Sëquël| Part 5.2

2.2K 42 2
                                    

Televisyen yang terpasang itu sedikit pun tidak dapat menarik perhatianku . Berkali kali aku menukar channel untuk mencari cerita namun akhirnya aku mengeluh dan televisyen itu pun ditutup .

Nazel yang sedang fokus bermain game di tab milik Wendy aku pandang . Mulutnya yang sesekali membuat bunyi seperti motor itu membuatkan aku sedikit terhibur . Matanya tidak lepas dari memandang skrin tab tersebut . Haih sayang .

" Olive? Can you help me? " Wendy yang tadinya aku sangka sedang tidur disofa , aku pandang . Wajahnya berkerut seperti menahan sakit .

" Can you go to the pharmacy and belikan panadol untuk i? " Aku hanya tersenyum kemudian membalas dengan mengangguk . Tidak pula aku tanyakan pada Wendy adakah dia demam atau hanya sakit kepala . Takpelah , farmasi bukan jauh pun .

" Babyy , mummy nak pergi farmasi kejap okay? Nak ikut ke? " Nazel tidak menjawab tetapi dia hanya menggeleng laju . Pandangannya juga masih pada skrin tab itu . Aku tersenyum melihat gelagatnya lalu bangun dan mencapai jaket serta telefon sebelum keluar dari rumah itu .

Berjalan kaki ke tempat yang ingin dituju adalah perkara biasa bagi penduduk yang tinggal di negara bersuhu rendah seperti London . Tidak seperti Malaysia , nak pergi kedai dekat dekat pun naik motor . Yang naik kereta pun ada jugakk .

Sedang aku berjalan menuju ke farmasi yang berdekatan , sebuah kereta tiba tiba sahaja berhenti di hadapanku . Kawasan ini agak sunyi jadi aku sedikit takut dengan keadaan ini . Pintu kereta itu dibuka dan dua orang lelaki yang bertopeng datang kearahku lalu mulutku ditekup . Aku cuba meronta namun jelas sekali perbuatanku tidak menjejaskan dua orang lelaki tersebut . Aku ditarik masuk kedalam kereta tersebut dan mataku ditutup dengan kain hitam yang diikat pada kepalaku .

" Who are youu?! Let me go! " Aku sekali lagi cuba untuk meronta namun aku dapat merasakan tanganku diikat ketat . Terasa pedih dipergelangan tanganku dek kerana ikatan itu .

" Its hurt! Let me go! " Sebaik sahaja aku meluahkan rasa sakit itu , ikatan itu seperti sedikit dilonggarkan . Walaupun berasa pelik dengan kebaikan penculik ini , aku tetap tidak mahu bekerjasama . Penculik , tetap penculik . Atau juga aku akan dibunuh??

" Shut up girl or else i'll kill you right now " Suara yang entah milik siapa itu membuatkan aku menggigil . Spontan aku berhenti meronta apabila digertaknya begitu sekali . Aku tidak mahu mati . Aku masih ada anak yang perlu dijaga dan aku juga belum memohon maaf pada Rayyan .

Memikirkan hal itu , air mataku tiba tiba mengalir . Rasa sebak didada kembali lagi . Setelah seminggu aku dan Nazel berada di London , sedaya upaya aku cuba untuk menyibukkan diri dan tidak memikirkan Rayyan . Kerana ini akan terjadi , aku menangis .

Kereta yang dinaiki ini dirasakan sudahpun berhenti . Tanganku ditarik untuk melangkah keluar dari kereta itu namun aku teragak agak untuk mengikut . Dia tutup mata aku kot!

" Urgh damn i cant even see! " Aku menjerit marah apabila lelaki itu bertindak kasar dengan mendukung aku keluar dari kereta tersebut . Ketika lelaki itu meletakkan aku , aku sedar yang aku diletakkan diatas sebuah sofa .

Ikatan yang menutup mataku dibuka . Berkali kali aku mengelipkan mata untuk menyekatakan cahaya yang masuk walaupun pada hakikatnya tempat ini gelap . Ikatan pada tanganku dibuka dengan penuh hati hati . Wajah lelaki dihadapanku ini masih lagi tidak dapat aku kenalpasti .

" Wait here " Aku ditinggalkan dan pintu bilik itu ditutup . Bunyi kunci menandakan aku dikunci didalam bilik ini . Sungguh aku sangat takut ketika ini . Bilik apa yang gelap macamni? Ya Allah!

Teringat pada telefon yang aku bawa tadi , tanganku mencari telefon didalan poket . Apabila telefon dibuka , malang sekali disini langsung tiada line! Aku dekat kampung mana ni sampai takde line macamni?

Heartbreaker First Love ✔ | EDITWhere stories live. Discover now