04 | ♡

11.5K 679 15
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Jadi macam mana cik Eishal Rose? Awak setuju atau tidak? " soal Harraz yang berdiri sambil berpeluk tubuh di sebelah sahabatnya.

Eishal memandang ke arah Alana . Gadis itu sekadar mengangkat bahunya. Tidak mahu masuk campur dalam urusan mereka.

" Kejap, satu soalan. Dalam banyak perempuan kenapa saya? This thing doesn't make sense! saya tak nak terlibat dalam muslihat awak berdua " kedua jejaka itu mengeluh berat.

Susah nak faham kan seorang Eishal Rose tentang rancangan mereka.

" Shal, menyamar je kot " pujuk Alana lagi. Eishal garu kepala.

" Tapi aku tak nak lah Lana. Entah entah diorang ni ada niat tak elok ke kita mana tahu " dalih Eishal. Kalau boleh dia memang nak tembak lebih lagi tapi simpan tepi dulu kang tak betul jatuh fitnah pula.

" Apa susah sangat nak pujuk minah ni! Dah kau suruh dia balik, cari orang lain. Menyusahkan aku je! " amuk Rayden. Bahu mereka sedikit terhinjut akibat dijerkah sebegitu.

" Hey dah pandai culik, hantar lah balik! Awak ingat office awak ni dekat ke dengan rumah saya? " Rayden hanya memandang sepi ke arah gadis itu.

" Harraz kau call teksi, hantar minah minah ni balik, buat semak office aku je " arah Rayden. Lengan Eishal digengam erat oleh Alana . Tengok gaya pun dia dah tahu yang Eishal nak pergi tumbuk muka Rayden.

" Mari " Mereka mengikut Harraz ke tempat menunggu sementara menunggu teksi tiba.

" Maaf , angin dia tak betul sikit harini " kata Harraz lalu menghadiahkan segaris senyuman buat mereka berdua.

" Emm cik Eishal, saya harap cik fikir fikir kan balik tawaran tadi, sebab buat masa sekarang cik saja yang sesuai " lembut dan sopan saja bicara jejaka itu. Eishal terdiam.

Perlahan-lahan kepala dianggukkan.

" Encik Harraz ,teksi dah sampai " Harraz menganggukkan kepalanya dan menganhantar Eishal dan Alana sampai di hadapan teksi.

" Ada masa kita jumpa lagi " Harraz melambaikan tangannya sebaik sahaja teksi yang mereka naikki bergerak meninggalkan tempat itu.

Pap!

" Sakit lah Alana Amanda! Kau nak apa! " marah Eishal lalu menggosok bahagian lengan yang yang ditampar oleh tangan kecil Itu.

" Kau tahu tak siapa lelaki tadi? " soal Alana. Eishal menjungkitkan keningnya.

" Mana satu? Yang macam setan tu ke? Ouh kenal sangat, dia lah lelaki tak guna yang rempuh kereta myvi aku sampai hancur! Kurang asam jawa punya setan! " Eishal mengempal penumbuk.

3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔Where stories live. Discover now