37 | ♡

8.1K 357 17
                                    

LANGKAH Kasyaf dikejar oleh Amy. Lengan lelaki itu ditarik kasar sehingga membuatkan buku buku yang digengam kemas oleh Kayasf berterabur di atas lantai.

" Apa masalah kau Amy? " soal Kasyaf kasar. Geram dengan perangai Amy yang cukup menguji kesabarannya.

" I tak faham macam mana lelaki macam you ni boleh suka dekat perempuan cacat tu? Apa yang dia ada? I jauh lebih baik dari dia lah Kasyaf! " Amuk Amy. Mata mata yang memandang ke arah mereka tidak lagi dia pedulikan.

" Kau nak tahu kenapa aku pilih dia? Sebab dia tu walaupun tak sempurna tapi hati dia bersih, tak kotor macam hati kau! Dia buat aku jatuh cinta dengan cara dia menjaga diri dan kehormatan dia sebagai perempuan islam, tapi kau? Kau hanya tahu buat semua lelaki bernafsu bila tengok kau . Kau tak rasa malu ke Amy? Aku sendiri malu tengok perangai kau. Berubahlah " Bidas Kasyaf pedas. Selesai sahaja mengutip Semua barangnya, segera Kaysaf berlalu pergi meninggalkan Amy yang masih lagi berdiru tegak ditempatnya.

Tubir mata terasa hangat.

" Amy?  You okay? " tangan Syasya ditepis kasar. Kaki diatur laju menuju ke keretanya.

Masuk saja ke dalam kereta laju saja Air mata Amy mengalir deras di pipi . Dia malu! Dia rasa terhina. Dia tidak mintak untuk jadi seperti apa yang Kasyaf cakapkan. Dia tidak pernah menggoda mana mana lelaki. Dia jadi seperti ini kerana tiada siapa yang ingin membimbing dirinya ke jalan yang benar.

Kedua ibu bapa Amy terlalu sibuk berkerja sehinggakan Amy sudah biasa menyendiri. Dia bebas melakukan apa saja yang dia ingini.

" Hina sangat ke aku ni? " tangis Amy . Pedal minyak ditekan dan kereta meluncur laju keluar dari kawasan Universiti.




















" KASYAF " panggil Eishal.

Kasyaf yang sedang termenung jauh itu menoleh ke arah Eishal yang sedang merenung ke arahnya.

" Apa yang awak cakap dekat Amy tadi tu tak baik tau , awak sedar tak kata-kata awak dah guriskan hati dia? " lembut suara Eishal berkata.

" Saya cakap macam tu sebab saya nak bagi dia sedar "

Eishal menggelengkan kepalanya laju.

" Saya tahu niat awak cuma nak tegur, tapi cara awak tu salah. Boleh kan awak tegur cara permakaian dia elok-elok? Lagipun tak semestinya orang yang pakai seksi ni hati busuk " kata kata Eishal membuatkan Kasyaf semakin digasak dengan rasa serba salah.

" Habis tu awak nak saya buat apa? " Soal Kasyaf. Dia betul betul buntu.

" Mintak maaf. Senangkan? " Eishal tersenyum.

" Kasyaf kita tak boleh nak judge orang daripada cara permakaian mereka. Orang putih kata don't judge the book by it's cover kan? Sama lah macam manusia. Tak semestinya luaran menggambarkan dalaman mereka " Kasyaf diam dan cuba menghadam kata kata Eishal.

" Kenapa eh Eishal, walaupun Amy dah buat jahat dekat awak tapi awak masih nak menangkan dia? Saya tak faham macam mana awak boleh jadi sepositif ni " Eishal ketawa kecil apabila mendengar rungutan Kasyaf yang kedengaran seperti kebudak-budakan itu.

" Kasyaf , semua manusia ni pendosa. Siapa kita nak hukum orang lain sedangkan kita pun ada buat dosa juga? " Kasyaf mati kata , terasa sampai ke lubuk hati.

Tiba-tiba telefon milik Kasyaf berdering.

" Hello? "

" Apa? Kau biar betul? Okay okay aku pergi sana sekarang! " kata Kasyaf cemas.

" Kenapa? " Soal Eishal yang masih kelihatan tenang.

" Amy, dia... Dia dekat ICU " terus Eishal mengucap panjang apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Kasyaf.

" Boleh saya ikut awak pergi sana? " Kasyaf tidak menganggukkan dan tidak juga menggeleng. Kerusi roda Eishal ditolak ke Range Rover nya.

" Ya Allah selamatkan lah Amy " Doa Kasyaf dalam Hati.


















To Be Continued,

Comment comment, nanti sis kasi plot twist HAHAHAHAHAHA



3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔On viuen les histories. Descobreix ara