Pejam celik pejam celik , seminggu sudah aku bercuti . Banyak juga barang yang aku beli . Ehh , bukan beli tapi borong . Antaranya , coklat , baju dan cenderahati . Separuh dari yang aku borong tu untuk sahabat aku yang tengah sibuk dengan hal diorang masing-masing . Entah ingat aku ke tidak entah . Hmmm , ehh apa ni ? Ter'emo' pulak . Hahaha
Tok! Tok!
Pintu bilik aku diketuk . Siapa pula yang datang waktu malam macam ni ? Salah bilik kut ...
Ketukan yang bertalu-talu membuatkan aku tak senang duduk . Makin lama , makin kuat pula bunyi ketukan tu . Aku bangun dengan muka cemberut . Menyampah betul siapa yang ketuk ni .
Badan Afif tegak berdiri di depan pintu bilik aku . Baju berlengan panjang berwarna kelabu , jeans berwarna coklat serta kaca mata rabun malamnya cukup buat aku terkedu . Aku memandang Afif atas bawah .
"Kenapa ?"
soalannya aku biarkan sepi . Diam tak berkutik langsung .
"Wanna join me ?" Afif bertanya . Dia berdehem perlahan .
"For what ?"
"For last night .." Afif tersenyum manis . Kaca matanya dibetulkan sedikit . Sememangnya sifat 'nerd' dimalam hari memang tidak pernah berubah sejak dia dari kecil lagi .
"Aku hanya mengangguk tanda setuju dengan perlawaan itu .
"Siapa lagi yang ikut ?"
"Afif , Aisya-"
Afif berhenti berkata . Aku , masih lagi tercengang . Terpinga-pinga macam orang hilang suami ...
"Siapa lagi !? Boleh cepat tak . Taknak ikut nanti , baru tau .."
Naik angin aku di buatnya . Macam tak ada kerja lain selain dari bergurau . Tak bertempat tau .."Betullah . Saya dengan awak sajalah yang keluar . Yang lain dah keluar lama .."
Ternganga mulut aku . Ibu dengan ayah tinggalkan aku !? Biar tembikai .. serammmnihhh !
"Cepatlah siap ..."
Bergegas aku bila Afif buka kaca mata dia tu . Haaa , nak melentinglah tu . Siapalah yang bertuah dapat jadi bini Afif yang tak reti nak bersabar ni....Nasiblah orang tu .
*****
Pemandangan malam yang indah di Dataran Helang buat aku tersenyum seorang . Ye seorang , Afif pergi tandas . Sampai je dekat sini terus cari tandas . Tadi sebelum pergi , tak nak pula di buang segala jenis muntah ...
Sedang aku mengelamun tak tentu pasal , aku lihat orang sekeliling memandang ke arah aku . Aku menoleh ke kiri dan kanan . Apa yang pelik dekat aku ni ? Baju terkoyak ke ?
Aku melihat sepasang mata memberi isyarat supaya menoleh ke belakang . Aku apa lagi , dengan yakin dan gagah beranilah aku pusing ..
"Nuraisyatulnisa Binti Khalid ,"
Afif melutut dengan sebelah kakinya kemudian mengacukan sekotak baldu merah dan di hiasi cincin di dalam badannya . Cincin emas putih serta di satukan dengan kilauan berlian yang kecil membuatkan aku terasa sebak ... ehh bukan sebak , tapi semua jenia rasa lah ! Malunyaaa !
"Yes , i am ."
"sudi tak awak jadi makmum saya , jadi ibu untuk anak saya , untuk jadi penyeri saya bila di syurga ?"
Hati makin sebak . Serius sebak ..! Kenapa tiba-tiba ? Hati aku ni sudah boleh menerima lelaki ke ? Hati aku ni sudah boleh di cintai ke ? Bersediakah aku ?
Aku memandang cincin itu dengan senyuman . Betul ke jodoh aku dengan kawan baik aku sendiri ? Yang ada waktu aku susah dan senang , yang ada waktu aku jatuh , yang selalu bertikam lidah sesama sendiri dan yang selalu mencarut bila perasaan marah serta nakal bertandang pada diri ini ?
Aku memandang anak mata Afif . Merasai hangatnya perasaan ini , senyuman diikuti anggukan di lakukan . Aku lihat wajah Afif yang ceria bagai gula-gula mentos sudah buat aku tersengih kambing .
Ye , mungkin dah tiba masa untuk aku terima semua ini . Mungkin jodoh aku secepat ini .
Tapi kenapa rasa lain macam pula ekk ?
Rasa apa ni ?
Aku melihat Afif yang sedang berdiri di hadapan aku . Aku mendongakkan kepala memandang Afif . Afif membetulkan kaca mata serta menutup kotak baldu tersebut perlahan-lahan .
"Saya , Muhammad Zharif Afif akan menjaga bakal isteri saya Nuraisyatulnisa seperti nyawa saya , menjadi imam untuknya dan akan bertanggungjawab keatas anak-anak yang telah dia lahirkan ."
Nafas aku bagaikan tersekat di skala enam . Dah kenapa pulak Afif ni..? Kalau ye pun nak kahwin janganlah berikrar depan orang ramai . Malunyaaa !! Cepatlah balik hotel ..
Tepukan dari satu sudut menarik perhatian aku untuk memandangnya .
What the food !? Family aku dengan Afif !? Kejutan sangat ni. Sejak bila diorang ada dekat situ ? Mana pulak diorang tau aku dengan Afif ada dekat sini ?
Aku menjeling melihat anak mata Afif , Afif hanya tersenyum nakal . Tangkap , rancangan antara 2 family yang suka sangat mencarikan jodoh anak sendiri ..
Tangan aku bergerak melingkari ke belakang badan Afif . Cubitan semut singgah di pinggang kirinya ..
Tak serius langsung ! Cubalah serius sikit !
Happy Ending !!! Yeaaaaaa!
No , no , no ! Belum lagi okayyy ... Yang ini baru happy days ... belum lagi sad dayss ! Ehhh , terlepas pulak ...hahahaha
Okayylah , harap semua enjoy
![](https://img.wattpad.com/cover/55953539-288-k308105.jpg)
YOU ARE READING
Pengganti Paling Awesome !
RandomHatinya sudah terluka bila bertahun bercinta tiba-tiba putus kerana tidak direstui oleh keluarga pasanganya . Selepas setahun berlalu . Kisah lama telah pun di lupakan . Dia lebih menumpukan kerjaya dia seorang chef yang mempunyai sebuah restoran 4...