BAB 18

122 10 2
                                    

Sampai di rumah , terus aku meluru masuk ke bilik bila melihat semua orang di dalam rumah sibuk menyediakan barang-barang keperluan . Aku pula ke bilik mengambil bagasi berwarna biru dan ungu . Aku letak ke atas katil dan mengemas baju dan barang-barang yang perlu dibawa .

Selepas siap mengemas , tiba masa untuk aku membersihkan diri dan menukar pakaian .

Tudung lycra biru muda , seluar skinny biru gelap dan baju kemeja berbentuk kotak dan berwarna biru gelap dan hitam bersertakan beg sandang bunga sudah cukup bagi aku untuk bercuti selama lima hari . Wahh , bestnya bercuti !!!

Beg bagasi yang telah siap di kemas aku turunkan ke lantai bilik lalu menarik keluar . Sampai di tangga , beg tadi aku mengangkat dan menuruni tangga dengan perlahan-lahan .

Ibu yang sedang mengelap mulut Zairil , anak along yang sulung tu aku terjah .

"Ibu , dah siap ke ? Jomlah pergi . Along mana ?" Aku menjengah-jengah dapur mencari along . Kelibat dia pun tak nampak , anaknya ada pulak . Pelik .

"Along ada dekat depan . Tadi dia nak balik tapi bila fikir kita nak bercuti dia tak jadi balik ." Fuhhh , ingat along takda tadi . Ehh  tapi kenapa aku excited  sangat bila along ada ? Tadi bukan main marah along . "Ishh , tak payahlah fikir pasal tu . Yang oenting sekaran kita nak pergi holiday ! Yeahh !

*******
Semua sudah berkumpul di luar , driver-driver  semua sibuk berbincang untuk perjalanan konvoi bersama . Termasuk aku . ( dah ada keretalah katakan .)

"Aisya , boleh ke drive  sampai malam ? " ayah bertanya aku , yang lain memandang aku . Alamak ? Apa nak jawab ni ? Semua pandang aku kut ! Malunya .

"Bole kot , hihii" gigi aku tauangkan pada ayah . Ayah pula hanya menyenget bibir ke kiri .

"Biar Afif drive  kan boleh ?" Alaaa ayah ni , tak boleh lah nanti kereta Sya rosak . Irmmm ... nak jawab apa ni  ? Alahaii

"Suka hatilah .." aku memandang ayah dengan senyum yang kelat . Terus beredar untuk menolong kak Aina , akak Afif mengangkat bagasi letak di but kereta Alza milik baba nya .

*******

"Siapa nak naik kereta Aisya ni ? Kosong kereta nya ni ?" Ayah promot tempat kosong yang ada dalam kereta aku . Alahaii , habislah kereta aku .

"Takpa ayah kalau semua taknak . Lagipun kita nak gerak awal kan ?" Fuhh Afif  tahu-tahu je yang kereta aku ni akan merana kalau orang lain masuk .

Dah tiba masa untuk kami dua keluarga bertolak ke Langkawi . Dari Negeri Sembilan ke Langkawi mengambil nasa yang sangat lama . Disebabkan lama , sebelum aku pulang ke rumah lepas keluar dari gim , aku pergi ke kedai runcit melayu untuk membeli makanan ringan untuk makan dalam perjalanan .

4.50 petang  menunjukkan selama tiga jam setengah aku duduk dalam kereta ni . Kematu punggung aku ni .

"Syaa , kau okay tak ? Aku tengok kau asyik pusing kiri pusing kanan . Asal ? Nak drive ke ?" Afif yang dari tadi fokus dengan pemanduannya mula tidak selesa bila aku tak senang duduk .

"Bila nak sampai R&R ?"  Sejujurnya aku memang rasa tak senang duduk .
"Sekejap je lagi . Kau okay tak ?" Afif mula tidak senang duduk . Macam yang aku cakap , Afif ni terlalu ambil berat pasal orang . Kalau perempuan lain memang dah cair tak terbentuk dah . Jangan kata perempuan lain , aku pun cair sebenarnya . Aishhh , apalah kau ni Sya . Wahai perasaan yang cair , nyah kau dari badanku . Shuhhh!!

"Kau kenapa sebenarnya ?" Afif mula bertanya .

Aku merebahkan tempat duduk ke belakang . Aku buka kasut sneakers hitam , dan merangkak perlahan ke tempat duduk belakang . Kerusi yang aku rebahkan tadi aku tegakkan semula .

"Haaah , nikmatnya baring!!"aku mencapai beg bunga yang terletak di bawah tempat letak kaki . Handphone aku capai .

Aku baru perasan , gelak kecil yang dari tadi tak henti-henti . Afif ni memang nak kena betullah . Ishh .

"Kenapa kau ketawa tak henti-henti ni ?"

"Hahhahah , nanti sampai R&R aku cerita . Hahahaaha ! Adoii ! Sakit perut aku ."

Alahai , layan jelah dia ni . Comelnya tengok dia gelak . Hahaha ,

Pengganti Paling Awesome !Место, где живут истории. Откройте их для себя