BAB 32

84 7 0
                                    

Penat berjogging. Hampir satu kota ini aku dan Afif berjogging. Keluar peluh jantan aku. hahaha

Afif berhenti di depan kedai runcit. Katanya ingin beli sesuatu,jadi aku biarkan dia bersendirian di dalam. Aku? malas nak masuk. jimat duit, nanti nak pergi breakfast kena bayar sendiri. Bukannya si malaun tu yang bayarkan. huhh

Bangku di sebelah nyonya tua itu aku pandang. Nak duduk ke tak? Penat sangat dah ni.

"Nyonya. tumpang sekejap ye. Saya penat. " ujar aku pada nyony tua itu. Nyonya itu hanya mengangguk. Cepat-cepat aku labuhkan punggung. Yelah, nyonya tu dah bagi greenlight. hahaha

Dua minit selepas itu, Afif datang ke arah aku dengan menjengjeng plastik merah yang ada beberapa botol. Aku memandang Afif tanpa perasaan. Fon kepala terus aku sumbat sambil menguatkan lagi volume musik tersebut.

Tiba-tiba Afif menghulurkan aku sebotol air mineral. Aku menyambutnya. Ucapan terima kasih juga tidak aku lupa. Nyonya yang berada sebelah dengan aku tadi sudah lama beredar. Afif pula yang menggantikannya. Aku lihat dari ekor mata, Afif membuka air lalu meneguknya. Air Revive!! favourite aku... Aku cuba membuka penutup botol mineral aku tapi tak boleh buka sebab terlalu ketat . Geram bila air Afif sedap, sampai untuk aku je air mineral. Ishh jahat. *pengajarannya ialah jangan terlalu kedekut untuk keluarkan duit, nanti diri sendiri yang merana*

Aku menghulurkan botok mineral aku. Afif hanya mengangkat kening tanda 'kenapa?' .. Aku memusingkan bola mataku. Dia ni tak faham lagi ke. Taulah air dia sedap. huhhh

"tolong buka...."aku menggoyang-goyangkan botol tersebut. Afif mengangguk sambil membuat mulut berbentuk 'O' .

"Afiff.." aku memanggilnya dengan lembut. Air mineral yang telahpun Afif buka dihulurkan kembali pada aku.

Afif memandang dengan wajahnya yang selamba badak itu.

"nak sikit air...boleh?" mata aku kerdipkan beberapa kali. Aku nak sangat air tu. Lagipun aku nak berjimat. Nanti nak pergi 'syurga coklat' pula, nanti tak cukup nak beli segala jenis coklat.

"tak bo..." belum sempat Afif menghabiskan ayat aku mula memotongnya.

"alaa. sikit je bukannya banyak pun. Ishhh kedekut lah dia ni"

Aku menjuihkan bibir bila Afif hanya menggeleng dan tersenyum nakal.

"pasal air pun nak merajuk. Nah" Afif menghulurkan air tersebut kepada aku. Aku hanya buat tak tau. Malas, nampak sangat bagi sebab terpaksa.

"nak ke tak nak ni? " aku hanya menggeleng. Menyampah,sakit hati. Kedekut tahi hidung masin. Huhhh, belun perbah rasa lagi tapi banyak kali dengar orang cakap tahi hidung tu masin. Mungkin mereka pernah rasa kut.  hahaha

"tak ikhlas tak payah di beri. Minum saja lah"

Tiba-tiba lengan aku di pegang Afif. Air botol revive tadi hulurkan kembali.

"Lain kali jangan kedekut sangat, taulah berjimat tapi janganlah terlampau.Nah"

Air mineral yang aku pegang tadi diambilnya semula. revive bertukar tangan. Straw dihulurkan.Aku menyedut air tersebut. Arhh... nikmatnya dapat minum air segar.

"sedap." Tanpa sedar,perkataan tersebut keluar dari mulutku.Perkataan yang buat Afif ketawa besar. Aku memukul perlahan bahunya.

