52| Daydreaming

2.3K 36 0
                                    

Aku memandang kedai 7eleven yang berada dihadapanku tanpa mata yang berkelip . Kemudian , pandangan dialihkan kepada Rayyan . Kenapa dia singgah sini? Sepatutnya , dia kena bawak aku pergi klinik untuk cek keadaan kandungan aku sekarang .

" Abang nak beli air slurpee kejap . Craving lah "

Rayyan tersengih kearahku . Baru aku faham kenapa dia tiba tiba berhenti singgah disini . Baru saja dia ingin membuka pintu kereta , aku menahannya .

" Nak ikutt "

Kali ni , aku pula yang tersengih . Rayyan mengangguk lalu keluar dan membuka kan pintu untukku . Alaa shuben aku nii . Kami berjalan beriringan masuk kedalam kedai runcit 7eleven . Bila tengok air slurpee itu berpusing didalam mesinnya , aku juga turut tertarik . Nampak sedap nya!

" Campur kan dua dua colour tau abang . Nampak sedap lah . Saya nak jugakkk "

Rayyan hanya tersenyum mengangguk . Aku pula , hanya memerhati Rayyan . Entah kenapa , dia kelihatan sangat menarik hari ni . Dekat office tu mesti ramai peminat suami aku ni , handsome betul! Kulit putih dia berserta dengan wajahnya itu , jelas dia bukan melayu original . Maksud aku , ada mix something something lah . Macam Rayyan ni , dia mix filipina .

" Sayang , dah dah laa tu daydreaming sambil perhatikan saya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Sayang , dah dah laa tu daydreaming sambil perhatikan saya . Abang handsome sangat kan?? "

Aku mencebik . Puji diri sendiri pulak dia . Macam mana aku boleh berangan sambil tengok dia? Buat malu je kena perli dengan Rayyan .

" Sayang nak apa apa tak? "

Aku menunjukkan asam yang terletak disalah satu rak disitu . Rayyan mengangguk dan mengambil asam tersebut namun aku menggeleng lajuu . Aku nak warna putih , bukan oren!

" Yang ni? "

Apabila asam yang aku inginkan ditunjuknya , aku mengangguk dengan teruja sambil tersenyum . Aku bukan mengada , tapi baby yang nak makan . Hhehehe .

*****

Sepanjang perjalanan pulang , aku tersenyum gembira . Langsung tak hilang senyuman dibibir . Doktor kata , kandungan aku baik . Kuat . Dan dah tentunya sihat . Tengok lahh mak dia siapa , kan?

" Kairaa , kita dah sampai . Awak taknak keluar ke? "

Rayyan menepuk pehaku perlahan dan apabila aku tersedar dari lamunan , dia tergelak kecil . Apa nak jadi lah Olivia Kaira , asik mengelamun siang hari je . Tak pasal pasal dah kena tegur dua kali dengan encik husband .

Rayyan sudah pun terlebih dahulu berjalan laju naik ke bilik . Katanya , nak masuk toilet tak tahan . Nak je aku gelak besar tapi takde lah lawak sangat pun . Gelak lebih lebih nanti , hambar pulak .

" Happy nampak? "

Berada di anak tangga keenam , aku memandang keatas . Rania sedang berdiri memeluk tubuh sambil memandangku tidak puas hati . Seperti biasa , tiada senyuman diwajahnya . Dia hanya senyum bila ada mama dan juga Rayyan . Memandangkan mama sudah pun balik dan Rayyan tiada disisi , wajah bengisnya muncul kembali .

" Nia , doktor kata baby aku sihat! Kau happy tak? "

Aku cuba berkelakuan baik . Semenjak Rayyan menceritakan apa yang telah terjadi kepada Rania , aku mula bersimpati kepadanya . Walaupun sebenarnya , aku dalam bahaya . Dia mahukan suami aku .

" Asal pulak aku nak kena happy? Bukan anak aku pun "

" Tapi baby yang akan keluar ni , anak buah kau . Anak Rayyan . Kau boleh kan layan dia macam anak sendiri? "

Rania sepertinya tersentak dengan apa yang aku katakan . Wajahnya berubah muram . Aku rasa , aku dah tersalah cakap . Aku lupa , dia pernah kehilangan anak dikandungnya . Malah , dia tak sempat berjumpa pun dengan anaknya itu .

" Apa kau cakap ni? "

Aku hanya diam namun senyuman dibibir masih diukir . Rania tidak tahu yang Rayyan telah menceritakan segalanya padaku . Mungkin sebab itu , dia cuba untuk menyorokkan perasaanya .

" Anak aku dah mati . Jangan harap aku nak layan anak kau macam anak aku "

Rania hanya mengomel seorang diri . Perlahan sahaja apa yang baru dikatakan tadi namun dapat didengari dengan jelas olehku . Baru ingin membuka mulut berkata sesuatu , Rania terlebih dahulu berjalan laju turun kebawah . Bahuku dilanggar kasar .

" Aku nak cakap , kalau sedih datang lah luahkan kat aku .. aku faham apa yang kau rasa "

Sudah tentunya Rania tidak dapat mendengar kata kataku . Dia sudahpun berada diruang tamu membuka televisyen .

*****

Aku menjerit kegirangan apabila Syifa menunjukkan cincin dijarinya . Terlalu teruja sampai terlupa aku berada ditengah tengah kafe . Siapa sangka , Syaz akhirnya melamar Syifa dan majlis perkahwinan mereka akan diadakan dalam masa enam bulan sahaja lagi . Selain Syifa sendiri , aku juga turut merasakan gembira .

" Cantikkan cincin ni? "

Syifa daripada tadi asyik melihat jarinya yang sudah tersarung cincin tunang itu . Berkali kali dia memuji cincin ituu namun ianya memang kebenaran . Cincin berlian itu memang cantik . Keluarga Syaz pun bukanlah orang biasa biasa . Ayahnya juga mempunyai syarikat sendiri dan merupakan rakan kongsi kepada daddy .

" Kau jadi pengapit aku tau babe! "

" Boleh je untuk bestfriend aku ni "

Syifa mengucapkan terima kasih kemudian memelukku erat . Hari bahagianya bakal tiba dan aku terlalu teruja . Macam macam benda aku fikirkan . Nak bagi hadiah apaa , nak tempah baju kat manaa . Semua itu perlu difikirkan secepat mungkin!







❤❤❤

Heartbreaker First Love ✔ | EDITWhere stories live. Discover now