BAB 24

147 12 1
                                    

"Haa , kau dah okay ke belum ?"aku bertanya pada Afif yang ralit bermain telefon bimbitnya .

"boleh lah ...." apa ? boleh lah je ? nak kena pelangkung betul budak ni . eee ,, geramnya .

"cakaplah betul-betul . Jangan main-main boleh tak ?" bengang dengan Afif . Lagipun mata aku ni mula terasa mengantuk . Sebab tu asyik nak marah saja .

"kenapa tanya ?" malas betul nak jawab . Mata ni dah hampir nak terlelap je sekarang ni .

"drivekan..." sepatah aku menjawab sambil nenuju ke pintu kereta sebelah tempat pemandu . Aku lihat Afif tersenyum nakal bila lihat aku mula bengang .

"cium dulu ..." ehh ehh dia ni ? memang kena pelangkung jugak ni nanti .

"jangan mengada boleh tak ?" aku terus meluru masuk ke dalam perut kereta . Malas nak layan Afif . Merepek je . Baru je baik dari sesak nafas dah mengada-ngada .

*******

Sepanjang dalam perjalanan . Kami berdua membisu . Hanya suara radio saja kedengaran .

"Sya , tidur ke ?" Afif menghentikan mood tidur aku . Sebenarnya memang mengantuk , tapi mata ni mula mengada-ngada tak beri ku tidur .

"Tak ... tak boleh ." aku mengereng kearah Afif yang sedang memandu . Tali pinggang keledar aku betulkan supaya tidak tercekik .

"Janganlah pandang buat macam tu . Tergodalah" hahaha . tergoda ? apa dia ingat aku saja buat macam tu ke apa ?

"Takde nak goda kau pun lah . hahahha ." Ketawa aku mula meletus . Kelakar bila muka Afif yang putih itu tiba-tiba memerah .

"dah lah tu . tukar lah topik asyik gelak jelah kerjanya "Afif mula mencebik . Kesian pula bila dia buat muka macam tu .

Aku mengangkat tangan tanda mengalah . Aku memang pantang tengok orang buat muka kasihan . Nanti hati aku ni rasa sayu saja .

*******

"Sya..." Afif memanggil sambil memandang aku dengan sekilas saja . Memandulah katakan .

"Ye ..."aku yang ralit bermain telefon bimbit terus terhenti dan fokus memandang Afif yang cuba ingin memberitahu sesuatu .

"Petang tadi kau mogok dengan aku sebab wallpaper phone aku tu gambar kau kan ?" Tersentak . Afif perasan ke yang aku mogok pasal semua benda tu ? Patutlah dia biarkan saja aku mendiamkan diri tadi .

"emm , ye . tapi kenapa kau buat macam tu ?" aku memandang tepat pada Afif . Aku tahu kelemahan Afif , dia takkan berani dan tak akan pandai untuk menipu jika seseorang memandang dia dengan teliti .

"sebab aku sayang kau Sya . Fari kecil ." Terkejut . Afif sayang aku ? dari kecil ? aku tak pernah tau selama ni ? Ya Allah , butanya aku tak perasan selama ni yang sayangkan aku hanya depan mata .

"Afif ...." aku mula kaku . Apa lagi yang aku nak cakap . Putaran setiap perkataan di dalam otak sudah terhenti .

"Sebab itu aku larikan diri masa kau ikat hubungan kau dengan bertunang dengan arwah ." Afif bercerita tetapi mata dia tertumpu pada laluan kereta . Jeling pun dia tidak lakukan .

"Tapi ,, kau tahu kan . Pintu hati aku sekarang susah untuk buka . Lagi-lagi untuk lelaki ."

"Jadi kau senangkanlah untuk aku ..." Afif memberi pendapat .

Aku hanya diam . Memikirkan perasaan aku terhadap Afif . Cuba flashback semula detik-derik bersamanya . Tapi , kenapa dengan Afif aku rasa lain berbanding dengan lelaki yang lain . Wahai hati , cepatlah kay buat pengakuan terhadap Afif . Aku ni kalau bab-bab cintan-cintun ni memang lemah . Macam sotong dah tak tau nak fikir apa . Badan jadi sotong , otak jadi udang . Hahahaha .

Pengganti Paling Awesome !Where stories live. Discover now