- jangan play media dulu, tunggu sis suruh baru play okey .
" Ibu Shal muda lagi , Kerja pun belum . Bagi la Eishal Chance nak enjoy life bujang Eishal dulu " Pujuk Eishal. Puan Suhana hanya buat tak endah.
" Eh kak, kau tahu tak dulu ibu kahwin umur 21 . Haaa lagi rare dari kau , lagipun aku tengok kau sepadan dengan abang Rayden " celah Eimar. Eishal menjeling tajam ke arah Eimar yang sedang berHigh five dengan Eiman.
" Kenapa Eishal? Ayah tengok Rayden tu elok budaknya , hormat orang tua , lemah lembut " Eishal mencebik. Hipokirt je dia tu Ayah!
" Akak ni sebenarnya ayah, dia nak tapi jual mahal " sampuk Eiman dan sekali lagi mereka berdua berHigh five.
" Eimar dengan Eiman jangan nak masuk campur ya, karang ibu kahwinkan korang dengan Nasha baru tahu " Pantas muka kedua nya berubah.
" Eeuuww, No! "
" Memang tak lah! "
Jerit mereka serentak tapi tak serupa. Puan Suhana sembunyi senyum. Tahu takut. Anti sangat mereka dengan gadis bernama Nasha.
" Shal bukan tak suka dia ibu, ayah. Cuma Shak tak bersedia lagi nak jadi isteri orang " Eishal mula mencipta Seribu satu alasan untuk diberikan kepada orang tuanya.
" Huh nak tunggu Eishal Rose ready, alamat tak sempat lah kita nak tengok dia duduk atas pelamin bang " gumam Puan Suhana. Terus muka Eishal berubah keruh.
" Ibu apa ni, suka tau cakap macam tu, Eishal tak suka! " marah Eishal. Puan Suhana hanya tersenyum segaris.
" Okey fine ,Eishal ikut cakap ibu. Kahwin dengan Rayden. Puas? Happy? " puan Suhana tersenyum kemenangan. Encik Hilman menggelengkan kepalanya. Ada saja helah isterinya.
" Shal naik dulu " Eishal bangun dan melangkah pergi meninggalkan mereka.
" Awak ni Ana , tak baik buat dia macam tu " ujar Encik Hilman perlahan.
ESTÁS LEYENDO
3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔
Romance[ C O M P L E T E ] " Dia yang aku puja, Dia yang aku mahu " Dia, seorang perempuan yang sangat berbeza perwatakannya. Dia lain, dia tak sama macam perempuan di luar sana . " kau boleh cari orang lain, sebab aku tak minat nak kahwin dengan...