Zesentwintigste Hoofsdtuk : 26th Chapter

4.3K 326 13
                                    

Mata yang keletihan diurut selepas jam di penjuru kanan skrin komputer dilihat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata yang keletihan diurut selepas jam di penjuru kanan skrin komputer dilihat. Angka 0, 3, 5, dan 4 kelihatan dalam turutan itu, bermakna ianya sudah pun jam 0354 pagi. Zed mengeluh kasar. Kepenatan. "I guess we should stop for now. It's already 4 a.m here. I'll see you again later on." Zed tamatkan panggilan video Skype dan terus cabut kemeja yang dipakai atas dasar formaliti. Setelah semua kerja di-save, Zed terus matikan komputer. Dia perlu tidur.

"Just a blink. A 2 hour sleep is enough." Zed melangkah keluar dari bilik pejabat dan menuju ke bilik tidur dia. Literally heret badan sendiri ke tilam supaya dia boleh berehat. Zed masuk ke dalam selimut yang sejuk, dan berbaring, dibiarkan badan dia tenggelam sedikit ditelan tilam yang empuk secukup rasa. Penat akhirnya terasa di seluruh badan Zed. Hanya dengan suasana malap, tilam yang empuk dan suhu yang sejuk, Zed hanyut dibawa arus mimpi.

"BEEP!"

"BEEP!"

"BEEP!"

"BEEP!"

"BEEP!"

Zed hulurkan tangan dan snooze-kan alarm dari telefon dia. "Can't a woman have her sleep peacefully." Berat betul badan nak bangun bila tidur 2-3 jam tapi rasa macam baru pejam mata je.

#Relatable

5 minit berselang dan telefon Zed berbunyi lagi. "Can you save my heavy dirty soul?! For meeeee~ For meeee~ Can you sa-"

Zed sedar yang itu bukan alarm dia lagi. Telefon diambil dan panggilan diangkat secepat mungkin. "Hel-lo.." Suara Zed serak-serak basah. Baru bangun tidur.

"Hello?" Suara jejaka di hujung talian membuatkan mata Zed semakin segar. Anak tekak yang rasa lain macam dibetulkan. Tak sempat Zed nak menjawab, telefon yang dipegang dirembat oleh orang lain yang sedang berdiri di tepi katil sedari tadi.

"Hello. Who's speaking?" Soal jejaka itu walaupun dia telah lihat caller ID sepintas lalu tadi. Sengaja.

"Ni Zye. Colleague Zed. Nak tanya kenapa Zed tak datang lab lagi. Sekarang dah pukul 9.30pagi." Suara di hujung talian yang mengaku dirinya Zye terus menyoal. Terdengar formal pula percakapan Zye bila Zye bercakap dengan suara lelaki dalam panggilan Zed.

Pelbagai tanggapan asing yang negatif cuha menceroboh kubu Positive Mental Attitude yang dibina Zye. 'Mungkin ayah dia. Mungkin ayah dia.' Itu adalah alasan Zye setakat ini.

"Daniel, what are you doing here?" Zed cuba capai telefon dia dari tangan Daniel. Suara Zed masih serak dan kasar. Cubaan Zed untuk bangkit berdiri terhalang apabila Daniel letak tangan dia di dahi Zed, menghalang Zed dari bangun.

"Oh, Zed ada depan saya ni." Daniel pandang Zed yang masih menolak tapak tangan dia dengan dahi. "Dia tak sihat hari ni. Demam sikit." Conclusion yang dibuat Daniel setelah dia rasa suhu di dahi Zed.

"Oh ye ke. Takpe la. Terima kasih." Zye jawab begitu sahaja dan matikan panggilan.

"Your 'Zyeyan' is a real good boy." Daniel tersenyum sinis.

Sebaik sahaja Zed dengar nama 'Zyeyan' disebut, Zed terus tepis kuat tangan kiri Daniel yang sedang memegang telefon dia. Telefon itu melayang dan disambut Zed. "Urghhh..... Fukk...." Tetapi aksi itu membuatkan Zed sakit kepala.

