Hari ni , aku kena bersiap dan keluar . Hermm , keluar pergi mana ? pergi jalanlah ... hahahaha . Haikal yang ajak . Katanya hari ni mama dia tak masak , tak tau nak makan apa . Dia suruh kita ni recommend kan makanan yang sedap .. Last-last , restoran aku juga yang aku cadangkan . Yes ! Pandainya teka ! Aku dah balik KL ..... ya ya ya , aku dah mula start sibuk .. Dan , afif pula dah flight ke United State . Katanya ada problem . Entah , aku pun tak ambil tahu . Yang aku tahu , lusa aku kena jemput dia di airport bawa balik rumah umi . Thats all .
Okay , celoteh punya celoteh dah siap dah aku ni .. lilit sana lilit sini , pakai itu ini dan siapa ! Okay , time to lunch !
Deringan telefon aku berbunyi . Shafiq Haikal ... ehh ehh dia ni , tak sabar betul . Orang suruh tunggu tu tunggu jelah . Sibuk nak call bagai ni kenapa
Hello ?
Hm , ni lagi satu . Hello !? Dia fikir aku ni kafir ke ? Ingat aku ni orang benci akan durian ? Huhh . Pantang betul ni .
Assalamualaikum
Aku memberi salam . Yes , saja aku nak perli memerli sekejap . Hahahahaha
Err , waalaikumsalam .
Suaranya yang terketar-ketar menjawab salam itu membuatkan darah aku naik dengan mendadak . Apa yang susah sangat nak memberi salam pun aku tak tau . Satu lafaz , satu perkataan , beribu pahala . Itupun berat mulut nak berbicara .
"Kenapa ?" Aku mula menyoal . Telefon aku kepitkan antara telinga dan bahu .. tangan kanan aku memegang gincu tangan kiri pula aku memegang tisu mengelap bibir yamg comot dengan gincu . Gara-gara bunyi telefon yang kuat , gincu ditarik sampai nak ke telinga . Erhh , sabar jelah .
P/s : jangan letak nada derong telefon anda yang boleh mengejutkan semua orang ya ... termasuk anda . Hahahaha
"Dah ada dekat depan ."
Terbeliak mata aku . Biar betul !? Aku bangun dan terus le beranda bilik Zaty , yelah bilik Zaty bilik tengah yang menghadap di depan pintu pagar rumah . Boleh lihat orang yang datang ke rumah kami . Kereta BMW milik Haikal tersadai di depan pagar rumah aku . Ergh .. kan aku dah cakap awal-awal lagi . Aku boleh sendiri lah . Tak perlu berjemput .
"Kenapa datang !? Kan saya dah kata kita gerak lain-lain .. awak ni tak faham ke ?!"
Nada suara aku sudah naik . Pagi tadi banyak kali Haikal ni telefon minta tolong teman makan tengahari bersama . Mula memang aku menolak sebab tak nak sesiapa yang terserempak dengan kami . Nanti jadi fitnah . Tapi disebabkan kesian , aku terima juga . Terima dengan syarat . Dia tak boleh ambil aku dirumah waktu nak makan nanti . Keduanya , dia kena makan di tempat yang terbuka sebab taknak disyaki apa-apa .
Tapi masalah sekarang , dia tak ikut syarat aku . Ishh , geram betullah . Kata nak tinggalkan hidup dulu , mulakan hidup baru . Tapi perangai tak pernah nak berubah . Aku ni dahlah mood hilang melayang terbang tinggi entah kemana . Dengan make up yang tak menjadi , muka pun dah banjir dengan air peluh .
"Err , saya datang nak ambil awak je bukannya nak-"
Belum sempat dia habis bercakap aku memotong .
"Pergi balik , saya tak jadi teman awak .!"
Talian di matikan . Aku pergi ke arah Zaty yang sedang menyiarap di atas katil sambil menonton movie dalam laptopnya .
Aku melabuhlan punggung di atas katil . Melihat Zaty yang matanya tekun melihat Kareena Kapoor , Amitabhachan , Shah Rukh Khan , Kajol dan Hritiik Roshan menari sambil menyanyi lagu Bole Chudiyan .
"Beb asal ?"
Zaty memandang aku . Dia bangun lalu mengambil tisu lembap baby pureen lalu mengelap gincu yang comot di muka aku .
"Aku letihlah ."
Zaty hanya diam . Tangannya sibuk membersihkan muka aku .
"Kejap lagi aku nak keluar ."
Zaty berhenti membersihkan muka aku . Di buangnya semua tisu yang berwarna merah itu di dalam tong sampah bilik di tepi katilnya .
"Dengan siapa ?"
Aku membuka lilitan tudung aku kemudian menyiarap sekali dengan Zaty sambil melayan hindustan .
"Irfan"
Aku memandang Zaty . Mukanya yang berseri-seri bila menyebut nama Irfan ..
Ana musykil . Kenapa anta sunyum-sunyum ..
Haihhh , peduli lah . Aku nak pergi dapur , memasak . Sebab tak jadi makan free . Huhh
Selamat malam readers
![](https://img.wattpad.com/cover/55953539-288-k308105.jpg)
YOU ARE READING
Pengganti Paling Awesome !
RandomHatinya sudah terluka bila bertahun bercinta tiba-tiba putus kerana tidak direstui oleh keluarga pasanganya . Selepas setahun berlalu . Kisah lama telah pun di lupakan . Dia lebih menumpukan kerjaya dia seorang chef yang mempunyai sebuah restoran 4...