5|Memori

2.3K 61 0
                                    

" Olive? "

Serentak aku dan Rayyan berpaling kebelakang . Sepasang mata sedang merenung aku tajam . Hassudah! Terjumpa kat sini pulak em apa aku nak jawab ni?

" What are you doing here Olivia Kaira Dato' Mukhriz? "

Kening kanannya diangkat . Aku menelan liur sambil menjauhkan jarak antara aku dan Rayyan tetapi disebabkan kaki aku masih sakit , aku hampir terjatuh tetapi sempat Rayyan menangkap tangan aku . Fuh drama .

" Err , tadi .. Tadi Olive jatuh and my leg was injured . So i come here nak buat check up lah who knows kaki patah ke apa nanti daddy yang susah kan? "

Aku menjawab dalam keadaan kekok . Rayyan tiba tiba membantu aku untuk duduk dikerusi yang berada didalam klinik itu kemudian menghulurkan tangan untuk bersalam dengan daddy . Dia senyum .

" Assalammualaikum uncle . Em saya mintak maaf sebab tak inform uncle dulu pasal Kaira "

" Waalaikummussalam . takpe , tapi .. Kamu ni siapa? Why I never see you before this? Teman lelaki Olive yang baru? "

Rayyan menggosok belakang kepalanya . Teragak agak untuk menjawab .

" He's my lecturer , daddy "

Daddy memandang aku kemudian kembali memandang Rayyan . Wajahnya seperti mentafsir sesuatu yang berbelit di minda .

" Okay then . Nanti lepas dah jumpa doktor , kamu hantarkan Olive balik okay? Uncle ada hal urgent . Olive , balik bagitahu mummy takyah tunggu daddy . Takut late "

Aku mengangguk kemudian daddy berjalan keluar dari pintu klinik itu . Ditangannya ada plastik yang berisi ubat . Siapa pulak yang sakit ni?

*****

Me ; Aku tak boleh datang kelas , tolong cover . Thanks!

Phone dicampak ketepi katil . Tiba tiba pintu bilik diketuk sebelum dibuka dari luar . Mummy yang sedang membawa dulang berisi segelas jus oren dan beberapa keping biskut serta scramble egg masuk kedalam bilik aku dengan senyuman manis diwajah .

" Good morning sweetie , nah makan breakfast ni . Lepas mandi , tukar bandage kat kaki tu okay? Boleh jalan slow slow kan? "

Aku mengangguk perlahan . Jus oren dicapai kemudian diteguk rakus . Dahaga mencucuk tekak . Mummy hanya menggeleng melihat mulutku yang comot dengan kesan jus oren tadi .

" Mummy keluar dulu , apa apa panggil je Mak Iti "

Sekali lagi aku mengangguk . Mummy keluar dari bilik dan pintu ditutup rapat .

Ting!

Aku mencapai iphone yang dicampak tadi kemudian membuka mesej yang masuk . Syifa .

Syifa ; Kau dah asal pulak? Haish yelah nanti lanje aku makan eh!

Me ; Kaki aku terseliuh . Kalau sayang kawan kau ni nanti datang lah melawat aku . Gila bosan tau tak dok rumah ni?

Perlahan lahan aku bangun dan cuba berdiri tanpa berpaut pada apa apa namun gagal apabila aku hilang keseimbangan dan akhirnya jatuh terduduk diatas katil . Perit terasa dibuku lali . Haih dah macam orang patah kaki je!

*****

Jam menunjukkan tepat pukul 2petang dan aku sudah habis kelas . Wajah gadis yang sedang tersenyum didalam gambar itu dipandang lama . Ikutkan hatinya , dia mahu memberitahu identiti sebenarnya kepada Aira tetapi dia takut gadis itu tidak ingat akan dirinya lagi .

Apabila melihat dia tidak hadir ke kelas tadi , retak seribu hatinya kerana rindu . Tetapi , dia tahu bahawa gadis itu tercedera dan dia mahu kakinya cepat cepat pulih .

