BAB 37

68 5 1
                                    

Aku duduk di tepi beranda . Memutarkan semula kejadian waktu tengahari tadi di mall semasa melayan anak-anak buah aku memilih ais krim . Seseorang menyapa aku .

"Buat apa tu ?"

Aku terus menoleh . Bukan aku seorang je yang pandang . Anak-anak buah aku pun pandang mendongak sekali .

"Nak apa ?" Pertanyaan yang acuh tak acuh aku beri pada Haikal .

Yes , sakit hati ni masih lagi tersemat dalam jiwa aku ni . Penipu , pembohong , penghianat semuanya ada . Terbayang-bayang lagi peristiwa ingin melamar bertukar menjadi peristiwa putus terpaksa . Wuekkk ! Lupakan..

"Shaf nak mintak maaf dekat Nisa .."

Suara Haikal yang mendatar membuatkan kedua belah lening aku bersambung . Dah kenapa pulak mintak maaf ? Khayal ke apa ..

"Untuk apa ?"

Aku memandang mukanya . Hmm , masih hensem . Tapi Afif lagi hensem . Tangannya bermain dengan rambut dan pipi Zairil . Memang dari dulu lagi Haikal suka sangat dengan kanak-kanak . Sebab itulah kanak-kanak yang dia kenal suka sangat sentuhan dan belaian dia . Magik kan ? Hhihihi 

"Untuk segalanya . Shaf nak mulakan hidup baru . Taknak teruskan kehidupan sekarang ."

Afif memandang aku . Senyuman manisnya di ukirkan sekali . Cantik bibir dia . Ehh apa nii , tadi bukan main kata orang tu khayal lah apa lah sekarang ni , dia pulak yang khayal .

"Baguslah ."

"Nisa maafkan ke ?"

Aku memandangnya , muka berharap terbit di mukanya . Senyuman manis aku berikan . Sambil itu , tangan aku menarik pintu peti ais krim .

"Siapalah kau sampai aku tak mau maafkan .. dan siapalah aku , yang taknak maafkan kau sedangkan nabi kita pun ada melakukan kesilapan dan memaafkan umatnya ."

"Thanks Nisa . From now , Shaf nak kenal semula dengan Nisa ."

Haikal menghulurkan tangan tanda ingin berjabat dengan aku . Aku mula teragak-agak .. Nak sambut ke tak mau ekk ?

Keputusan akhir aku buat . Hanya senyuman aku lemparkan . Bila dia melihat reaksi aku yang sebegitu , dia terus jatuhkan tangan .

"So , hai . Saya Haikal . Muhammad Shafiq Haikal Datuk Jaafar .."

Haikal tersenyum memandang aku . Matanya yang separa kuyu itu menambahkan lagi muka penuh berharap dia.
Huhh , eh eh .. apa ni , orang buat baik kita pulak tak mau terima ..

Aku memandangnya dengan senyuman di bibir ..

"Saya Nisa . Nuraisyatulnisa Khalid .. nice to meet you"

Senyuman paling manis aku tunjukkan .. Mungkin betul dia cuba untuk berubah . Tak apa . Kita tengok betul ke tidak yang dia dah berubah .

"Should we ?"

Haikal memghayunkan tangannya ke sisi tanda memberi laluan untuk aku . Aku pula mengerutkan kening tanda tak faham ..

"For what ?"

"Spending the time.."

Aku diam , nak terima ke tak ehh ? Alahai , serba salah pulak aku . Wahai idea , tolong datang cepat .. aku perlukan pertolongan ..

Tiba-tiba mentol di atas kepala menyala .. yes ! Idea datang membantu .. aku memandai para anak buah aku yang tengah angkat aiskrim  keatas ala-ala kesatriaan gitu .. hehehe , bagusnya siapa yang buat aiskrim paddelpop ni . Cepat pengaruh budak . Hahahaha *gelak jahat*

"Next time okay .. sorry , bye"

Aku memegang tangan semua tangan anak buah aku .. yelah hanya dua tangan boleh pegang
3 orang budak kan ? Hahaha pegang dua orang .. lagi seorang pegang baju belakang .

*******

"Aisya"

Aku menoleh kebelakang .. ibu melangkah ke arah aku yang berada di beranda bilik . Ibu mengambil tempat di depan aku . Kerusi kayu ibu tarik dan menghempaskan punggungnya ..

"Menung apa ?"

"Masa depan .."

Ibu memandang ke arah aku .. aku hanya diam dan memandang kearah budak-budak lelaki yang sedang bermain bola dipadang bertemankan angin .

"Ibu nak bincang sikit .."

Aku memandang ibu .. rambut yang terbang aku oleskan kebelakang telinga . Mata ibu aku memandang . Ibu tersenyum sambil melihat ke arah depan .

"Keluarga umi nak cepatkan perkahwinan ."

"Hari tu kata nak bertunang dulu sebelum kaklang balik ?"

Aku memandang ke depan .. Cuba mencari pembetulan dengan apa yang aku sampaikan tadi ..

Setahu aku memang hari itu ayah beritahu bertunang . Tapi kenapa hari ni ibu kata kahwin ? Mana satu ni ... tolong kata yang ianya baru bertunang please ..

"Kahwin.."

"Kenapa kahwin ?"

Aku memandang ayah yang baru datang entah dari mana .

"Sebab engkau tu dah tunang !"

Ayah menunjal kepala aku .. ibu tergelak . Aku pula memerah padam . Ishh , macam manalah aku boleh lupa ni ! Aduh .. kau ni memang suka memalukan diri sendiri betullah ..

"Ouh .... lupalah ayah ."

Aku menggosok kepala aku . Aduhh sakit betul .

"Tapi kenapa kahwin cepat .. kata 6 bulan lagi ."

Ummm .. kenapa cepat sangat .. tak sempat aku nak merasa hidup bujang dalam masa 6 bulan ni ..

"Umi dengan ayahnya nak pergi umrah . Nanti waktu kamu nak kahwin , umi dan ayahnya dah nak ke sana dah ."

Aku terdiam . Mungkin betul , jodoh aku sampai cepat tahun ni ... huuuuu , baru nak manja-manja dengan ayah dan ibu ..ermmm nanti rindu .

"Yelah"

"Esok kaklang ikut Afif pergi butik . Umi cakap dah tempah baju pengantin kamu berdua . Ibu pun dah bayar cash baju kamu dekat umi ."

Aku diam . Aku dah tak tau nak kata apa .. Sempat tak aku buat benda bodoh sebab nak tundakan dulu tarikh tu . Hermm , peningnya !!

Pengganti Paling Awesome !Where stories live. Discover now