41 | ♡

9.8K 440 28
                                    

AIR MAWAR dijirus ke atas tanah , kelopak kelopak bunga ditabur diatas nya. Tikar mengkuang dihamparkan ke atas tanah. Arryan yang tidak mengerti itu di letakkan di atas riba dan Eishal memulakan bacaan nya dengan Al-fatihah dan diikuti surah Yassin .

"  Arryan, baca doa cepat " Arryan menadahkan tangan kecilnya dan memandang ke wajah Eishal terpinga-pinga.

" Kenapa kena baca doa mama? " soal Arryan yang masih lagi tidak mengerti mengapa dirinya dibawa ke situ. Dahi Arryan dicium sayang sebelum dia mula bersuara.

" Arryan kenalah rajin doakan mummy , Arryan kan anak yang baik? Cepat tadah tangan. Mama baca doa.  Arryan cakap apa? " kedua belah pipi si kecil itu di pegang.

" Ayan say amin! " Eishal tersenyum.

" Good boy , dah cepat. Tadah tangan " Arryan menadahkan tangan nya seperti yang di arahkan oleh Eishal. Setiap kali Eishal berhenti, setiap kali itu lah terdengar si Arryan menyebut amin.

" Dah , jom sayang kita balik. Lepas tu kita keluar makan okay? " Arryan Menggangguk perlahan.

" Eishal "

Eishal yang sedang menggulung tikar mengkuang itu mengangkat wajahnya.

" Da-Daim " lelaki itu tersenyum pahit.

" Saya ada benda nak cakap dengan awak  boleh awak tunggu sekejap? "Eishal hanya menganggukkam kepalanya. Arryan dibawa menunggu di kereta dan memerhatikan Daim yang sedang menziarahi pusara Danielle dari dalam kereta.

Daim mengetuk tingkap kereta Eishal.

" Saya rasa tak sesuai kita nak bercakap dekat sini. Kalau kita singgah mamak awak okay ke? "

" Sure, lagipun Arryan dah lapar " Daim Menggangguk dan bibirnya tersenyum segarais apabila terpandang wajah Arryan yang sedang leka bermain dengan telefon Eishal.

Eishal mengekori kereta Daim dari belakang dan memakir keretanya di hadapan sebuah restoran mamak.

" Ayan nak makan apa? " soal Eishal.

" Roti anai! " selesai mengoder makanan . Daim membetulkan duduknya dan memandang lama ke dalam mata Eishal dan wajah Arryan silih berganti.

" Jadi , kenapa awak nak jumpa saya? Hal apa yang awak nak bincangkan? " soal Eishal kehairanan.

" Kita makan dulu , lepastu saya cakap " kata Daim apabila makanan yang dipesan mereka telah tiba dan mula makan dengan senyap.

" Okay, I'm done. So tell me, apa yang awak nak cakap sebenarnya? "

Daim menarik nafas sedalam dalamnya sebelum dia mula berbicara " saya nak mintak maaf. Saya dah banyak buat salah dengan awak dan Rayden. Saya dah buat awak dan dia menderita. Maafkan saya Eishal "

Dahi Eishal berkerut. Apa ni?

" Awak cakap apa ni Daim . Kenapa tiba tiba awak mintak maaf " Eishal pura pura tak tahu walaupun dia sudah baca dan tahu semua nya melalui diary milik Rayden.

" Saya dan arwah Danielle pernah bekerjasama untuk pisahkan awak berdua. Dan ya, kami berjaya. Awak ingat tak waktu kita jumpa yang kononnya itu adalah kali terakhir kita jumpa sebelum saya fly ke Melbourne. Itu sebenarnya adalah perangkap. Saya dengan Dani perangkap awak dan buat cerita supaya Rayden bencikan awak " Eishal terpana.

