Vierde Hoofsdtuk : 4th Chapter

7.4K 486 62
                                    

WEEKEND

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

WEEKEND

"WEY Kal, aku ada cerita panas ni." Zuki buka cerita sebaik sahaja mereka selesai memesan makanan di sebuah restoran hipster. Jenis restoran yang air oren je pun harga belasan ringgit.

Zuki Kaki Bawang.

3 jejaka termasuk Zuki sedang melepak di sebuah meja. Order makan dan minum dah ambik. Mula la masa untuk buka cerita. Selepas berminggu tak lepak sekali. Walaupun kerja dekat tempat yang sama je.

"Apa?" Jejaka berbadan fit, dada bidang, dan rambut undercut kiri kanan, yang dipanggil Kal oleh Zuki menjawab.

"Kawan kita yang sorang ni dah jatuh hati." Zuki mula menambah perasa.

Zye yang sedari tadi tengah scroll Twitter, baca baca apa-apa yang viral dua tiga hari ni terus angkat kepala. Tumpukan perhatian sepenuhnya apabila nama dia disebut secara tidak langsung. "Bila aku jatuh hati?"

"Dengan siapa?" Kal mengutarakan persoalan yang lebih penting berbanding soalan Zye.

"Dengan awek baru lab kitorang." Zuki selamba menambah.

Zye pantas cucuk sisi Zuki. Geram. "Siapa kata?"

Zuki elak.

"Alhamdulillah, kawan aku tak kunyit. Aku mati-mati ingat dia kunyit. Baru nak kurung dalam bilik sampai taubat." Kal memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi, siap tadah tangan dan aminkan apa sahaja yang dia sebut tadi. Zuki support dengan turut mengaminkan doa Kal.

Zye hanya mampu tepuk dahi sendiri. Dia taktahu nak buat apa dengan kawan baik dia yang bijak tapi bengap semacam. "Sejak bila aku gay la siaa."

"Sejak zaman sekolah menengah? Kau tak pernah couple kot." Zuki, sahabat baik Zye sedari tingkatan 1, membocorkan rahsia.

"Serious la?" Kal, sahabat baik Zye sejak zaman intern memang tak percaya yang Zye tak pernah date sesiapa.

"Betul la." Zuki mengangguk.

Kemon la. Zye ni dah la tinggi cecah 185cm, badan athletic secukup rasa sebab dia ni bekas atlet taekwondo Terengganu. Muka hensem dengan jawline yang mantep. Zye murah dengan senyuman, dan senyuman dia amat manis sampai orang ketagih dan berjangkit.

Takkan la takde yang nak.

"Mak aku tak bagi couple unless nak serious terus kawen. Elakkan zina." Zye berterus terang. "Aku taknak la jadi macam certain someone tu. Awek keliling pinggang, 2 bulan sekali tukar awek. Tapi tak ada pun yang dibawak balik jumpa Mak nak buat calon menantu." Sedap sahaja Zye mengeluarkan kata-kata pedas itu. Khas ditujukan ke arah Kal, yang terkenal di antara mereka bertiga sebagai player abad ini. Semuanya kerana Kal ni muka dia hensem above average, badan fit centu and family dia pun kaya above average.

Kal terdiam seketika. Menusuk kalbu kata-kata Zye ni. Sampaikan Zuki separa menggelupur, konon-konon 'burn' dengan statement Zye. "Burn, baby burn~" Zuki ada la pengalaman bercinta 2-3 kali, tapi tak kesampaian. Tapi Zye? Memang kosong.

HETEROCHROMIAWhere stories live. Discover now