Kaki mula melangkah meniggalkan ruang tamu dan terus ke dapur , ibu yang aku baru perasan sejak tadi asyik memerhati langkah aku ke dapur .
"Masak sedap-sedap tau Sya ," Kak Ain , merangkap akak ipar atau kaklong bersuara bila baru turun dari bilik dan berdiri di anak tangga yang duduk diantara dapur dan ruang tamu rumah .
"Hahaha , don't worry lah . Sya ni power tau . Hihihi , tengok bulu matalah ." Saja aku mengusik Kak Ain yang sedang berbadan dua itu . Sememangnya Kak Ain pernah bagitau aku yang bulu mata aku dan along sama . Lentik sama lentik , panjang sama panjang . Kadang dia akan menambah sedikit ayat itu dengan mengusik aku , "korang berdua ni pun baran sama baran , gila pun sama gila" . Selalu sangat dah dengar ayat tu . Tapi aku hanya buat yang kata-kata akak ipar aku itu sebagai bahan usikkan , tetapi bagi ibu , sememangnya apa yang menantunya kata itu memang betul . Yelah , ibu yang melahirkan , membesarkan dan mendidik kami semua .
*******
"ASSALAMUALAIKUM ," kedengaran suara yang amat familiar bagi aku kedengaran di pintu dapur rumah . cepat aku meninjau sedikit untu melihat siapa yang beri salam itu . Hah ,, dah agak dah . Afif . Hmm , dia nak apa datang ni ?"waalaikumsalam , hmm . Ada apa ? masuklah , ibu dengan ayah aku kat depan tv ." Aku membuka pintu gril dapur itu untuk menyuruh Afif masuk . Memang keluarga aku dan Afif memang rapat sejak keluarga Afif pindah di taman perumahan ini . Yelah , jiran lah katakan .
"Nah , umi bagi . Tapi nak tupperware tu balik ." Afif menghulur tupperware yang berwarna merah dan pertutup putih itu kepada aku yang sedang mengacau kuah asam pedas ikan pari untuk ayah .
"Apa ni ? Umi kau ni , suka sangat hantar makanan . Buat susah-susah je ." Aku mengambil bekas yang dihulur Afif lalu membuka penutupnya . Wahh , ayam rendang siott ! Sedapnya .
"Umi masakkan ni untuk kau , aku cakap kau balik , terus dia suruh aku pergi Jesco tadi beli ayam ." Panjang lebar Afif menerang pada aku . Aku hanya membalas menggelengkan kepala dan ketawa kecil . Aku mula perasan Afif mencebik bibir ke hadapan sedikit .
"Kau tau tak Sya , aku kadang-kadang jealous bila umi manjakan kau . Aku ni takda pulak dia manjakan sangat," dengar je Afif cakap macam tu terus terletus ketawa aku . Mana taknya , jealous pulak . Apalah dia ni , tak macho . Hahaha .
"Kau pun apa kurangnya , ayah dengan ibu selalu manjakan kau ." Mulalah terletusnya ketawa kami bersama .
"Terbalik pulak ." Serentak kami bercakap . Sekali lagi ketawa kami terletus .
"Sweetnya korang ." Satu suara menyapa kami yang sedang ketawa terus terhenti . Akak ? emm . Bila pulak dia balik ?
"Ehh , kak . Bila balik ?" terus aku tukar topik . Malaslah nak layan kerenah akak . Aku tak suka dengar perkataan yang berkait dengan 'cinta-cintun' ni .
"Hmm , tukar topik . Tau sangat ."akak mula menerjah masuk ke dapur dan mula mengacau kuah yang sedang menggelegak tadi . Afif pula meminta diri untuk ke ruang tamu berjumpa ayah dan ibu .
"Ibu cakap kau masak speghetti . Yeke ?" Aku hanya membalas anggukan sahaja . Yelah tengah sendukkan kuah kedalam mangkuk untuk dihidangkan di meja makan .
"Nanti tolong den hidang dekat meja ." Hihihi , kalau dengan akak memang aku akan lebih selesa dengan loghat negeri sembilan . Akak pula hanya mengangguk tanda mengikut arahan .
"Sya , nanti lebihkan pinggan . Afif makan tengah hari dekat sini ." ayah menerjah masuk ke dalam dapur . Disebabkan aku terkejut sedikit , aku hanya membalas anggukkan dan mengukir senyuman di bibir yang tak semerah jambu bunga kertas di halaman rumah ibu dan ayah ini . Hahaha .
![](https://img.wattpad.com/cover/55953539-288-k308105.jpg)
YOU ARE READING
Pengganti Paling Awesome !
RandomHatinya sudah terluka bila bertahun bercinta tiba-tiba putus kerana tidak direstui oleh keluarga pasanganya . Selepas setahun berlalu . Kisah lama telah pun di lupakan . Dia lebih menumpukan kerjaya dia seorang chef yang mempunyai sebuah restoran 4...