya .

"Haii Siah . Puas saya cari awak . Saya tunggu awak balas chat saya ." Afif memandang aku sambil mencebik . Aku ketawa melihatnya . Lengannya yang sederhana sasa aku tepuk perlahan . Okay jangan salah faham kayy , aku pukul lengan dia yang berlapik lengan baju . hihihih .

Pengganti Paling Awesome !Where stories live. Discover now