Zevenzestigste Hoofsdtuk : 67th Chapter

3.4K 284 41
                                    

MILES mengerekot di penjuru bilik air, tidak bergerak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MILES mengerekot di penjuru bilik air, tidak bergerak. Hanya bernafas sahaja. Mata Miles terpejam. Tidak larat nak buka mata pun. Otot-otot Miles sudah susut. Sedang Miles hanyut dengan minda dia sendiri, bunyi pintu bilik air dibuka. Mengejutkan Miles.

Mata dibuka dan pintu yang tertutup selama 3 minggu ini diperhatikan. Melihat siapakah yang akan muncul di sebalik pintu itu. Sudah hampir seminit, tiada sesiapa pun muncul di muka pintu. Miles perlahan-lahan topangkan badan dia untuk angkat badan. Tandas duduk digunakan untuk membantu Miles melutut. Sinki digunakan untuk bantu Miles berdiri.

Selepas Miles berdiri, Miles mulakan langkah yang terketar-ketar dan perlahan ke arah pintu bilik air. Mungkin penculik dia telah bosan dan give up untuk terus menahan dia disitu. Mungkin ya. Mungkin tidak. Pipi Miles yang cengkung disapa udara segar dari luar. Berbeza udara dari udara yang berbau, lembap di dalam tandas itu. Pintu ditolak perlahan-lahan, tidak mahu tergesa-gesa.

"Confess, Miles. Confess." Bisikan Black kedengaran dari speaker tersembunyi di dalam bilik air itu. Miles hiraukan bisikan itu dan terus angkat kepala untuk lihat persekitaran yang sudah lama tidak dilihat. Bilik dia.

Hasrat Miles untuk bersorak gembira terbatal apabila pandangan Miles disapa 3 orang anggota polis yang masing-masing memegang pistol di tangan. "Oh thank God!" Miles terduduk lemah. Gembira melihat pegawai polis itu.

"Confess." Black berbisik lagi. Kali ini, perkataan 'Confess' itu diulang berkali-kali sehingga Miles terpaksa tutup telinga dia. Seorang pegawai polis ambil inisiatif untuk jenguk ke dalam tandas, mencari punca suara misteri itu.

"CONFESS MILES!" Tak semena-mena suara bisikan berubah menjadi jerkahan, membuatkan si pegawai polis itu tersentak dan terus mengacukan senapang ke dalam bilik air. Tidak sampai sesaat kemudian, bunyi sesuatu meletup, kaca pecah dan bilik air tiba-tiba menjadi gelap.

Muncung pistol yang dipegang dihala ke arah bunyi letupan kecil. Mentol lampu dan smoke detector. Kedua-dua alat itu mengeluarkan asap kelabu. Mentol lampu pecah berderai dan bertaburan di atas lantai. Kamera dan speaker tersembunyi kini kelihatan, tetapi telah terbakar dek letupan kecil itu.

Self destruct.

Pegawai polis itu berpusing dan menghadap kedua-dua rakan setugasnya, hanya untuk terkejut dengan keadaan Miles. Miles sedang memeluk kaki salah seorang dari pegawai itu, dan seluruh tubuh Miles menggigil. "I surrender. I-I surrender. I did all that. Please take me away from them."
  
 
  
  
 
HAMPIR setengah jam kemudian, 2 orang paramedik melangkah keluar dari apartmen yang dihuni Miles. Miles berada di atas stretcher, dengan IV drip bersambung ke tangan dia. Pegawai polis yang asalnya hanya 3 orang, telah berganda menjadi 6 orang, menyiasat tempat kejadian. Seorang pegawai polis bergerak dari pintu ke pintu, menyoal penghuni unit apartment lain di aras itu. Unit betul-betul di sebelah apartment Miles sebagai titik mula.

Pintu diketuk oleh pegawai bernama Azman.

Tidak sampai 20 saat pintu terbuka. Seorang wanita muda muncul di muka pintu, berambut hitam yang amat contra dengan kulit dia yang cerah. Mata coklat milik wanita itu memandang tepat ke muka si Azman. Mask muka dipakai wanita itu.

"Selamat petang, cik. Saya Koperal Azman dari Ibu Pejabat Polis." Azman perkenalkan diri sendiri kepada wanita yang memakai mask muka.

"Oh, encik polis." Wanita itu tarik turun mask muka, menampakkan freckles yang tidak ketara di pipi dan hidung. Hidung si wanita itu kemerahan. "Maaf, saya selesema." Kata si wanita yang hanya memakai t-shirt tangan pendek dan seluar pendek paras lutut.

"Sepanjang 2 minggu ni, Cik ada nampak atau dengar apa-apa yang mencurigakan tak?" Soal Azman.

"Hmm, saya jarang keluar. Makan pun delivery. And saya selalu pakai earphone sambil buat kerja." Wanita itu buka laluan sedikit supaya Azman dapat lihat set komputer yang berada di ruang tamu.

