BAB 36

62 7 0
                                    

Sedar tak sedar Sabtu sebelum aku pulang ke Kuala Lumpur , majlis pertunangan antara aku dan Afif berjalan secara sederhana . Ibu dan ayah menjemput saudara-mara , jiram yang dekat dan kawan-kawan aku dan Afif . Tak ramai .. Zaty , Athirah , Farra , Aina dan Irfan . Lancar dan tertib .

"Aisya , aku balik dulu ye . Suami aku dah on the way ke airport ." Athirah memegang lemganku sambil membuat muka sedih .

"Haa , yelah .. jaga diri . Kalau ada apa-apa call aku ye ." Kami bersalaman sambil melagakan pipi sesama sendiri .

"Aku pergi dulu . Ehh , lupa . Barang-barang aku nanti aku datang ambil dengan suami aku tau" aku tersenyum sambil memgangguk ke arah Athirah .

Yess betul tu !! Athirah sudah diijab kabul kan waktu alu bercuti ke Langkawi haritu . Katanya buat sedang-sedang je . Di masjid yang terdekat di rumah Fatih . Yelah , Athirah anak yatim piatu , wan yang membelanya selama ini telah meninggal dunia tahun lepas . Saudara-maranya pula tidak mengambil peduli tentang dirinya . Syukur , aku dan Zaty hadir dalam hidup dia sejak di bangku sekolah . Syukur juga kerana hidup aku tidak seperti Nur Athirah .

Kereta yang dipandu oleh Pak Hamid iaitu pemandu peribadi suami Athirah semakin lenyap dari pandangan mata . Aku memusingkan badan . Mahu masuk ke dalam rumah memandangkan semua tetamu sudah pulang . Yang tinggal pun hanya saudara-mara aku dan Afif yang rancak berbual di bawah khemah .

"Beb ,"

Bahu aku disapa perlahan dari tepi . Aku menoleh , kelihatan Zaty yang cantik dengan dress labuh . Dia ni memang suka melaram . Aku ni pun jadi lawa macam ni sebab dia lah yang mengajarnya . Haihh , dari kecil sampai sekarang suka sangat melawa . Cantik pun cantik . Gigi pun berpendakap besi . Haihh , cantik dah kawan aku yang seorang ni . Kalau tak , dulu dah lah gigi kecil dan jarak-jarak , rabun , pendek tambah kurus keding pulak tu .. Sekarang , hmm , slim habis ... flawless gila nak mati . Ehhh apa aku melalut ni ?? Hahhha

"Aku balik dulu ehh ? Mengantuklah ... Take care okay , nanti nk gerak balik KL pick up aku tau .."

Zaty bersalaman dan melagakan pipi dia dan aku . Sememangnya memang dari dulu lagi kami sering perlakukan sebegitu . Semenjak Athirah terpisah dari kami kerana dihantar oleh arwah wan nya ke tahfiz . Bila Athirah pulang cuti penggal , perkara itu akan dia lakukan kepada kami bila kami melawatnya . Katanya itu salah stu sunnah Rasulullah apabila bertemu sahabatnya .

*******

Selesai aku membersihkan diri , rambut yang basah aku keringkan dengan tuala . Sesudah rambut terasa lembap , baru aku merebahkan diri di atas katil . Arhhh ! Nikmatnyaaaa . Kejap aku bergolek ke kiri , kemudian bergolek ke kanan kemudian terus terlentang merenung syiling bilik .

Entah perasaan apa yang aku rasa sekarang . Nak kata suka .. suka ke aku ? Nak kata bahagia .. belum masanya lagi .. Nak kata aku sedih dan geram dengan keputusan kedua ibu bapa aku dengan Afif yang melulu dan secara spontan ini ? Mungkin ada sedikit . Haihhh , entahlah ... bercampur baur aku rasa .

Sedang mengelamun tak tentu pasal , tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi . Afif ( Fiancee ) yang telefon . Apalagi lah yang dia nak ni . Tak mengantuk ke ? ehh kau ni Sya , kau pun tak tidur lagi ada hati nak nasihatkan orang , hemmm . Tak malu betul .

"Assalamualaikum" Afif memberi salam . Dengar suara je dah tau tak mengantuk lagi .

"Waalaikumsalam" salam Afif aku jawab . Waktu jawab tu lah nak menguap bagai . Hishhh , malu betul .

"Dah tidur ke ?"

"Belum , kenapa ?"

"Nak story something ."

Ahh sudah , cerita apa pulak yang nak di bagitau nya ni . Mata rasa mengantuk lah pulak . Tadi tak mau call , orang dah nak tidur barulah nak call .

"Apa dia ? ceritalah . Pasal apa ?"

Sambil bercakap , sambil tutup mata , hahh elok sangat lah tu .

"Pasal tadi ."

"Emm , teruskan",

"Tadi Haikal datang .."

"Haikal ? Haikal mana ?"

Terbuka luas mata aku . Bukan mata je , dengan badan sekali bangun .

"Alaa , pakwe awak tulah ." Nada suara Afif mula berubah .

"Aikk ? Cemburu ke ?"

Aku tersenyum senget . Sengaja nak kenakan dia .

"Sikitlah . Dia datang nak jumpa awak . Tapi Irfan tolong halaukan . Nasib ada Irfan ."

Berkerut dahi aku . Dah kenapa korang berdua halau dia ? Kam elok menganjing .

"kenapa halau pulak ? Tak baiklah buat macam tu . Kesian tau , kita tuan rumah mana boleh halau tetamu . Dosa tau ,"

Mulalah ni nak berceramah , tazkirah , takziah semua ada bagai .

"Awak ni , awak tak ingat ke dulu , kita gaduh dengan dia lepastu kita mengaku sama-sama yang kita dah kahwin , ishh sayang ni lupalah tu ."

Afif cuba mengingatkan aku kembali . Yess , teringat kejadian air batu sama milo atas kepala Haikal tu gara-gara aku yang buat . Biar padan muka dia . Hahahaha

"Ouh , yelah lupa . Jadi kenapa nak kena halau dia pulak ? Tak ada point pun dalam cerita tu sampai nak halau dia ."

"Ishh , awak ni . Point dia , kalau saya tak halau dia , nanti dia cubalah nak rampas awak balik sebab dia tahu kita tipu dia ."

Afif mula menaikkan nada suaranya . Tapi bukan marah ehh ... hihihi

"Ouhhh , cemburu"

Perkataan 'cemburu' tu aku perlahankan sedikit nada . Tapi masih boleh didengari oleh Afif .

"Mestilah ."

Aku dan Afif ketawa berdekah-dekah . Entah apa yang kelakar pun tak tau . Entah bahagian mana yang kelakar . Makin dilayannya Afif ni , makin hilang rasa mengantuk aku . Haihh lah tunang yang baik lagi hensem dan lagi kelakar . Hahahahah

Pengganti Paling Awesome !Where stories live. Discover now