33 | ♡

8.6K 415 23
                                    

~ Diri ini masih menanti ~







DUA TAHUN KEMUDIAN,

EISHAL hanya memerhatikan gelagat manusia yang berada di kampus nya. Sudah lima bulan dia belajar di situ. Percaya atau tidak dia tidak mempunyai seorang kawan pun.

Siapa saja yang sudi hendak berkawan dengan dirinya yang sudah separa cacat itu? Dengan berkerusi roda? Adakah pada mereka dirinya hanya beban dan menyusahkan?

Eishal redha.

Ini takdirnya , tak semua diuji seperti yang dia lalui. Malah ada yang lebih teruk darinya. Eishal bersyukur kerana dia masih mampu untuk melihat dan bergerak seperti biasa walaupun dengan menggunakan kerusi roda.

Tak ada kawan? Sedikit pun dia tidak heran. Tujuannya menyambung pelajaran bukan untuk bersuka ria. Cukuplah dia mempunyai ahli keluarganya yang amat menyayangi dirinya.

Kasih sayang yang abadi.

" Hey cacat kau buat apa dekat sini! " sergah satu suara nyaring.

Eishal membatu. Dalam keadaannya yang sebegitu dia tidak mampu melawan. Hinakah dia dimata mereka kerana tidak mampu untuk berjalan seperti biasa?

" Babe, jangan lah marah dia " sampuk sahabat perempuan itu lalu tertawa halus.

" Habis kita nak buat apa dengan, perempuan cacat ni? " Eishal berkira kira untuk pergi. Kerusi roda ditolak ke jalan yang dikhaskan untuk pelajar kurang upaya sepertinya, namun segera di halang.

" Kau nak pergi mana? Apa kata kita main nak? " pantas Eishal menggelengkan kepalanya.

" Guys! " dua orang perempuan menghampiri Eishal dan menolak gadis itu jatuh ke lantai pondok . Kerusi roda di campak ke tanah.

" Amy kau buat apa ni! " jerkah satu suara. Pantas gadis itu berpura pura untuk menolong Eishal.

Tubuh perempuan bernama Amy itu ditolak kasar. Pantas lelaki itu mencempung tubuh Eishal dan meletakkannya semula di atas kerusi roda yang di angkat oleh sahabatnya.

" I, i nak main dengan dia je. Yang you nak marah marah kenapa? " rengek Amy tak puas hati.

" Main? Kepala hangguk kau lah perempuan ,kau ni memang hati binatang kan? " Amy mencebik. Eishal yang berada di belakang lelaki itu di jeling tajam.

" Hey cacat, suka lah kau ada orang bela kan? Kau tunggu!  Aku tak habis lagi dengan kau! " Amy memberi amaran. Dan melangkah pergi diikuti oleh rakan rakannya.

" Awak okey? " soalnya perihatin.

" Awak tak sepatutnya tolong saya! Suka lah awak lepas ni tengok saya kena buli lagi terukkan? " Hambur Eishal geram.

" Hey makcik ni, orang dah tolong tu cuba cakap terima kasih " sampuk kawannya.

" Zaf " lelaki itu mengangkat tangannya dan melangkah tiga tapak ke belakang.

" sorry and thankyou sebab sudi tolong saya, tapi saya tak perlukan pertolongan awak, saya dah biasa. Kalau awak tolong saya, lagi teruk saya kena " Jujur Eishal bersuara.

3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔Where stories live. Discover now