"Language." Daniel menegur dan duduk di sisi Zed. "Ni mesti stay up semalam kan?" Tekaan Daniel kena tepat ke sasaran.

"I've told you, your body, tak mampu stay up. You tried to strengthen your physical body but that doesn't means your internal is strong too." Daniel tolak Zed supaya Zed berbaring semula.

Zed biarkan sahaja Daniel berbuat sedemikian. Tak larat nak bertengkar dengan Daniel. Apa yang dikatakan Daniel tu benar belaka.

"Cuti la hari ni." Daniel menambah dan bangun berdiri. "Nak panggil doktor ke? And where is Alisa? She's your m-"

"No. No need. Nanti okay la ni." Zed berkata, masih berbaring. Malas la nak bukak topik baru pulak pasal Alisa ni. "Alisa kerja la tu."

"Her real job is here. Not there." Daniel mula keluarkan telefon.

"Tak payah la. Kecoh je nanti. Biarkan dia seronok kerja sana. I'll call Achik later if it get worst." Zed tarik selimut ke paras bahu, memang malas nak mulakan pertengkaran baru. For now dia nak baring je.

"Fine. Call me if it's too serious." Daniel kedengaran prihatin. "Got to go."

"Wait. How the hell did you get in here?" Zed akhirnya ditimpa soalan paling penting chapter ini.

"Trade secret. Daa~" Daniel melambai pergi dan terus keluar dari bilik Zed yang dia baru ceroboh tadi.

Zed angkat badan dia dan duduk di birai katil. "What a creep." Sebaik sahaja bunyi kenderaan Daniel hilang menandakan Daniel telah berambus dari rumah dia, Zed bangkit berdiri. Sakit di kepala masih belum surut, tetapi dia masih mahu pergi lab. Zuki baru je accident, patah tangan, so dia MC sebulan.

Tinggal Zye, Zed dan Alisa sahaja di dalam lab tu. And now that Zed pulak jadi macam ni, tinggal Alisa dan Zye sahaja, which is the last thing that Zed wants.

Dan Zed tak nampak Alisa since after dinner semalam. Entah apa yang dibuat Alisa dalam bilik dia semalam sejak 9p.m. taktahu la.

"HELLO, Achik. How soon can you fetch me at my house?" Zed berkata ke telefon sambil dia berlari-lari anak menuruni anak tangga. Rasa sakit kepala dah hilang, cuma rasa penat for no reason je yg tinggal.

"By lunch? Achik ada dekat sekolah Wazi for hari tandatangan buku rekod akademik." Jawab Achik dihujung talian.

"Really? Nevermind then." Zed tepis kata-kata Achik itu dan letakkan panggilan. Pelik kan? Wazi 17 tahun, Zed pun 17 tahun, tapi Wazi sekarang ada hari tandatangan buku rekod akademik sementara Zed dah mula bekerja. Funny how things works.

Zed tiba di depan pintu keluar rumah. Kasut dipakai dan bagpack di galas kemas. Zed sudah bersiap dengan gaya formal kasual, menggayakan seluar hitam dan but dengan baju kemeja biru keputihan tetapi berkolar merah. Knitted sweatshirt berwarna kelabu dipakai di atas kemeja itu. Nampak formal di bahagian atas badan dan informal di bahagian bawah.

Pintu rumah dibuka dan dia disambut oleh pemandangan yang membuatkan dia tersenyum sendiri. Motosikal Honda CB190R tersergam indah. Dengan custom paint, matte black keseluruhan body with gold finishing and gold rim, tambah dengan lighting matahari pukul 10 pagi ni. Perghh, menarik.

"Oh, baby..." Zed tersenyum nipis. Kunci motor, jaket dan helmet diambil dan Zed pun melangkah keluar, menuju ke motor kesayangan dia yang belum dapat peluang untuk buat kemunculan sulung di VARF lagi.

💓💓💓💓💓💓💓

HETEROCHROMIAWhere stories live. Discover now