1| Pensyarah baru

6.5K 122 8
                                    

Kring kring kring kringgggg

Jam loceng yang menganggu tidur itu ditutup . Matanya masih berat untuk dibuka , kepala juga terasa pening . Mungkin akibat terlajak minum wine semalam . Pulang kerumah juga sudah pukul 3pagi . Tetapi disebabkan teringat akan kelas bersama profesor Zayed , mahu atau tidak dia terpaksa bangun . Tuala dicapai kemudian perlahan lahan dia melangkah dalam keadaan mamai kedalam tandas .

*****

" Olive balik pukul berapa semalam? "

Soalan daddy dibiarkan sahaja tidak berjawab . Malas mahu menjawab kerana dia tahu daddy sudah tahu pukul berapa dia pulang . Sengaja mahu memulakan perbualan atau lebih tepat memulakan peperangan mulut .

Bagi menghilangkan dahaga , jus Oren yang disediakan diteguk . Perutnya tidak boleh bersarapan bersama susu , meragam nanti . Diambil pula sekeping pancake yang berada diatas meja makan dan dikunyahnya perlahan .

" Daddy , mummy , olive ada kelas pagi ni . Bye , see you later "

Olive berjalan kearah pintu kemudian disarungnya high heel mahal berwarna hitam itu ke kaki . Enjin kereta dihidupkan kemudian pedal minyak ditekan . Laju sahaja Volkswagen Polo merah kesayangannya meluncur keluar dari perkarangan rumah banglo milik Dato' Mukhriz .

*****

" Kelas kita tamat disini "

Profesor Zayed mengemas barangnya kemudian keluar , begitu juga dengan pelajar pelajar yang lain . Aku mengemas buku serta kertas yang berselerak diatas meja kemudian mengajak Syifa untuk ke cafe .

" Syifa , kalau aku bagitahu kau . Jangan gelak eh? "

Syifa hanya mengangkat kening menandakan dia ingin tahu apakah perkara yang Olivia ingin katakan .

" Semalam ,, emm .. Semalam Jay kata dia nak masuk minang aku "

Air mineral yang diteguk Syifa tersembur keluar . Terbatuk batuk Syifa dibuatnya . Kemudian dia tergelak besar .

" Habistu mesti muka dia buruk kan masa dengar kau reject dia? Haha.. "

Aku juga turut ketawa . Apabila teringat kembali reaksi Jay semasa aku mengatakan bahawa aku tidak mahu berkahwin dengannya semalam , makin galak aku ketawa bersama Syifa sehingga kami sampai ke cafe . Kami hanya memesan air kerana masing masing tidak suka makan pada waktu begini . Lagipun lepasni aku ada kelas lagi .

" Serious talk kau memang hebat beb . Jay lelaki keberapa kena reject dengan kau dalam masa dua bulan? "

" Tujuh "

Terbeliak luas mata Syifa mendengar jawapan aku . Ya , tujuh orang lelaki telah ditolak mentah mentah dengan aku dalam masa dua bulan . Ini bukan penipuan tetapi kenyataan . Aku juga tidak menyangka akan perkara ini . Mereka fikir aku sudah bersedia untuk membina rumah tangga . Err memang tak lah bila fikir yang aku perlu menjaga makan dan minum suami , perlu minta izin untuk kemana mana dan yang paling aku tidak mahu ialah anak . Aku tidak suka akan kanak kanak . Menjengkelkan .

" Aku teringin jugak nak jadi macam kau . Tapi cukuplah Syaz dihati aku "

Aku membuat muka menyampah mendengar kata kata Syifa . Aku tidak menafikan bahawa Syifa dan Syaz memang sudah lama bercinta dan nampaknya mereka serious .

" Dude , lelaki tuu .. what a hot chick babe! "

Aku menoleh kearah yang ditunjukkan Syifa . Senyuman sinis diukir . Mata Syifa tidak berhenti memerhati lelaki yang berjalan bersama Puan Fiza kearah blok A .

" Hoi! aku bagitahu Syaz kau curang nanti , menangis tak berlagu kau "

Syifa tersengih .

" Emm aku nak cabar kau ni . Buat hot chick baru tu jadi mangsa kau yang kelapan dan kalau kau berjaya , cuti sem ni punya holiday yang kita rancang tu aku support semua termasuk tiket flight "

Heartbreaker First Love ✔ | EDITWhere stories live. Discover now