Eenenzestigste Hoofsdtuk : 61st Chapter

3.6K 317 8
                                    

"KING is captured, luckily I was out cold in the ICU

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"KING is captured, luckily I was out cold in the ICU." Bebel John seorang diri ketika dia berjalan di kaki lima di Bukit Bintang. Sebiji botol alkohol berada di dalam genggaman John. Baju lengan pendek yang dipakai John menampakkan pelbagai parut di kedua-dua belah lengan John. Parut yang panjang dan banyak, ada lebih kurang 30 parut kelar di setiap lengan. "That bitch is crazy."

"Why wouldn't I be?" Suara seseorang kedengaran di sebelah John ketika seseorang melintasi dia. John pantas berpusing ke belakang untuk lihat siapa yang baru sahaja reply dekat sembang mabuk dia tu. Nak pastikan sama ada dia hanya mabuk dan berhalusinasi atau benda itu betul-betul terjadi.

Tiada sesiapa.

Kaki lima di belakang John kosong, lengang. Cuma ada dua tiga lelaki lain yang berjalan terhuyung-hayang. Tiada pula kelibat manusia yang berbaju hitam dan berambut perang tadi. John pusing ke hadapan semula, untuk kembali berjalan ke destinasi dia.

Langkah John terhenti dan hampir sahaja dia terlepas botol kaca berisi arak itu. Kenapa? Kerana ada seseorang di depan dia, dengan senyuman sinis. Rambut berwarna cerah kelihatan oren kekuningan dek lampu jalan. Walaupun dia tidak nampak perbezaan warna mata, John tahu itu siapa.

Zed.

"Hi, John." Suara Zed kedengaran dan John hendak melangkah ke belakang, hendak lari, tetapi dia ditahan oleh seseorang.

"Hi, John." Suara lain pula kedengaran, dan kali ini berpunca dari seorang wanita berambut oren, di belakang John.

Tak semena-mena, seorang lagi wanita muncul di tepi John. Kali ini berambut hitam dan muka memang macam orang melayu. "Hello, John."

John terpinga-pinga. Mata dipisat supaya dia tidak salah tengok. Bila John buka mata semula, mereka sudah tiada. "A blonde, redhead, and malay trio." John berfikir semula. Air kencing setan diteguk lagi, kononnya nak membantu dia berfikir. "Weren't they the trio from Savant that escaped?"

"Zulu, Sierra and Alpha wasn't it?" John berkata sendiri, masih mencari ketiga-tiga wanita yang baru muncul tadi. Tetapi masih tidak kelihatan. "Did they mix something in this shit? I'm seeing things." Botol kaca diangkat ke paras mata dan ditenung seketika sebelum dia tertawa. Kelakar sangat.

"Ah, who cares." John kembali meneguk arak itu.

Dari sudut sebuah bangunan, sepasang mata berlainan warna memerhatikan gerak geri John yang bercakap sendirian. Sendirian. Tiada sesiapa pun di kawasan berdekatan.

Bermakna John hanya khayal.



BUNYI lagu yang tiba-tiba kedengaran di telinga John membuatkan John terjaga. Kepala John terasa berpusing dan berat. Mungkin disebabkan oleh arak yang dia minum terlalu banyak malam tadi. Kepala John rasa seperti tertunduk, so John angkat kepala. Mata cuba dibuka, tetapi apa yang dia nampak hanyalah kegelapan yang tiada penghujung.

HETEROCHROMIAWhere stories live. Discover now