Driëentwintigste Hoofsdtuk : 23rd Chapter

4.3K 335 8
                                    

WAZI settlekan semburan yang terakhir dan akhirnya pandang ke belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

WAZI settlekan semburan yang terakhir dan akhirnya pandang ke belakang. Ke arah Zed dan Zye yang tiba-tiba senyap. Terus senyap tanpa suara sejak sejam yang lalu. Zed duduk di sebelah Zye, rapat sampai bersentuh bahu. Siap share earphone lagi. Zye pandang ke tempat lain, tetapi agak jelas yang pipi Zye pink sikit, sementara Zed pandang straight ke dia tetapi terlindung di balik kaca mata hitam, taktahu la tidur ke apa.

'Fikir sweet ke?' Sempat Wazi condemn kakak dia sendiri sebelum dia bersuara. "I'm done."

Zye terus pandang ke arah Wazi. Zed buka mata dia dan akhirnya pandang Wazi. Wazi dah tanggalkan mask, tinggal topi je. Spray can tinggal satu je yang tak disimpan lagi.

"Pack up la. Tutor kan malam ni?" Zed lihat jam di tangan. Dah pukul 4 petang. Earphone dekat telinga kiri dia diberi semula ke Zye sebelum dia bangkit berdiri. Badan diregangkan sedikit, lenguh dek tidur-tidur ayam tadi. "Thank you for entertaining me. You got a nice choice of song by the way."

"My pleasure." Zye hanya mengangguk dan gulung earphone untuk disimpan ke dalam poket seluar semula. "Oh ya, mana Alisa? Dia tak hantar you ke sini ke?".

"Alisa busy." Wazi yang jawabkan. Sibuk je. "So, Zed datang sendiri naik uber." Wazi sempat kenyitkan mata ke Zye sahaj semasa di berpusing untuk kemaskan beg dia.

Zed pandang tepat ke muka Wazi. Nasib baik Wazi cakap naik Uber. Kalau dia cakap benda lain tadi, memang dah kena luku dah. "What's wrong with Uber."

"Aku boleh hantar kau balik?" Zye offer secara tiba-tiba. Mengambil peluang yang diberi oleh Wazi. "Wazi sekali pun boleh."

"It's okay. Achik dah on the way nak ambik I." Wazi menolak baik pelawaan Zye itu. Beg yang berisi spray cans diangkat dan digalas. "See ya." Langkah dimulakan ke arah seberang kiri mereka di mana deretan kedai bermula. Wazi perlu rentas lorong belakang deretan kedai sebelum sampai ke bahagian hadapan deretan kedai.

"This kid." Zed jeling ke atas sedikit, geram dengan Wazi yang suka perangkap dia macam ni. Sekarang ni, Zed tak boleh escape tanpa dedahkan sesuatu dulu.

"So, where to?" Zye sedia untuk lead Zed ke kereta dia. Seronok tak terkira. Zed pandang ke arah Wazi yang berjalan sendirian sambil bermain dengan telefon pintar dia sebelum dia pandang Zye. "I need to make sure yang dia naik dengan Achik dulu before I can go anyw-".

"Aaaaa!" Jeritan Wazi membuatkan Zed laju pandang terus ke arah Wazi. Kalau laju lagi sesaat, Zed boleh cramp leher.

"Wazi." Zed sebut dan terus pecut tinggalkan Zye disitu. Zed berlari ke arah Wazi yang telah ditarik ke tepi oleh sekumpulan lelaki yang bertatu di muka.

Zye pun ikut sama berlari ke arah Wazi. Zed tiba dahulu, dan terus menendang lelaki berambut merah yang sedang menarik lengan Wazi untuk dibawa masuk ke dalam sebuah van. Lelaki berambut merah itu tertolak ke belakang. Zed tolak Wazi ke belakang dia, untuk lindung Wazi. "Stay behind me. At all time."

HETEROCHROMIAWhere stories live. Discover now