BAB 27

118 11 0
                                    

Kami berdua jalan beriringan ke restoran yang ayah beritahu tadi . Katanya mereka semua dah nak gerak , kalau kami berdua lambat , mereka semua pergi dulu dan tunggu di jeti saja .

"Afif ..." aku memanggil dan memandangnya sambil berjalan .

"Ye saya .." Ehh dia ni . Bersaya saya pulak .

"Ayah dah gerak ke ?" aku bertanya bila sudah sampai di depan pintu restoran .

"ye . kenapa ?" Afif bertanya semula . Dia menolak pintu restoran .

"kalau macam tu kita terus geraklah . takut lah" aku mengadu . Bukan takut Afif buat benda yang tak baik tapi takut nanti makcik dan anaknya tu serang aku lagi .

"Takut kenapa ?" Afif bertanya sambil menutup semula pintu restoran itu . Dengan ada kerut di dahi .

"makcik tu dengan anak dia..." aku terus terusan mengadu . Sememangnya aku betul-betul trauma dengan kejadian tadi .

"Sya takda apa pun lah . Makcik tu kan salah orang , dah sah-sahlah dia tak kacau awak lagi Sya oii ." Afif memandang aku . bahu aku dia pegang dengan tenang .

"Dah jom breakfast dulu . Makan cepat-cepat . lepas itu kita terus gerak pergi jeti . okay ?" Tangannya di lepaskan dari bahuku . Pintu restoran di tolak dan menyuruh aku untuk melangkah masuk dulu .

*******
"Sya , nak makan apa ?" Afif bertanya aku yang sedang memegang kertas menu yang bersaiz A4 . Sungguh aku tiada selera hendak bersarapan hari ini .

"Aku ,,, err ... tak nak . ehh bukan ! aku ikut apa yang kau makan okay ." Aku meletakkan kertas menu ditengah-tengah . Afif hanya menggeleng .

"Sya , kau okay tak ?" Afif bertanya sambil menghirup air nescafe panasnya perlahan .

Aku menguis-guis kuey tiow goreng yang dipesan oleh Afif . Aku pandang Afif . Anggukan lemah aku beri .

"Kata nak balik hotel cepat , tapi makan lambat . Terkedek-kedek macam pinguin ." Aku gelak kecil bila Afif kata aku 'pinguin' . Afif ni sweetlah . hahaha , ehh ehh , salah cakap pulak . bukan sweet tapi sawitt . hihihihi

Tapi aku tetap tiada selera . Masih lagi menguis kuey tiow di dalam pinggan itu . Tiba-tiba Afif  mengambil garfu di tangan aku .

"Nah , makan cepat . Kita dah lambat ni ." Afif memandang jam tangannya sekilas sambil tangan kanannya menyuakan sudu yang ada mee kuey tiow .

"kenyang ...." adu aku pada Afif ..
"Takda kenyang de . Cepat lah ." Afif mula menggoyang-goyangkan sudu itu . Mahu tergelak aku tengok Afif ni .

Aku membuka mulut , Afif memasukkan mee kuey tiow di dalam mulutku .

"Emm , Afif ... bagi garfu tu . Alu nak makan sendiri ." Aku mengambil garfu yang ada di tangan Afif . Afif hanya tersemyum nakal .

*******

Sampai di jeti , aku dan Afif mengeluarkan beg bagasi masing-masing di dalam but kereta . Kunci serta kereta aku , Afif beri pada pemarking kereta .
Aku mula mendail nombor baba . Entah kenapa pula hati inu tergerak untuk menelefon baba . Mungkin baba lebih tahu selok belok di sini .

"Hello , baba . Sya dah sampai jeti dengan Afif ni . Baba dekat mana ?"

"Dekat kaunter dah ni . Cepat lah datang ."

"okay ba , bye ."

Aku mematikan talian . Aku pandang Afif lama . Hensemnya dia . Bercermin mata gelap . Belum pernah aku lihat Afif sehensem ni .

"Kenapa pandang ? aku hensem ehh ?" Tersentak . Terhenti lumunan aku . Cehh ! perasan .

"Tolonglah faham . Perasan lah kau !"

Aku dan Afif tergelak , kami melangkah untuk ke kaunter tiket feri . Sememangnya aku macam puteri bila bersama Afif . Sebab apa ? sebab Afif tolong tarikkan beg aku . hahahaha .

Pengganti Paling Awesome !Où les histoires vivent. Découvrez maintenant