Aku bangun dan pergi membuka pintu bilik . Entah siapa yang ketuk pintu pagi-pagi ni . Haishh .
"Hmm , nak apa ?"
"Kak Cha , maklong tanya Kak Cha dah bangun ka belum ?"
eh ehh budak ni . Tak nampak agaknya aku tengah buat apa . Dah tentu-tentu lah aku ni bercakap dengan dia . Dah lah mengganggu aku nak hilangkan sakit . Spoil betul . Nasib baik anak makteh , dan nasib baik jugak kecik lagi . Kalau tak dah lama aku luku kepala budak ni .
"Kak Cha dah bangun dah . Hang tak nampak ka ? Hang ni sibuk ja . Kalau dak kacau Kak Cha tak buleh ka ?"
Bila dengan anak-anak makteh ni memang kena cakap loghat kedah yelah ayahnya orang kedah . kalau tak cakap nanti , memang budak-budak ni terngangalah kalau aku membebel loghat Negeri Sembilan .
"Alaa , Kak Cha ni . Sehari kalau dak beletiaq tak sah . Malaih haih layan Kak Cha . Nuyyul nak tengok kartun ." Nurul anak makteh yang paling bertuah tu menuruni tangga rumah meninggalkan aku .
"Haa pi lah hang . Baru umoq 8 taun dah pandai beletiaq . Dia yang banyak beletiaq kata kita pulak ." aku jerit . Geram betul dengan budak kecik ni .
Sempat lagi Nurul menjelir lidah sebelum melangkah ke tangga bawah . Ya Allah geramnya . Sabar Syaa , sabar . Pintu bilik di tutup kuat .
*******
Kaki digoyang-goyangkan . Lagu timber by pitbull ft . Kesha di putarkan . Mulut terkumat-kamit menyanyi sekali .
"Kaklang ooo kaklang . Bangun . Apa anak dara bangun lambat ni ." Ujar makteh sambil mengetuk pintu . Mama dengan anak sama je . Haihh .
"Kita dah bangun lah makteh . Saja duduk dalam bilik . Turun nanti bukan ada apa-apa pun ." Aku buka pintu dan kembali ke atas katil . Earphone dipasang semula ke telinga .
Makteh melangkah masuk ke bilik . Suis lampu bilik dipetik . Langsir berbunga biru dan merah jambu yang membuat bilik gelap di selak besar . Cermin tingkap dibuka luas . Angin yang masih berembun pagi masuk ke dalam bilik . Terasa sejuk . Tapi ! Silau .
"Makteh tutup lah lampu panas ." Mata di kedip beberapa kali . Sebenarnya bukan panas tapi silau . Hahaha .
"Makteh nak tanya sikit boleh tak kaklang ?" Makteh yang tadi menyelongkar bilik aku terus duduk di atas katil sambil menepuk punggung aku yang sedang meniarap di atas katil . Alahaii makteh , perlu ke tepuk punggung orang . Ishh .
"Aduh .. haa , ta..tanya lah ." aku terus duduk di kepala katil sambil menunggu soalan dari makteh . ( ceyywahh )
"Dulu kau pernah buka butik baju dengan tudung muslimah tu kan ?"
Terdiam aku bila dengar pasal butik tu . Lama sangat aku biarkan . Yelah , takda siapa nak uruskan butik tu . Sibuk dengan restoran , sampai butik terbiar ."Ha'ah , kenapa makteh ? Ada apa-apa ke yang tak kena ?" Saja nak tahu kenapa makteh tiba- tiba tanya pasal butik tu . Pelik jugak . Setahun lebih jugak aku tinggalkan tapi sebelum ni makteh takda pulak tanya .
"Ehh takda lah . Makteh ingat , makteh nak share butik tu dengan kaklang . Makteh taknak lah kerja kerani sekolah . Susah , nak keluar tengok anak-anak pun susah ." Terang makteh panjang lebar .
"Kalau makteh nk jaga boleh , tapi setiap minggu kena amik stock ataupun ikut design dan makteh boleh jahit sendiri . Makteh kan pandai jahit ." Aku hanya mencadang . Sebab aku tahu , makteh boleh buat butik yang dah lama tak buka tu jadi ramai customer yang datang .
Makteh menggangguk . Aku pula diam . Dua-dua fikir keputusan sendiri .
*******
"Mama , Kak Cha ibulong panggil sarapan ."
Aku , makteh dan Nurul turun tangga bersama untuk bersarapan di meja .
YOU ARE READING
Pengganti Paling Awesome !
RandomHatinya sudah terluka bila bertahun bercinta tiba-tiba putus kerana tidak direstui oleh keluarga pasanganya . Selepas setahun berlalu . Kisah lama telah pun di lupakan . Dia lebih menumpukan kerjaya dia seorang chef yang mempunyai sebuah restoran 4...