51| Penjelasan

2.5K 43 2
                                    

Dengan perasaan yang sedikit risau , aku menunggu Rayyan untuk menceritakan segalanya kepadaku . Dia sudah pun berjanji , tiada lagi rahsia antara kami . Jadi aku perlu percakan dia . Dia hanya perlu mengumpul kan kekuatan untuk mengingati semua perkara yang pernah terjadi .

Yang pasti nya , memori yang akan diceritakan ini bukanlah memori yang baik . Itu sangat jelas kelihatan dia wajah nya .

" Sayang pernah sedar tak tentang umur abang dengan Nia? "

Dia sedang memulakan . Namun soalannya jelas sekali soalan yang sangat kelakar . Mesti lah . Rania sebaya dengan aku dan dah tentunya muda daripada Rayyan . Dia sendiri yang beritahu pada aku . Dengan yakin , aku mengangguk .

" Apa yang sayang sedar? "

" Nia sebaya dengan saya kan? so apa point dia umur Nia dengan cerita awak? "

Rayyan mengeluh dan perlahan lahan bangun dari katil menuju ke almari . Dia mencari sesuatu didalam laci membuatkan aku berdebar debar . Salah ke jawapan aku tadi?

Rayyan mengeluarkan dua keping kertas daripada laci itu dan menghulurkannya kepadaku . Ianya sijil lahir Rayyan dan Rania . Tanpa berfikir pamjang , aku terus membaca tarikh lahir mereka berdua .

" Oh my god! "

Aku menutup mulut dengan tangan kananku . Sungguh nya aku terkejut . Tahun Rayyan dan Rania lahir adalah sama . Itu bermakna mereka berdua sebaya dan amat mustahil untuk Rania menjadi adik kepada Rayyan kecuali mereka kembar .

" Wait! Apa semua ni? Masa tengok tahun ni , saya terfikir maybe both of you adalah kembar but then bila tengok nama abang dengan Nia .. "

Aku memandang Rayyan tidak percaya . Dia mengangguk perlahan mengiyakan andaianku .

" Rania bukan adik kandung abang , jadi kami tiada pertalian darah "

Aku terdiam . Terkejut . Terkesima . Seperti tidak percaya . Namun semuanya masuk akal . Rania pernah kata yang Rayyan bukanlah abangnya . Sekarang , semuanya semakin membuat aku berasa pelik .

" Okay so what about penyakit Nia? What is it? "

" Miguel . Dia punca Rania sakit . Dia sebenarnya ex-boyfriend Rania and diorang pernah terlanjur "

Perkara kedua yang didedahkan semakin mengejutkan aku . Rayyan mengurut tepi kepalanya . Mungkin ini bukan sahaja mimpi ngeri bagi Rania malah Rayyan turut terasa . Walaupun mereka tiada pertalian darah , aku yakin . Rayyan sangat sayangkan Rania sebagai adik angkatnya .

" Masa tu , diorang under candy and bcs of that , Nia mengandung . Miguel nak dia gugurkan baby tu tapi dia tak sanggup . Dia hanya berkurung dalam bilik sebab taknak jumpa Miguel . Berbulan lamanya and abang yang jaga dia . Dia taknak orang lain selain abang . Tapi Nia tersalah sangka dengan kebaikan abang , dia kata dia cintakan abang and ajak abang kahwin "

Aku sudah hampir faham . Hampir lah , belum 100% faham jalan cerita sebenar . Sekurangnya , semua perbuatan Rania kepada aku masuk akal . Dia cintakan Rayyan sudah lama dan sebab itu dia bencikan aku .

" Lepastu abang suruh Miguel bertanggungjawab . Dan dia setuju . Tapi bila abang tinggalkan diorang dalam bilik untuk berbincang , Rania tidak mahu kahwin dengan Miguel dan memberitahu bahawa dia akan kahwin dengan abang . Miguel tak dapat tahan kemarahan dia so dia tolak Rania sampai terjatuh . Masa tu , dia menyesal sangat sebab baby tu gugur "

Rayyan mencapai kedua tanganku dan digenggam erat sebelum dibawa ke bibirnya dan dicium lembut . Selepas itu dia memegang perutku dengan penuh kasih sayang . Aku dapat rasakan itu .

" Rania depression bila baby dia gugur . Dia jadi taktentu arah . Cakap sorang sorang , gelak gelak . Patung pun dia kata anak dia . Dia akan benci sesiapa je yang rapat dengan abang . Perempuan lah . Tapi apa yang abang suruh dia buat , dia akan lakukan dengan baik "

Aku tiba tiba teringat apabila Rania langsung tidak melakukan apa apa padaku apabila Rayyan tiada . Nampaknya dia mengikut arahan Rayyan . Dan dia langsung tak langgar arahan Rayyan .