" Aira , Ez pernah janji untuk sehidup semati dengan Aira . So , Ez balik untuk tunaikan janji "

Flashback

Aira hanya memerhati dari jauh sahabat baiknya yang sedang menyimpan barang kedalam bonet kereta . Air mata yang dari tadi ditahan agar tidak jatuh , akhirnya mengalir deras di pipi . Dia mahu bejumpa dengan Ez tetapi dia masih marah kerana lelaki itu tidak memberitahu kepadanya tentang dia akan berpindah keluar negara hari ini . Dia tahu pada malam semalam , itu pun sebab mummy nya yang memberitahu .

Aira membuka langkah untuk masuk kedalam rumah . Pintu dihempasnya sekuat mungkin kemudian berlari masuk kedalam biliknya . Pintu bilik itu pula yang dihempas kuat . Dia menangis semahu mahunya apabila terfikir bahawa dia akan kehilangan sahabat baiknya beberapa jam sahaja lagi . Walaupun mereka berdua hanya bersahabat baik , namun hatinya telah terusik dengan layanan baik yang diberikan lelaki itu kepada dirinya .

Tiba tiba pintu bilik dikuak perlahan daripada luar . Bunyi tapak kaki kedengaran namun dia masih lagi menekup wajahnya dengan bantal sambil menangis .

" Aira .. "

Terasa seperti ada seseorang duduk ditepi katilnya . Dia tahu itu adalah Ez , namun egonya tinggi . Dia masih menangis disebalik bantal itu tanpa mengendahkan Ez .

" Aira , please dengar apa yang Ez nak cakap ni "

" Pergi! Pergi lah! Ez tak sayang Aira! Ez nak pergi jauh tinggal Aira kat sini! Aira benci Ez! Benci! "

Sedikit pun dia tidak memandang wajah Ez . Hatinya sakit , dia tidak tahu bagaimana untuk meneruskan hari harinya tanpa Ez . Lelaki itu lah yang selalu ada dengannya tidak kira dimanaa .

" Aira , Ez sayang kat Aira . Ez tak tipu , tapi nenek Ez sakit dan mama kena jaga nenek . So , Ez dengan papa pun kena lah ikut sekali "

Gadis itu masih tidak mahu memandang kearahnya .

" Ez terpaksa buat semua ni . Aira dah janji dengan Ez kan yang Aira akan selalu jadi kawan baik Ez? Tolong lah jangan macamni , Ez kena pergi sebab takut terlepas flight "

Serta merta egonya yang sebentar tadi tinggi melangit jatuh menyembah bumi . Dipeluknya Ez kemudian menyambung tangisannya didalam dakapan lelaki itu . Ez yang pada mulanya terkejut tetapi dibiarkan sahaja . Dia kemudiannya mengelus lembut rambut perang asli milik Aira .

" Ez , nanti Aira nak kawan dengan sape? Nanti sape nak teman Aira study? Sape nak dengar masalah masalah Aira lagi? "

" Aira mesti akan jumpa kawan baru . Jangan risau , kalau Aira rindu Ez pejam je mata and I'll be there for you . Kalau Aira pejam mata , mesti akan nampak Ez "

Gadis itu sekali lagi menyambung tangisnya . Sungguh dia tidak mahu berjauhan dengan Ez . Hatinya bagai disiat siat apabila diberitahu Ez akan berpindah .

" Aira , jangan lah nangis . Ez janji yang Ez akan balik . Ez janji akan sehidup semati dengan Aira . You wait for me okay? I gotta go . Ingat satu je , Ez sayang Aira . Bye "

Dia cuba untuk meleraikan pelukan gadis itu , namun Aira berdegil . Mummy dan mama Ez naik keatas apabila dipanggilnya Ez tetapi tidak berjawab . Apabila melihat Aira yang tidak mahu melepaskan Ez , fahamlah mereka bahawa anak gadis itu tidak dapat menerima keadaan . Masing masing memujuk Aira untuk melepaskan pelukannya . Akhirnya , Aira mengalah .

Air mata masih lagi deras mengalir dipipi . Berkali kali dia memujuk agar mama Ez mengubah fikiran namun gagal .

" Ez kena janji yang Ez takkan lupakan Aira . Ez kena balik cari Aira kat sini! "

" Ye Aira sayang , Ez janji "

Heartbreaker First Love ✔ | EDITWhere stories live. Discover now