Zevenvertigste Hoofsdtuk : 47th Chapter

3.8K 327 50
                                    

2 hari kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2 hari kemudian...
Runut bunyi jazz beralun di dalam bilik. Tiada apa-apa yang ditayangkan di skrin tv pun. Hanya ada lagu jazz. Heart rate monitor sudah tiada di tepi Zed. Lebam dan bengkak di muka Zed sudah surut. Extension rambut Zed telah dicabut dan warna hijau dan pink di rambut Zed telah dibuang sepenuhnya menggunakan sejenis minyak yang mampu menanggalkan pigmen warna dari rambut.

"Bishop A6 to C4." Kata Zed, hanya memandang chess board kayu itu. Bahagian kepala katil tinggi, membenarkan Zed duduk menyandar. Tiga jari kanan Zed telah disimen bersama sehingga ke pergelangan tangan, tangan kiri pula masih berbalut, dan masih dimasukkan darah, gara-gara kejadian haritu yang menyebabkan Zed kehilangan darah lagi.

Daniel gerakkan Bishop milik Zed yang berada di kotak A6 ke kotak C3. "Heh, classic old moves." Daniel gerakkan Tower dia ke hadapan sedikit. Sebagai bait.

"Assalamualaikum." Pintu bilik diketuk dan dibuka. Muka Zye terjengul di celah pintu sebelum dia masuk ke dalam bilik itu.

"Waalaikumussalam." Balas Zed dan Daniel, hampir serentak. Hanya dari suara sahaja mereka berdua tahu itu siapa.

Zye masuk ke dalam bilik tertutup ini dengan mangkuk tingkat di tangan. Bawa makanan tengah hari, bungkus dari rumah. Bukan dari kedai. "Aku bawak lunch."

"Great. Boleh la makan dengan Dya. Aku ada hal nak uruskan. Berapa lama dah aku cuti." Daniel terus bangun, meninggalkan Zed dan chessboard di situ.

"Eh? Eh?" Zye terpinga-pinga apabila bahu di ditepuk oleh Daniel yang terus keluar dari bilik itu.

"Duduklah. Put the stuffs down first." Tambah Zed, tidak memberi reaksi tambahan. Zye hanya menurut. Mangkuk tingkat di letak ke meja sisi katil dan Zye duduk di kerusi di sebelah katil Zed.

Rambut Zed telah kembali ke panjang asal, lebih sedikit dari paras bahu. Bezanya warna rambut Zed sahaja. Zye fikirkan rambut Zed telah dilunturkan ke warna putih, tetapi bila dekat macam ni baru dia perasan sesuatu. Separuh dari rambut Zed berwarna putih manakala lagi separuh berwarna light blonde, terbelah di tengah-tengah.

"Split hair dye?" Zye terus menyoal.

"Nahh.... Rambut naturally color macam ni." Zed cuba untuk pegang rambut dia dengan tangan kanan. Gagal. Bahu diangkat. "Partial albinism." Tambah Zed tanpa diminta.

https://youtu.be/VvWB-Yhhm8o

Bila Zye perhatikan semula, baru dia perasan. Kulit Zed memang putih, cerah. Hampir sampai tahap pucat. Selama ni terlindung di balik baju lengan panjang. Pasangkan dengan rambut putih habis ni, dan mata berwarna purple, memang nampak macam orang yang ada mutasi genetik yang digelar Albinism.

HETEROCHROMIAWhere stories live. Discover now