10 | ♡

9.8K 493 11
                                    

Tok! tok! tok!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tok! tok! tok!

" Ya Allah anak dara aku! