BAB 17

135 11 1
                                    

Bila sudah sampai di gim , terasa malas untuk masuk ke gelanggang . Mood untuk menyihatkan badan dah tak aktif . Selalunya bila pergi gim , rasa semangat tu luar biasa . Tapi bila kejadian yang tak diingini berlaku pagi tadi , hilamg dah semangat aku untuk bersenam .

Aku melangkah kaki ke kerusi rehat di dalam bilik gim . Aku termenung , kepala ligat memutarkan semula kejadian tadi . Entah kenapa otak ni tiba-tiba fikir yang bukan-bukan .

"Sya ," seseorang menegur . Malasnya nak mengangkat muka . Sungguh aku memang tiada mood . Rasa nak balik saja sekarang , tapi aku fikir balik , along punya marah mesti belum reda . Haii ,

"Emmm ," sepatah perkataan itu mungkin dah cukup orang faham yang aku memang tiada mood . Seseorang , tolong ceriakan aku !

"Ada prob ke ? Taknak share  dengan aku ke ?" Oramg yang menegur aku tadi terus melabuhkan punggungnya disebelah aku . Sememangnya Afif memang sentiasa berada disisi aku bila aku sedih . Entah kenapa dia selau ada dengan aku .

"Afif , aku tanya sikit boleh ?" Aku memandang kearah Afif yang dari tadi ralit memandang aku . Air botol mineral bersaiz sederhana di hulurkan pada aku . Aku menyambut dengan penuh lemah . Afif , hanya memgangguk  kerana ingin tahu soalan apa yang aku mahu ajukan pada dia .

"Kau dengan abang Syazwan kau selalu bergaduh tak ?" Entah kenapa aku ajukan soalan seperti itu . Hati ni mula tidak sedap , aku tak pernah menengking along sedangkan nak bergurau pun tiada masa .

"Pernah , tapi tak selalu . Abang Syaz dah besar . Dia boleh fikir aku ni adik dia . Kalau dia marah ada sebab , kadang-kadang dia bukan marah tapi menegur dengan cara yang agak meninggi . Kita sebagai adik kena faham dan sebenarnya  kita kena berterima kasih dekat dia sebab orang lain mana nak tegur kita melainkan dia ? Macam aku cakap ,   dia marah mesti ada sebab . Mungkin dia taknak adik-adik dia jadi macam dia . Kau tau kan , sejahat-jahat dan seburuk-buruk mana sekalipun adik beradik kita tu , dia tetap darah daging kita . Air dicincang tak akan putus ." Panjang lebar Afif berkata . Akhir katanya telah menguntumkan senyuman manis dibibirnya membuatkan aku tahu senyuman itu memang ikhlas .

Bila Afif cakap macam tu , aku pula rasa bersalah . Tapi , salah le apa yang aku cakap pada abang tadi ? Kalau aku minta maaf pada along , nak ke along maafkan aku sedangkan aku dah tengking dia tadi ? Alahaii serabutnya ! Ya Allah , Kau lembutkanlah hati along untuk maafkan aku Ya Allah .

"Sya , aku tahu kau dengan abang Eizlan bergaduh , ayah dah cerita dekat ku tadi . Ayah risau pasal kau sebab tadi ayah tengok kau bawa kereta laju sangat . Bahaya tu Sya , tu yang aku datang sini tengokkan kau . Sian ayah kau ." Tersentak aku . Ayah risau ? Ayah tak marah aku ke pasal apa yang aku buat dekat along tadi ? Terasa sebak di dada ini mula timbul . Selalunya orang dalam rumah tak pernh ambil peduli bila aku susah , sedih , menderita . Tapi bila aku tahu selama ni ayh selalu sangat ambil tahu pasal aku , aku terkejut . Lagipun ayahkan satu-satunya boyfriend  aku , mestilah dia take  care  pasal aku . Hihihi .

Kurang sikit bebanan di kepala bila Afif ada dengan aku . Aku baru perasan , bila Afif ada dengan aku , aku rasa macam takda apa-apa yang berlaku sebelum ini . Indahnya dunia ! Haaaa . ( hirup udara segar . Hihihi )

"Ohh , sebelum terlupa . Patut ke ku pergi minta maaf dekat along ?" Aku memandang Afif dengan wajah penuh yakin dengan mengatakan yang jawapan Afif adalah 'YA' . Tapi sangkaan aku meleset . Afif menggeleng dan menunduklan mukanya ke arah kasut sukannya .

"Ayah , suruh Abang Eizlan balik KL . Ayah kata abang Eizlan ganggu cuti kau bila di rumah ." Terkejut dengan apa yang Afif cakap . Betul ke ?.. ayah buat macam tu ?

"Ayah ,, halau along ? .." perlahan aju bersuara , tapi dapat di dengar dengan jelas oleh Afif .

"Ayah tak halau , tapi suruh balik . Lagipun Kak Ain dah sarat mengandung , diakan nak bersalinkan baby dekat Kl . Nanti terkejar-kejar pulak ."

Aku terdiam . Masih lagi berfikir tentang along . Menyesalnya aku menengking along tadi . Ya Allah .

"Dah jomlah balik . Kejap lagi kita nk gerak pergi Langkawi . Kita sekeluarga . Aku harap kau dah packing  baju kau ."

Ya Allah ! Aku lupa lagilah . Macam mana boleh lupa . Subhanallah .

"Belum lagi . Hihihi , sorry Fif ." Aku menunjukkan gigi tanda bersalah . Afif bingkas bangun dan menuju ke kereta . Aku pula pergi ke locker  untuk memgambil beg bunga aku  .

Pengganti Paling Awesome !Where stories live. Discover now