Sëquël| Part5

1.3K 35 7
                                    

Buat kali keempat , aku mengerling jam ditangan . Sudah hampir 15minit aku menunggu Syifa yang berjanji untuk tiba pada pukul 2.30 , tetapi sekarang dah pukul 2.45!

" Babe sorryyy! " Syifa yang kelihatan kelam kabut itu mengambil tempat duduknya berhadapan denganku . Handbagnya diletak diatas meja dan dia memohon maaf kerana lambat berkali kali . Kelakar pulak melihat Syifa yang kelam kabut ini .

" Anak aku taknak duduk dengan mak aku tadi so aku hantar dia dekat tempat kerja laki aku . Lepastu jalan pulak jammed , sorry eh babe? " Aku ketawa perlahan . Walaupun kelam kabut begini , Syifa kelihatan bahagia . Badannya juga nampak sudah naik sikit dari Syifa yang dulu .

" Takpe . Wafa sihat tak? Asal kau takbawak je dia sekali? Dah lama aku takjumpa diaa " Syifa tidak menjawab apabila pelayan yang dipanggilnya tadi tiba . Dia memesan jus oren dan bertanya padaku adakah aku ingin memesan apa apa namun aku hanya menggeleng . Milo ais yang ada ni pun belum habis .

" Apa tadi? Oh Wafa! Dia sihat je . Alaa tak best la bawak anak kalau nak outing dengan kau . Merengek pulak dia nanti " Aku ketawa lagi . Wafa adalah anak Syifa dan Syaz yang baru berusia setahun 7bulan . Kali terakhir aku melihat Wafa adalah seminggu sebelum aku bertolak ke London dulu ..

" Kau kenapa macam makin kurus je? Rayyan sihat? " Aku tersentak . Soalannya itu sedikit merobek hati yang sememangnya sudah sakit . Iya , aku tidak menceritakan satu pun perkara kepada Syifa . Sudah hampir sebulan Rayyan menghilangkan diri dan baru hari ini aku mempunyai kekuatan untuk keluar berjumpa dengan Syifa . Sudah tentu untuk mengadu padanya .

" I dont know dia kat mana .. " Aku menjawab perlahan soalan Syifa . Namun jelas didengari olehnya . " Apa maksud kau ni? "

Mataku berkaca dan tidak sampai seminit , air mata telahpun jatuh menuruni pipi . Syifa yang tadinya duduk berhadapan denganku , mengubah tempat ke sebelahku lalu dipeluknya tubuhku erat .

" Di-dia tinggalkan aku Syifa .. " Aku cuba berhenti menangis kerana menyedari kami berada ditempat awam namun aku tidak berdaya . Rayyan benar benar meninggalkan aku dan sudah hampir sebulan aku tidak mendengar khabarnya . Nombornya juga sudah tidak aktif .

" Jom kita pergi rumah aku . Nanti aku bagitahu Syaz suruh balik lambat sikit " Aku hanya mengangguk kemudian Syifa mengeluarkan not Rm10 dan ditinggalkan diatas meja itu .

Disebabkan aku datang tadi dengan daddy yang kebetulan ingin lalu dikawasan ini , aku hanya menaiki kereta Syifa . Masuk sahaja didalam keretanya , Syifa kembali memelukku apabila melihat aku yang masih belum berhenti menangis . " Apa dah jadi ni babe? "

" Kita pergi lepak mall la , aku cerita sepanjang perjalanan . Kesian kau nak lepak dengan aku , tapi kena balik rumah pulak " Syifa hanya mengangguk dan menghidupkan enjin keretanya .

Sepanjang perjalanan ke MidValley itu , aku menceritakan semua yang telahpun berlaku kepada Syifa . Sekejap sekejap , ceritaku terhenti kerana tangisan yang tidak dapt dihentikan .

" Tapi baby tu anak Rayyan kan? " Laju saja aku mengangguk . Sudah tentu lah anak Rayyan , soalan apa ni?

" Im sorry babe . Banyak sangat kau dah lalui . You lose your baby , husband kau pulak menghilang . Aku mintak maaf sebab takde kat sisi kau " Kereta di parking kemudian Syifa memegang tanganku . Digenggamnya erat seperti cuba untuk menyalur kekuatan . Syifa seorang sahabat yang baik . Sudah terlalu lama aku bersahabat dengannya .

" Kau betul okay ni nak shopping? " Aku mengelap air mataku kemudian tersenyum dan mengangguk . Senyuman yang jelas dipaksa paksa .

" Lepasni kau nak buat macam mana? " Syifa bertanya sebaik sahaja kami melangkah masuk kedalam MidValley itu . Aku tidak terus menjawab . Kerana masih ragu ragu dengan keputusanku .

Heartbreaker First Love ✔ | EDITWhere stories live. Discover now