Dertiende Hoofsdtuk : 13th Chapter

5.2K 385 19
                                    

Orange: Friendship

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Orange: Friendship

JAM di dinding terus berdetak ah~ Eh? Ehem ehem. Jam dinding telah menunjukkan angka 09 dan 00, bermakna sekarang sudah tepat jam 9 pagi dan batang hidung Zed masih tidak kelihatan. Zye yang sudah mulakan kerja dia kerap kali memandang jam dan pintu lab. Menanti kehadiran Zed.

"Zye, Zed is not coming today." Alisa menepuk lembut bahu Zye supaya Zye tidak terkejut akan kehadiran dia disitu.

"Why?" Zye menyoal, memandang tepat ke mata Alisa.

Hati Alisa terasa bagai dipanah, degupan jantung Alisa semakin laju dan anak mata Alisa dilated. Pipi Alisa yang sedikit merah tidak kelihatan dek kulit sawo matang Alisa. "Ehem-" Alisa betulkan anak tekak supaya dia boleh cover balik. "Zed kata dia ada kerja luar." Alisa tuturkan kebenaran. Memang itu sahaja yang disebut Zed kepada dia.

Tak disebut pulak Zed pasal "Réunion du conseil d'administration„ yang diperkatakan dengan Daniel beberapa hari lepas. Tak disebut pulak Zed dekat mana kerja dia itu. Sebab kerja Zed ni di tempat yang 15jam lebih lambat dari waktu Malaysia. Tak penting pun. Don't sweat the details.

"Semalam pun tak datang. Harini pun tak datang." Zye pegang dagu, kehairanan. Kerja apa sampai dua hari. "Dah la kerja lewat malam."

Alisa tanpa rasa bersalah duduk di sebelah Zye. "Eh? Macam mana tahu?" Alisa sengetkan kepala dan menyoal dengan satu jari di bibirnya, acah comel gitu.

"Dia Whatsapp aku semalam." Zye selamba menjawab. "Takde pulak dia kata apa-apa pasal kerja dia. Just nak cari duit lebih katanya."

"Kerja dengan client luar gamaknya." Zuki yang sedari tadi fokus dengan kerja dia akhirnya mencelah setelah bahagian pertama kerja dia selesai.

"We can do that?" Zye menyoal. Boleh eh buat kerja dengan client luar walaupun dah kerja dengan VARF.

"Boleh, with the right person, reason and permission." Tambah Zuki. "Tapi tak boleh bawak kerja luar tu ke dalam VARF je la.

Alisa dan Zye pandang Zuki macam Zuki baru sahaja mengatakan sesuatu yang luar biasa. Macam Zuki ni gila, tapi apa yang dia katakan makes sense.

"Benda ni umum la. Takkan korang taktahu?" Zuki menyoal semula. Pelik pulak dia bila lab mates dia taktahu pasal ni.

Well, Zuki tahu semua benda.

Alisa dan Zye geleng kepala serentak. Sweet bukan? Sila muntah hijau sekarang.

Zuki "Tapi tak ramai buat macam tu sebab gaji sini dah cukup tinggi even for intern." Puji Zuki kepada Van Arkel Holding, syarikat yang telah berikan tempat untuk Zuki mencari rezeki dari intern sampai la sekarang.

"Betul jugak tu." Zye mengangguk sendiri. Faham apa yang cuba disampaikan oleh Zuki tu. Indeed, Zye pun dah kerja under Van Arkel Holding sejak intern lagi.

HETEROCHROMIAWhere stories live. Discover now