Tapi kenapa perasaan ni tiba-tiba datang bila aku dengan dia? Perasaan apa yang datang ni?

"Jom,breakfast. Laparlah" Afif menjuihkan bibirnya.

Aku hanya tergelak kecil. Air mineral aku ambil semula dari tangannya. Botol air Revive pula aku pulangkan semula pada Afif. Yelah,mana tidaknya aku hanya menyedut sekali saja air tu. Aku hanya.ingin merasa, legakan tekak yang sudah kering kontang ni.

Kami berjalan seiringan berdua ke kedai mamak yang tidak jauh dari situ*jangan salah faham,jalan saja okay.tak pegang apa-apa pun. harom!* Sesampainya kami di kedai yang di tuju,aku mengambil tempat yang tersorok. Bolehlah aku berehat sambil makan. Letak kaki atas kerusi. hihihi.

Makanan yang dipesan telah sampai. sudu dan garfu di ambil malas. Lenguh rasanya segala sendi ni. Itu yang malas nak.bergerak lagi tu. hahaha.

Seusai makan,aku dan Afif menunggu teksi. Mulanya Afif langsung tak mahu terima cadangan aku ni. Katanya, 'patutlah awak ni gemuk.nalas rupanya' .Okay sangat mendalam sampai menusuk ke dalam rusuk paru-paru. Mana ada aku ni gemuk. Macamlah dia tu kurus sangat,badan pun berketul macam ayam kena virus. hehh..

okay balik pada Aisya yang cantik. ~wuuu~

Lepas puas pujuk,rayu dan merajuk. Akhirnya ikut juga dia dengan cadangan aku ni. Lagi satu dia ni jenis yang tak reti nak tunggu. Nampak sangat tak pernah naik teksi.

"mana ni, kata sekejap je. Awak ni sembang kari lah!" haa, tengoklah tu. Merungut tak tentu pasal. Lepastu kata kit ni pula yang 'sembang kari' . Dia yang makan kuah kari tadi dengan roti canai kata kita pulak.

Apa?Afif dah tukar panggilan? Hmm. memang pun, dia yang nak. Katanya 'kau aku' tu kasar sangat. Jadi ikutkan sajalah. Lagipun korang pun tau kan yang Afif ni jenis mengada sikit. Tergedik-gedik macam anak dara tepi lorong chow kit tu. Ehh, itu terus sangat tu. hahaha

Akhirnya, puas aku potpetpotpet dalam hati, teksi pun sampai. Tau-tau je pakcik teksi yang aku ni sebenarnya dah hilang sabar dengan Afif.

Pintu teksi di buka. Afif dengan mukanya yang kelat seperti rasa pisang tanduk tu masuk ke dalam. Dengan peluh yang merenik di dahinya buat aku kasihan. Akubni perempuan, rasa kasihan mesti ada dalam diri ni. Yelah, lama. Okay aku mengaku memang lama tunggu teksi tadi. tapi kalau dh biasa takda lah terasa lama.

Takpalah, sampai hotel nanti minta maaflah dengan dia. Tapi, kalau berjogging balik ke hotel pun sama je penat dan lama. Panas pulak tu. Lagi satu peluh, hmm jangan kata merenik,menitik-nitik lagi adalah.

okay lupakan...





So guys, macam mana chapter kali ni? hambar? okay faham. ((ketandusan idea)) tiga hari cari idea;akhirnya dapat jugak update untuk you guys. Btw,tak lama saya ada buat cerita baru (Cerita Aku) cerita ni kisah benar. Tapi tak boleh nak bagi tau pasal siapa. Tapi ini lah yangorang kata rezeki. Akan dibukukan (InSha-Allah) . yang request suruh update Si Tomboy Inrelationship With Si Perfect tu, sorry ye. Kena lock dulu cerita tu.  nak focus untuk habiskan Pengganti Paling Owesome and nak cari idea untuk Cerita Aku.

hahaha. okay thats alls. happy for the new chapter. !!!

Pengganti Paling Awesome !Where stories live. Discover now