27| Ngorat makcik

2.1K 51 1
                                    

Tiba sahaja di Kilim Geoforest Park , aku membuat seperti biasa . Nampak seperti tiada apa pergaduhan pun yang berlaku . Jujurnya , aku pun taknak rosakkan honeymoon ni . Siapa nak kann?

Tempat ni sangat cantik . Apa yang aku tahu , kami akan menaiki bot untuk pergi ke gua . Takpasti lah pulak gua apa , tapi akan ada kelawar . Fuh aku dah la penakut . Dear kelawar , please be nice to me . Jangan ada yang tiba tiba terbang atas kepala aku sudah lah .

Eh? Okay Kaira you may stop your negatives mind .

" Awak , apa lagi ada kat sini selain kita kena masuk gua tu? "

" Hm katanya nanti kita boleh tengok helang . And dia bawak kita ke satu tempat . Kat situ ada ikan pari , belangkas , tapak sulaiman dan sebagainya lah . Kita boleh pegangg "

Mendegarkan itu , aku semakin teruja . Tapak sulaiman tu yang aku tak sabar sebenarnya . Dan lagi satu , helang! Omg omg!

Sebenarnya , sejak kecik aku teringin untuk memegang tapak sulaiman . Terpengaruh dengan spongebob lah ni . Kawan dia yang patrick tu hah . Keyot je aww .

" Dah jom "

Rayyan menarik tangan aku . dengan berhati hati aku melangkah masuk kedalam bot itu . Takut jugak tersalah langkah , tak pasal pasal jatuh dalam air tu . Entah laa sungai ke tasik . Takkan laut?

Tempat disini sungguh cantik . Pokok pokok pun banyak . Pokok bakau maybe . Maaf lah , aku bukan selalu melawat tempat macamni . Kalau tanya pasal shopping mall , aku tahu lah .

" Amboi , menghayati sungguh sayang abang ni "

Abang? Erk . Sejak bila pandai guna panggilan abang ni . Kerana malas melayan , aku diamkan diri sahaja .

Rayyan memeluk pinggangku dari tepii . Aku yang tadinya teruja melihat bukit bukau yang berada disini , terkejut sehingga hampir terlepas camera ditangan . Kalau jatuh , dalam air ni lah jawabnya . Bahaya betul lah ada suami macam ni .

" Ish kalau camera ni jatuh tadi? Nak biar saya lepaskan peluang tangkap pemandangan cantik ni? "

Rayyan ketawa kecil . Eh kalau aku tolak dia jatuh dari bot ni , ada tak buaya nak datang ngap dia?

Woah buaya? Apa aku fikir ni , ada buaya ke? Homaiii ..

" Dah kenapa ni? "

Aku menggeleng perlahan . Takde lagi perasaan teruja apabila memikirkan apa akan terjadi kalau tiba tiba je ada buaya keluar . Tak ke hilang kepala aku sebab kena ngap?

" Takde buaya pun kat sini "

Suami aku ada kuasa baca fikiran orang ke? Eh pembetulan . Fikiran aku je , bukan semua orang .

" Awak , betul ni takde buaya nak ngap saya? "

" Ada "

Aduh . Dah kenapa dia ni cakap berbelit ni? Kejap takde , kejap ada . Aku tolak jatuh betul betul nanti baru tahu .

Uish apa ni . Aku terlalu muda nak jadi janda!!

" Saya lah buaya yang nak ngap awak malam ni . Bersedialah wahai lauk idamanku . Aum "

Aku mencubit lengan Rayyan kuat . Dia mengaduh kesakitan sampaikan orang lain yang berada didalam bot ini juga berpaling . Biarkan dia rasa . Kat tempat macamni pun boleh bergurau miang lagi!

Sape yang nak jadi lauk awak?

" Kita dah sampai "

Abang yang membawa bot itu bersuara . Aku dengan perasaan semakin teruja , berjalan laju untuk turun dari bot . Hahah malang sekali , aku tergelincir dan hampir terjatuh . Nak tahu apa jadi?

Heartbreaker First Love ✔ | EDITWhere stories live. Discover now