53| Keluar rumah

2.3K 46 1
                                    

Perasaan risau masih lagi belum hilang walaupun sudah setengah jam Kaira masuk kedalam bilik bersalin itu . Daripada tadi aku berjalan kehulur kehilir , kemudian duduk . Perkara yang sama sahaja aku ulang dari tadi . Itu lumrah suami yang risaukan isteri dia kan?

" Rayyan duduk duluu . Rileks jangan gelabah sangat inn shaa allah Olive okay "

Mummy menegur kelakuanku . Aku hanya mengangguk kemudian duduk disebelah mummy dan kepala ditunduk memandang lantai . Aku telah maklumkan kepada Mama dan flight paling awalnya adalah malam ini . Syifa juga telah aku beritahu . Mungkin akan sampai sebentar lagi . Rania aku tidak tahu dia ke mana . Berkali kali aku menelefon , semuanya masuk voicemail . Tetapi aku telahpun menghantar mesej kepadanya memaklumkan keadaan Kaira .

" Doktor , macam mana anak dengan cucu saya? "

Aku mengangkat kepala memandang doktor yang tersenyum dihadapan mummy . Bila masa doktor tu ada kat situ? Terus sahaja aku bangun dan bergerak mendekati mummy dan doktor itu .

" anak dan cucu puan selamat . tahniah , baby boy "

Aku melepaskan nafas lega mendegar kata kata doktor itu . Terus sahaja aku berterima kasih dan berucap syukur . Mummy juga kelihatan lega seperti aku .

*****

Wajah anakku itu ditatap dengan penuh kasih sayang . Selesai meng-azankan tadi , aku terus meletakkan dia didalam pangkuan Kaira . Lena sungguh dia tidur .

" Sayang , terima kasih "

Tangan Kaira digenggam erat kemudian aku mencium satu persatu jari runcingnya itu . Kaira tersenyum dan mencuit pipiku sambil ketawa perlahan .

" Nak terima kasih kenapa pulak ni? Mengada lah abang ni "

" Sebab dah susah payah lahirkan anak abang laa . Mesti sakit kan? "

Sekali lagi Kaira ketawa perlahan . Dia langsung tidak nampak seperti menahan sakit . Senyumannya itu seolah olah dia tidak merasakan semua kesakitan melahirkan . Walaupun pada hakikatnya , tiada siapa tahu sakit yang dirasai .

" Sakit sangat tau abang . Lepasni taknak dah laa . Cukup lah yang kecik tu sorang "

Aku memandang Kaira terkejut . Biar betul isteri aku ni? Mana cukup anak sorang je . Aku baru ingin mencebik , Kaira sekali lagi ketawa .

Hidungnya aku cuit geram . Lately ni selalu sangat dia kenakan aku . Happy betul . Ada baby ni , lagi teruk aku kena .

" Sayang nak bagi nama apa kat baby kita ni? "

" Nazel . Second name , abang pilih laa "

Berkerut dahi aku apabila Kaira menyuruh aku yang menyambung nama yang diberinya . Nazel? Nazel what? Nazel ..

" Aryan? "

" Eh dah macam Rayyan je bunyinya? "

Tadi dia suruh kita pilih . Sekarang dia banyak tanya pulak Haihh Kaira ..

" Sebab bunyi dekat sama lah saya pilih . Baru namanya anak daddy . Tak gitu? "

*****

Keluar sahaja dari hospital , mummy dah memberi arahan untuk stay kat rumah dia sementara habis pantang . Aku hanya bersetuju tanpa banyak soal . It is for the sake of my goodness jugak kan?

" Sayang just follow mummy je lah . Abang balik packing baju abang dulu . Nanti petang abang datang "

" Lah , baju kat rumah mummy pun banyak kan? "

Aku mengambil Nazel dari dukungan Rayyan . Dia memandangku tidak percaya . What? Aku ada salah cakap ke?

" Baju abang yang ada kat rumah mummy tu , semua baju kerja je kan? Nak suruh abang tido dengan baju kemeja tu? "

Heartbreaker First Love ✔ | EDITWhere stories live. Discover now