48| Dipuji

2.1K 36 0
                                    

Semakin dibiarkan , Rania semakin mendekatkan wajahnya denganku . Memandang dengan senyuman sinis . Disebabkan panik yang tiba tiba menyerang , tubuh Rania ditolak kasar .

" Jangan mengarut boleh tak?! Ni cuma resipi mummy bagi yang aku salin je . Aku nak tido . Jangan bising! "

Nota itu digenggam erat . Mengabaikan Rania yang memandangku dengan wajah yang merah padam . Menahan geram ditolak tadi mungkin . Ah kesah apa aku . Katil dipanjat dan sebaik sahaja kepala menyentuh bantal , aku memejam mata . Kedengaran Rania merengus kasar dan turut baring disebelahku .

Kenapa lah Rayyan suruh dia tidur dengan aku? Kerja gila .

*****

Rania yang sedang nyenyak tidur dibiarkan . Perlahan lahan aku bangun menuju ke tandas . Pintu ditutup dan nafas lega dilepas . Tak senang hati aku dibuatnya tidur sebelah dia . Rasa macam tidur sebelah pembunuh . Fuh .

Selesai mandi dan memakai baju , aku turun menyediakan sarapan . Hanya roti bakar yang disapu peanut butter sahaja . Lagipun , cuma aku dan Rania yang berada dirumah .

" Asal kau tak kejut aku? "

Mengucap panjang aku apabila disergah begitu . Serta merta aku toleh kebelakang dan Rania yang masih dengan baju tidur dan rambut yang tidak terurus berdiri memandangku . Riak wajahnya hanya mendatar . Tiada marah . Tidak juga nampak macam nak senyum .

" Malas kacau . Tengok macam lena je . Mimpi indah tergantung nanti kalau aku kacau "

Selamba aku menjawab . Roti yang yang berada didalam pinggan diambil dan disuap kedalam mulut . Perlahan aku kunyah sebelum meneguk jus oren yang tadinya telah aku tuang kedalam gelas .

" Bagus lah . Memang indah pun . Aku mimpi abang . Kau macam tahu tahu je kan? Sebabtu taknak kacau aku . Terima kasih laa memahami . Urgh! "

Rania menghentak hentak kakinya kemudian melangkah memanjat tangga . Jam didinding dipandang sekilas sebelum aku ketawa kecil . Patut lah dia marah . Dah pukul 9 dan dia masih belum bersiap . Lambat masuk kerja lagi haih . Macam syarikat dia laa pulak err .

" Niaa! Nanti makan breakfast ni . Aku gerak dulu ada kelas!! "

Lantak lah dia dengar atau tidak . Yang penting , aku dah pesan . Betul tak? Handbag diambil beserta telefon dan kunci kereta . Kasut dipakai dan kereta dibuka . Terpaksa laa pakai kasut dan tinggalkan high heels buat sementara waktu . Demi baby hm .

" Olive!! "

Sekali lagi aku terkejut disebabkan suara Rania yang seperti kilat memancar langit . Eish apa lah perempuan ni nak? Tak sampai seminit selepas dia menjerit memanggil namaku , Rania telahpun berdiri didepan pintu . Hanya bertuala . Tak malu ke apa berdiri depan pintu berkemban?

" Aku nak pergi kerja dengan apa nanti makcik?! "

" Mana aku tahu . Teksi banyak . Tak pun kau jalan depan tu sikit , tunggu bas tambang . Aku dah lambat ni takboleh tunggu kau . Sorry . Bye! "

Aku terus masuk kedalam kereta dan menghidupkan enjin . Jelas diriak wajahnya , Rania tidak puas hati dengan jawapanku . Tanpa menunggu lama , pedal minyak ditekan . Apa apa pun kena lari daripada Rania dulu .

