40| Salah faham

3.1K 48 2
                                    

Syifa ketawa besar mendengar ceritaku tentang Rania . Orang sekeliling semua pandang dia macam nak makan . Tapi siapa tak kenal Syifa , mana makan saman . Aku rasa macam taknak mengaku kawan pun ada .

" Apehal kau ni! Aku cerita gigih gila tapi kau bantai gelak sampai nak runtuh banggunan! "

Ketawa-nya masih bersisa . Tetapi tak sampai seminit , dia berhenti . Tercungap cungap dibuat-nya . Air mineral ditangan , diteguk . Hah itu laa kau gelak kuat kuat lagi . Biar oksigen pun tak sudi nak datang kat kau .

" Iye lah . Macam mana aku tak gelakk . Kau jugak cakap , Rayyan ni bestfriend zaman childhood kau tapi adik dia , kau tak kenal . Siap cop malu kat muka sendiri bila adik ipar tegur masa hari kawin buat tak layan . Dont you think it is so funny? "

" Funny sangat ha ha "

Aku membuat muka hambar . Bebal sungguh ada kawan baik macam ni . Ingatkan lega hati bila story dekat dia , tapi makin derita aku dibuat-nya dengar gelak versi pontianak harum sundal malam diaa tu . Cuma beza , dia gelak kasar sikit .

Aku duduk dikerusi apabila kereta Audi milik Rayyan tiada dimana mana . Jalan sesak lah ni .

" Via?? "

Spontan aku dan Syifa menoleh . Nick yang tersenyum manis bersama seorang - eh ni kan Amirul? Junior paling handsome tu oh my god .

" Nickk! You buat apa kat sini? "

" I ambik kawan sebab kitaorang nak lepak lepasni . You kenal , Amirul? "

Aku memandang Amirul disebelah-nya . Dia mengukir senyum malu malu . Oh betul lah orang kata dia ni pemalu?

" I kenal macamtu je lah . Selalu terserempak but tak pernah duduk kat meja bulat then sembang sembang kosong lagi setakat ni "

Nick ketawa kecil . Syifa mencuit bahuku kemudian mendekatkan mulutnya ditelinga-ku .

" Siapa mamat handsome ni? "

Dia berbisik . Namun sedar Nick sedang memerhati , aku kembali menjauhkan telinga daripada mulut Syifa .

" Oh hampir lupa . Ni , bestfriend I . Syifa . And kau syifa , this is Nick . Cousin aku "

Mereka berdua bertegur dan tiba tiba telefonku berbunyi . Nama Rayyan yang berada di-screen membuatkan aku sedikit cuak . Dia nampak aku dengan Nick kat sini ke?

" Oh yaa . Saya datang "

Panggilan dimatikan . Tanpa menunggu , aku meminta izin kerana Rayyan telah pun menunggu .

*****

" Siapa laki handsome tu abang? "

Aku tidak menjawab soalan Rania tetapi mataku fokus pada Kaira dan Nick yang sedang bergelak ketawa disitu . Syifa dibelakang Kaira hanya diam tersenyum . Tak pulak nak campur .

Persoalannya , apa Nick buat kat sini?

" Abang , jawab lah Nia tanya ni . Nampak mesra je tuu "

Rania menolak bahuku perlahan . Baru aku ingin menjawab , Kaira membuka pintu kereta dibahagian belakang .

" Akak duduk belakang eh? Nia malas lah nak keluar "

Aku memandang Kaira dan wajahnya jelas dia tersentak . Namun dia terus mengangguk dan masuk kedalam kereta .

" Thanks akak . Anyway , siapa lelaki tu? "

Rania menunjuk kepada Nick yang melambai kepada Kaira . Eh suka hati kau je nak lambai lambai wife aku .

" Err . Itu cousin akak "

" Ohh wow seriously? Handsome nya . Mesti hati akak dupdapdudap berbunga gitu bila dia lambai tadi kan? "

Heartbreaker First Love ✔ | EDITWhere stories live. Discover now