BAB 7

180 18 3
                                    

Kali ni aku yang drive . Nak cakap drive laju tak lah , tapi boleh tahan laju lah . Sebab aku risaukan Afif . Bibir Afif yg berdarah tadi aku lapkan guna tisu je . Tapi masih lebam . Nasib baik sekarang dia tengah tidur . Kalau dia tak tidur dah lama aku kena marah sebab bawa kereta laju . Hihihi

*******

"Kita dekat mana ni ? Dah pukul berapa ni ?" Aku yang tengah cari handphone di dalam handbag terkejut bila dengar suara garau yang tiba-tiba datang .

"Kita dekat , R&R Senawang . Sekarang dah pukul 7:15 malam . Aku berhenti nak pergi surau and aku nak makan sebab lapar . So jom turun" aku terus keluar selepas mematikan enjin kereta .

"Syaa ," aku menoleh ketepi , kedepan . Suara yang sayu-sayu memanggil nama aku .

"Syaa , aku panggil kau ni !" Terus aku toleh ke belakang . Ya Allah ! Terlupa pulak si sakit ni . Terus aku pintu kereta sebelah Afif .

" Boleh bangun tak ?" Aku yang datang terus memegang lengan Afif . Tak sanggup aku bila Afif jadi mangsa keadaan . Alahaii Afif . Hahaha

*******

Lepas solat maghrib . Aku berdiri depan surau lelaki . Menunggu Afif keluar . Lama jugak lah tunggu Afif ni hampir setengah jam .

"Woi , kau tunggu siapa ?" Siapa pulak lah yang panggil ni . Afif .. cepat lah datang .

"Woi Syaa , aku panggil kau ni ." Terus aku toleh . Afif ? Ghaib betul . Bila dia keluar .

"Kau pergi mana . Lama tau aku tunggu kau ." Aku menoleh , Afif mengangkat kening dan mengusap rambut .

"Aku lagi lama tunggu kau tau , dah jom makan ."

Kami berdua mula melangkah ke foodcourt .

*******

"Syaa ,"

"Ye,"

"Boleh tolong suapkan . Tangan kanan aku kebaslah . Ibu aku cakap makan pakai tangan kiri tak elok"

Yeke ni tak elok pakai tangan kiri . Selalu nya ramai je orang makan pakai tangan kiri . Pakai dua-dua tangan pun ada . Yang pakai sudu dan garfu lah . Kikiki , alasan je Afif ni .

Aku mengambil tempat duduk di sebelah Afif . Garfu dan sudu mula aku capai . Aku mula menyuap Afif sedikit demi sedikit . Takut nanti tercekik . Kikiki , mati pulak anak orang ni karang .

*******

"Afif .."aku memanggil Afif yang sedang membelek telefon bimbitnya .

"Ye"Pandangan Afif mula beralih kepada aku yang memandu .

"Temanlah aku drive "aku mencebik . Bosan kot drive bila senyap je .

"Apakah aku tak mampu , apakah aku tak layak .
Mendaki takhta hatimu , dan kau jadi permaisuriku .
Bagai telah dilewati , jejaki jalan berduri .
Dipintumu aku berdiri , menanti kau tunjukkan wajahmu ,,,
Kerna cinta aku tunduk , kerna cinta aku rebah ...."

Haiyaaa . Aku suruh borak dengan aku dia menyanyi pulak .

"Janganlah menyanyi , aku mengantuk nanti baru tau ."

"Okay-okay ."

*******

"Okay dah sampai . Nanti kirim salam dekat ibu Sariah tau ."
Afif hanya mengangguk . Tangannya melambai-lambai ke arah aku . Tangan kanan nya hanya tegak ke bawah . Mungkin sakit sangat kut . Kesian dia .

*******
ASSALAMUALAIKUM

Rumah ibu dan ayah agak riuh malam ni walaupun dah pukul 11:25 malam . Macam-macam aktiviti yang diorang semua buat . Main carrom lah , main jutaria lah , main sahiba lah .

"Lambatnya balik kaklang ? Pergi mana ? Dating ke ?" Makteh yang tadi gelak sebab buah carrom masuk lubang tiba-tiba bersuara bila nampak aku simpan kasut di atas rak .

"Mana ada dating lah makteh . Spendtime jelah . Kitorang kawan je makteh ." Aku lemparkan senyuman pada makteh dan terus meluru masuk untuk bersihkan diri .

Hye readers , bila korang baca story bab ni korang boleh dengar lagu Firman-Dipintumu . Baru ada feel . Hihi. Laf you alls . XOXO PUBLISH

Pengganti Paling Awesome !Where stories live. Discover now