"Kami dapat panggilan kecemasan dari apartment di depan ni minggu lepas, and kali ni di sebelah pula, betul ke awak tak tahu apa-apa?" Azman curiga. Musykil. Syubhah. Was-was. Tak mungkin tak tahu apa-apa.

Wanita itu jenguk sedikit untuk lihat paramedik yang sedang menunggu lif untuk bawa turun Miles ke ground floor di mana ambulans sedang menunggu. Pintu apartment yang berdepan dengan apartment wanita itu dilekat dengan tape 'NO ENTRY, DILARANG MASUK' dengan logo Polis Diraja Malaysia. "Saya selalu dengar jiran sebelah jerit-jerit. Saya ingatkan dia tengah online gaming. Sebab jerit sorang-sorang."

Azman salin apa yang disebut wanita itu.

"Oh yang rumah depan ni, saya selalu dengar bunyi mengerang, bunyi macam moaning. Tapi saya ignore je." Jelas wanita itu.

"Kenapa awak tak buat apa-apa?" Azman cuba untuk push wanita itu.

'Because why wouldn't I?' Suara di dalam kepala wanita itu lain dari yang keluar dari mulut dia. "Saya ingatkan dia tengah, umm...., having fun." Suara wanita itu perlahan sahaja. Pipi kemerahan.

"Moaning bukannya seronok." Azman cuba bertegas. Tak faham.

"Macam mana nak cakap eh...." Wanita itu tidak pandang ke arah Azman. "Saya ingatkan dia tengah melanc**." Wanita itu hentikan statement dia disitu sahaja, masih tidak memandang Azman. Malu.

Azman yang clueless tadi akhirnya faham. "Oh." Segan pula si Azman bila dia sedar yang dia baru buat seorang wanita sebut perkataan itu. Pastinya memalukan bagi wanita itu. "Okay. Terima kasih atas kerjasama Cik. Tolong hati-hati ya lepas ni." Koperal Azman meminta diri dan bergerak ke unit apartment lain.

Wanita tadi masuk ke dalam rumah dan tutup pintu. Sengihan muncul di muka wanita itu sebelum dia cabut rambut palsu berwarna hitam yang dipakai, menampakkan rambut blonde dan putih yang tersembunyi di balik rambut putih itu. "The plan succeed."

Selain dari plan untuk buat Miles dan John surrender dan confess, Zed ada rangka plan lain. Plan apa? Ingat tak masa kat chapter 60? Zed suruh Achikk cari pasal John dekat mana-mana hospital. Ingat kan? Haa, esoknya, Achikk dah jumpa John di hospital mana. Dan dengan bantuan private investigator dan sejumlah wang yang agak banyak, Zed berjaya membuatkan Miles dan John hilang tempat mereka menyewa dan 'memujuk' supaya pemberi sewa itu mencadangkan unit apartmen di mana mereka berada sekarang. Berjiran dengan Zed.

Zed sanggup beli semua unit apartment satu tingkat tu dan dibuat sebagai apartment untuk disewa. Pastinya, Miles dan John yang terdesak terus makan umpan, bukan senang nak sewa rumah dengan harga yang berpatutan bila tiada kad pengenalan. Disebabkan oleh status John dan Miles sebagai penjenayah yang diburu, pastinya mereka perlukan urusan yang tidak akan dapat dijejak ke mereka. Bayar sewa cash, tiada kontrak rasmi diperlukan. Hanya secara lisan.

Selepas ikan dah makan umpan, yang tinggal cuma untuk tarik kail dan simpan ikan dalam bekas. In this case, selepas seminggu John dan Miles menginap di apartment itu, Zed terus mulakan langkah dia. Apa? Memecah masuk apartment John dan Miles menggunakan kunci yang sudah pasti Zed ada, dan gantikan ubatan yang dimakan John dan Miles dengan pil pelali.

Selebihnya, semua dah tahu. Zed kurung Miles di dalam bilik air yang telah dipastikan tiada alatan untuk lepaskan diri. John diikat, di-blindfold, dan dipaksa dengar lagu Barney and Friends di dalam bilik air dia juga. And.... here we are.

John serah diri selepas diugut Black, bukan setakat ambulans je yang datang, sekali dengan polis siap datang. Hit two stones with one bird. Am I right?

Maka berakhirnya drama bersiri ber-genre misteri thriller.

Keluhan dilepaskan Zed dan telefon pintar dibawa keluar. Aplikasi WhatsApp dibuka dan Zed terus taip sesuatu pada seseorang yang setia menanti dia habis projek ni.

Siapa?

Cuba teka.
 
    

   
💓💓💓💓💓💓💓

So, arc dera mendera dah habis, lepas ni kita ke bahagian yang ditunggu-tunggu.

HETEROCHROMIAWhere stories live. Discover now