16| Dalam bahaya .

2.7K 57 0
                                    

" Done! Dah cantik dan anak buah maksu ni "

Aku memandang ke cermin . Aku menjadi kagum dengan kemahiran maksu . Solekannya pada wajahku nipis sahaja , namun cukup cantik dan aku puas hati .

" Thanks maksu "

Maksu hanya memberi senyuman manis kepadaku .. Dalam kesemua adik beradik mummy , maksu lah yang paling rapat dengan aku . Hanya dia yang tidak berfikiran negatif tentang aku .

Ketukan dipintu membuatkan maksu bangun dan berjalan laju membuka pintu . Mummy masuk sambil tersenyum . Pipiku diusap perlahan .

" Cantik anak mummy ni . Dah ready? pengantin lelaki dah sampai sayang "

" Thanks mummy . Em , yes i'm ready "

*****

Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 11.25 pm . Walaupun sudah lewat malam , rumahku masih riuh . Adik beradik mummy dan daddy semuanya tidur dirumahku . Alah tak ramai , tiga family je . Manakala sepupu sepapat mummy dan daddy ada yang tidur di hotel dan ada yang pulang ke rumah .

Aku yang kepenatan setelah selesai majlis dan membantu sedikit untuk mengemas terus masuk kebilik . Terlalu mengantuk untuk join gosip makcik makcik .

Aku menarik tuala dan masuk kedalam tandas untuk membersihkan diri . Rayyan masih belum masuk . Mungkin masih sedang bersembang dengan sepupu lelaki ku , Rafael .

Air pancuran dibuka . Terasa segar apabila air yang jatuh membasahi tubuhku yang kepenatan . Selesai mandi , aku hanya memakai bathrobe dan berbaring diatas katil . Telefon dicapai .

3028 messages from 21 chat .

Fuh gila banyak . Aku terlalu sibuk dengan majlis sehingga langsung tidak sempat menyentuh telefon .

Chat dari Jay dibuka . Aku membaca satu persatu ayat yang diberikannya .

" Hi there Olive . you mesti nerves kan? "

" I hope everything will be okay but i'm sorry , I takboleh datang . I takut I buat something gila bila tengok you atas pelamin dengan that gayboy "

" Tahniah untuk perkahwinan you sayang . I akan cuba lupakan you . Tapi kalau I takboleh , tolong pesan dekat Rayyan bersedia untuk tengok I rampas you balik "

Aku mengeluh . Dia ni nak cakap tahniah ke nak menyakitkan hati? Aku hanya menjawab ' thanks jay ' dan menutup semula aplikasi whatsapp itu . Aku merenung kipas yang tidak berpusing itu . Hanya aircond digunakan pada malam ini .

Tanpa aku sedar , aku terlelap .

*****

Bunyi pintu yang ditutup mengejutkan aku dari tidur . Terkebil kebil aku memandang Rayyan yang hanya memakai tuala dan berdiri di hadapan almari .

" Dah pukul berapa ni? "

Spontan Rayyan memandang kearahku dan mengukir senyum .

" Bangun dah sayang? Saya ganggu ke? "

Soalan aku tidak dijawab . Dia pulak yang bagi aku soalan . Haih .

" Takde lah . Pukul berapa ni? Lama ke saya terlelap? "

" Dah pukul 12.30 nii "

Kata Rayyan sambil memakai baju . Seluar pendek paras lutut dicapai dan dipakai . Lalu terus baring disebelahku .

" em sejam jugak laa saya tertidur ni? patut lah dah hilang ngantuk "

Rayyan memandangku .

" Tak ngantuk? Fuh ni lagi best "

Aku tergelak kecil . Hassudah laa suami aku ni .

" Err , saya nak pergi tengok mummy jap eh? Ez rehat lah "

Aku bangun namun sentapan tangan Rayyan membuatkan aku hilang keseimbangan dan terjatuh tepat diatas dadanya . opss!

" Sayang , semua orang dah masuk tidur . Awak nak tengok apa lagi? "

Suaranya fuh . Berubah 100% menjadi romantik . Seram sejuk aku duduk sini .

" Ez , saya nak bangun ni . Sakit pulak dada awak nanti "

" Alah , tak sakit pun . Saya sukaa . Em sayang? Jom "

Aku memutarkan bola mata . Aku berada didalam zon bahayaa yang amatlah bahaya . Mummy tolongg Olive !!

*****

Aku turun ke dapur dan memeluk mummy dari belakang yang sedang memasak makanan untuk breakfast .

" Hi sweetie . Morning "

Mummy mencium pipiku lembut . Aku ketawa kecil kemudian kembali memeluk mummy .

" Morning too mummy . Mana yang lain? "

" Yang lain? Who? Daddy kat atas lagi and your husband pun belum turun . The others dah balik semalam masa Olive tertidur dalam bilik . Semua tak jadi stay sebab paklong nak ajak diorang pergi Sunway Lagoon harini . Mummy ingat nak kejut Olive tapi they said no need . Diorang faham you penat lah kut "

Aku mengangguk .

" Amboi happy go lucky je pengantin baru ni sampai taknak lepas peluk mummy . Hows your night? "

Aku tersentak . Apa semua orang suka nak cakap pasal night ke? Serta merta aku melepaskan pelukan dan bergerak ke meja makan . Belum sempat aku menjawab , Rayyan turun dan duduk disebelahku .

" Emm . Tak dapat mummy "

Aku menoleh kearah Rayyan . Wajahnya seolah olah merajuk denganku . Alah alah macam mana ni?

" Lahh , kenapa pulak? "

" She's being a really good actor last night . Dia sakit perut and asked me to sleep first while dia bertapa dalam toilet "

Aku mencubit peha Rayyan sebelum dia mengaduh sakit . Mummy hanya menggeleng sambil tersenyum melihat perlakuan kami berdua . Aku dekatkan mulut ke telinga Rayyan .

" Yang pergi story kat mummy tu kenapa? "

Aku membisik . Namun , Rayyan hanya mengangkat bahu dan mengambil surat khabar yang berada diatas meja makan itu lalu berpura pura membacanya .

Aku memutarkan bola mata melihat Rayyan yang cuba merajuk denganku . Bukan apa , aku belum ready lah semalam * sob sob *

Tiba tiba kedengaran suara daddy yang sedang bercakap di telefon sambil menuruni tangga .

" Ya Ifah , terima kasih "

Daddy mematikan telefon lalu duduk berhadapan denganku dimeja makan .

" Morning daddy "

" Morning too sayang . Hah , mana breakfast nya? "

Mummy datang sambil membawa keluar beberapa pinggan dan gelas . Serta merta aku bangun dan membantu untuk mengambil pancake dan teh O ais yang telah mummy sediakan .

" Dah jom makan "

Aku menyua pinggan berisi pancake kepada Rayyan dan dia mengambil tanpa memandangku . Aduhai , baru sehari aku sah jadi bini dia dah kena layan rajuk dia pulak .

" Rayyan , Olive . Daddy nak cakap dengan both of you lepas ni "

Aku hanya mengangguk , begitu juga dengan Rayyan . Seram sejuk jugak lah sebab bunyi macam serius je daddy ni .

Heartbreaker First Love ✔ | EDITWhere stories live. Discover now