" Saya ingat kalau saya rosakkan rumah tangga awak dan Rayden, awak akan terima saya. Tapi saya silap , Dani cuma gunakan saya untuk dapatkan apa yang dia mahukan. Dia nak sangat kahwin dengan Rayden supaya anak dalam kandungan dia dapat rasa kasih sayang dari seorang ayah " Eishal kelihatan seperti terkejut.

" Ma-macam mana awak tahu Dani Mengandung? " soal Eishal gagap.

" Sebab saya lah lelaki yang buat dia Mengandung. Ash Arryan ialah anak saya ,tapi saya tak percaya . Dani teruskan rancangan dengan plan B , dia telefon pejabat agama dan mereka berdua kena tangkap basah. Pada mulanya Rayden tak mahu kahwini Danielle, tapi selepas didesak oleh Engku Rafael. Dia akur " Air mata Aisy sudah mengalir dipipi.

Wajah innocent milik Arryan dipandang lama.

" Saya tekad , yang saya akan hancurkan rumah tangga Danielle , saya nak dia rasa apa yang awak rasa. Jadi saya bongkarkan semuanya pada hari persandingan mereka " Daim mengesat air matanya menggunakan hujung lengan baju melayu.

" Saya harap awak dapat maafkan dosa saya dan Dani , Eishal . Saya merayu... Kalau awak nak saya melutut saya sanggup " Daim yang ingin melutut itu pantas dihalang oleh Eishal.

" Saya maafkan "

















BUKU diary milik Rayden yang berada diatas meja dicapai dan Eishal menyelak ke halaman yang terakhir yang dibacanya. Tubuh disandarkan pada kepala katil dan menyambung pembacaan nya .

11 . 2 . 2018

Percaya atau tak aku rasa seperti sedang bermimpi. Allah telah memakbulkan doa aku. Dia temukan aku dengan Eishal semula. Masih adakah peluang kedua untuk aku dan dia bersama semula?

25 . 2 . 2018

Aku merayu pada Eiman supaya dia berikan aku pe uang untuk tatap wajah Eishal, dengar suara dia, panahan mata dia bau haruman nya. Tapi aku juga tak lupa janji aku pada Eiman , macam yang sudah aku jangkakan. Eishal mesti akan tanya aku sama ada aku bahagia ataupun tak. Dan aku jawap ya. Sebab aku sudah berjanji hakikatnya akulah manusia yang paling tak bahagia.

20 . 3 . 2018

Dia dah bertunang dengan orang lain. Hati aku hancur berkecai . Sakit yang aku rasa sekarang ni pedih sangat sangat. Sakit bila kita tak dapat miliki apa yang kita inginkan.

27 . 4 . 2018

Perlu ke aku rebut cinta Eishal semula? Patut ke aku main kotor untuk dapat kan dia?

22 . 5 . 2018

Lelaki macam tu yang nak jadi pelindung Eishal? Huh, aku tak rasa dia mampu. Tengok aku rapat sikit dengan Eishal pun dah cemburu macam orang gila.

20 . 9 . 2018

Aku redha , jika dia bukan milikku . Aku rela menderita kerana ingin melihat dirinya bahagia. Aku yakin dia tak akan kembali pada aku. Aku dah buat keputusan , aku akan tinggalkan dia.

23 . 9 . 2018

Aku terjumpa Eishal dekat hospital. Dan mungkin itu adalah Pertemuan terakhir aku dan dia. Aku yakin dia akan bahagia tanpa aku , aku tahu ada lelaki yang lebih layak untuk menjaga dia.

25 . 9 . 2018

Aku , Rayden Al-Haq sangat menyayangi Nur Eishal Rose Hilman sepenuh hati. Dari awal pertemuan sehingga ke hari ini, detik ini. Jika kau jodohku , biarkan takdir yang mempertemukan kita.

Buku itu dipeluk seeratnya. Balik lah Rayden . saya rindukan awak , Saya sayangkan awak!















To Be Continued,

Silent reader , I'm watching you 😶

3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔Där berättelser lever. Upptäck nu