" Tapi dia sebenarnya dah sihat . Sebelum kita kahwin . Mama kata , Nia started to act pelik pelik balik lepas 3minggu kita kahwin . Dan sebab tu jugaklah , Rania kat sini . Bukan sebab kerja tapi kesihatan dia . She needs me . Im sorry sayang sebab rahsiakan semua ni "

Rayyan menunduk memandang hujung kakiku . Aku dapat rasakan kekesalan didalam dirinya . Dia rasa bersalah . Tengoklah caranya , tidak mahu memandang mataku . Kalau ikutkan hati , nak jugak merajuk manja tetapi disebabkan perasaan bersalah Rayyan sepertinya terlalu menebal aku hanya membatalkan niat . Tidak ada motif yang masuk akal untuk aku marah dengannya . Ada lah sikit geram kerana dia tidak pernah menceritakan semua ni pada aku . Sekurang kurangnya , dia dah cerita kan?

Aku tersenyum senget apabila idea untuk membuat Rayyan tersenyum tiba tiba muncul diminda . Tanpa diminta , aku baring diatas pehanya . Wajahnya yang menunduk aku pandang . Pipinya ku elus perlahan dengan penuh rasa sayang . Bibirnya juga turut dielus . Sedikit berkerut dahinya melihat perlakuanku .

" Sa-sayang kenapa ni? "

Aku ketawa kecil apabila mendengar soalan cuak daripada Rayyan . Siap dengan gagapnya lagi . Aku pelik jugak , ada nampak macam aku marah ke sampai dia kena jadi macamni?

" Damn girl , please dont play with my feelings right now . Awak marah tapi awak gelak and perangan awak tiba ti- "

" Shh . Abang ni bising lah . Dah laa bersangka buruk dengan saya . Bila masa pulak saya mainkan perasaan abang? Bila pulak saya marah? Abang ada nampak asap keluar dari telinga saya ke? Takde kan? Saya nak manja manja dengan abang pun tak boleh . Tahu laa saya dah gemuk sekarang , dah tak lawa tapi abang jugak tau yang buat saya gemuk . Lepastu nak buat saya macamni . Dah bosan laa tu "

Aku membebel panjang . Aku mencebik apabila Rayyan hanya terdiam dan memandangku pelik . Baru ingin bangun dari pehanya yang sejak tadi menjadi bantalku , Rayyan tiba tiba menarikku untuk kembali berbaring . Apabila aku baring , tawanya meletus .

Indahnya bunyi gelak tawa dia ..

" Sayang? Awak rap ke apa?Kelakar lah awak nii . Pandai awak ambik hati sayaaa . Tapi kan , abang takpernah pun cakap abang bosan dengan awak . Abang takpernah bosan tengok awak gemuk macamni tau? Sebab abang akan teringat macam mana abang buat awak gemuk "

Aku ternganga akibat terkejut setelah mendengar kata kata Rayyan namun apabila dia ketawa , tahu lah aku yang dia sedang bergurau . Tetapi aku mula terfikir , aku nampak gemuk sangat ke? Perut aku buncit sangat eh? Alaaa belun sampai 6 bulan pun lagi .

" Abang sayangkan awak Olivia Kaira "

Rayyan menunduk lalu mencium ubun ubunku . Lama bibirnya dibiar disituu membuatkan senyumanku terukir .

" Walaupun perut buncit macamni? Muka pucat tak cantik ? "

" Abang dah kata abang suka kan? Abang teringa- "

Terus aku tekupkan mulutnya dengan tapak tanganku . Ei gatal betul lah dia ni . Nasib baik suami aku sendiri . Apa lah nak jadii .

" chan rag khun maak "

" Apa sayang cakap ni? "

Kali ni , tawaku pula yang meletus . Seronok betul kenakan dia begituu . Riak wajahnya juga berubah .

" Maksud dia i love you lah abang . Dont you remember , wifey abang ni ada darah thailand? "

" Ohh bahasa thai ke? Pandai dah dia sekarang nak guna bahasa rahsia pulakk "

Rayyan mencuit hidungku perlahan membuatkan aku tersengih .







Still ada yang bencikan Rania ke? Okay , im so so so sorryyyy sebab lamaa tak update 😭



Heartbreaker First Love ✔ | EDITWhere stories live. Discover now