*****

"Kenapa baru sekarang kau cerita kat akuu pasal apa yang adik ipar kau tu buat? "

Aku mengeluh . Aku baru cerita separuh jalan , Syifa sudah banyak membebel dan terjerit jerit tidak percaya . Ingat aku nak main main ke pasal benda gila macamni? Libatkan nyawa aku lagi .

" Kau stay rumah aku nak? Sementara Rayyan outstation je "

Baru ingin bersetuju , namun teringatkan mama Rayyan yang akan datang menemaniku , terus kepala digelengkan .

" Rayyan dan suruh mak mertua aku datang jaga aku kat sini . Takpe , kau jangan risau . Pandai la aku jaga diri "

" Kau yang dulu dengan sakarang lain babe . Dulu boleh laa kau lari lintang pukang tak pun melawan kalau Rania tu serang . Sekarang ni , dengan baby tu lagi . Takkan kau nak bertarik rambut? "

Syifa yang sangat merisaukan aku dijeling . Dia tersengih . Aku dah bagitahu mama akan ada . Apa lah dia fikir jauh sangat tu? Haih . Tiba tiba terasa lapar . Idea ingin meminta Syifa belanja terus muncul diminda .

" Belanja aku makan jom . Lepastu teman aku pergi airport . Ambik mak mertua aku "

Aku memandang Syifa dengan wajah yang dibuat buat comel . Syifa memandangku hambar .

" Seriously dude? Eish ye laa . Jom! Ni demi baby eh bukan sebab aku sayang kau "

" Kau memang sayang aku pun! "

Tangan Syifa ditarik memaksanya berjalan laju kearah kereta . Kami masing masing ketawa bersama . Bersama Syifa , takpernah bosan .

*****

Aku mencium tangan mama dan memeluknya erat . Pipinya dicium kemudian Syifa pula yang bersalam dengan mama . Aku terjenguk jenguk ke merata tempat . Ayah mana?

" Mama datang sorang je lah . Ayah kena tinggal bukan lama pun . Pandai laa tu dia hidup "

Mama ketawa dengan ayatnya . Aku turut ketawa perlahan . Beg mama diangkat namun mama kembali mengambil beg-nya dari tanganku .

" Olive tu takboleh angkat benda berat . Dah , biar mama je bawak "

Aku tersenyum sambil menunjukkan arah kereta diparking kepada mama . Syifa hanya tersenyum pelbagai makna kepadaku . Hmm .

*****

" Thankyou teman aku babe! "

Syifa mengangguk lalu masuk kedalam kereta milik Syaz . Teman lelakinya itu tersenyum kearahku sebelum kereta itu bergerak meninggalkan kawasan rumahku .

Sebenarnya , Syifa yang drive daripada tadi . Selepas ambil mama di-airport , dia ingin terus menghantarku kerumah dan menelefon Syaz supaya mengambilnya dirumahku . Bertuah sungguh ada kawan macamni .

" Mama nak naik bilik dulu ke nak makan? "

" Eh terus naik bilik lah dulu . Nak mandi . Dah makan masa dalam flight tadi "

Aku mengangguk dan membawa mama kebilik yang telah aku kemas untuk mama . Sejak dari tadi , tak habis habis dia memuji aku kerana rumahku tidak sedikit pun kelihatan bersepah . Nak bangga boleh tak?

" Mamaaa!!! "

Rania berlari anak mendapatkan mama . Harini saja sudah berapa kali dia menjerit? Memang takreti bagi salam agaknya . Balik balik kerja , beg terus dicampak ke sofa dan berlari kearah mama sambil menjerit . Serik woah dengar suara petir dia tu!

" Hish Ran ni . Cuba lah sopan sikit jadi anak dara . Tengok kak Olive kamu ni . Takde terjerit jerit "

Rania yang sedang memeluk mama , menjeling-ku setelah sekali lagi mama memujiku . Okay kalini aku memang nak bangga .






Heartbreaker First Love ✔ | EDITWhere stories live. Discover now