Twëenzestigste Hoofsdtuk : 62nd Chapter

3.6K 294 33
                                    

Air yang sejuk mengejutkan John dari alam dia sendiri

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

Air yang sejuk mengejutkan John dari alam dia sendiri. Lagu Barney and Friends yang masih terpasang membuatkan John seperti mayat hidup. Hanyut di dalam fikiran sendiri. Air yang sejuk itu akhirnya membuatkan John kembali sedar.

Dan lagu Barney and Friends itu terhenti tiba-tiba, membuatkan fikiran John jadi kosong buat seketika. Sunyi. Entah berapa lama sudah dia begini. Terikat, 'buta', dipaksa dengar lagu yang bingit tu. Berapa kali sudah dia terkencing disitu juga.

"John McAllister, is that your name?" Suara seorang lelaki kedengaran dari corong speaker yang sama yang keluarkan lagu Barney tu.

John angkat kepala dia yang tertunduk. "Hngh?"

"This is an interrogation, in case you haven't noticed yet." Suara dari radio membalas.

"Is your name, John McAllister?" Soalan sama diutarakan lagi.

"Y-yes." John menjawab.

"Wrong." Suara itu tegas membangkang. Semburan air sejuk semakin deras dikenakan ke badan John. "Your name is Torben Erdle."

Kalau John boleh buka mata, dah terbuntang dah mata John. Nama tu sepatutnya tiada sesiapa pun yang tahu. Kalau tahu pun, yang sudah lama mati. "My name is John McAllister."

"Torben Erdle, I have here with me is a huge stack of files, listing your crimes, with another stack of files under John McAllister."

'Are they the FBI? The CIA? Or Interpol?' John berfikir sendiri. Tidak memberi apa-apa bantahan kepada apa yang baru disebut suara asing itu. "Who are you?"

"The interrogator. Who else?" Balas suara itu, skeptik.




MILES buka mata dari tidur dia yang terasa nyenyak sekali. Entah bila kali terakhir dia dapat tidur yang nyenyak macam ni. Tapi entah kenapa, bantal dan tilam dia terasa keras semacam. Dan ketika itu barulah Miles sedar yang dia sedang berbaring diatas lantai jubin bilik air.

Pantas Miles angkat badan dia sendiri. Mata Miles scan sekeliling. Ada mangkuk tandas yang duduk tu, ada singki, ada kepala shower. Semuanya benda yang Miles sudah familiar. Tapi ada yang kurang. Miles tolak badan dia ke atas.

Bilik air yang dia terbaring tadi adalah bilik air yang sama seperti bilik air dia yang biasa diguna selama ini. Tetapi yang bezanya adalah, bilik air ni tiada apa-apa. Tiada shampoo, sabun, pencukur, krim pencukur, cermin, ubatan, even berus gigi pun takde. Tiada apa-apa yang boleh dibuat sebagai senjata.

Kepala shower pun tiada.

"What the hell?" Miles bertanya kepada diri sendiri. "Did I do this?" Kepala diurut. Mungkin dia terlebih ambil ganja sampai dia high teruk. Tak sedar apa yang dia sendiri dah buat. Mungkin.

Tangan Miles dihulur kedepan untuk memulas tombol pintu. Nak keluar. Lebih baik kalau dia pergi berbaring dan sambung tidur dari fikirkan apa sahaja yang telah terjadi tadi. Tiada tombol pintu.

HETEROCHROMIAΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα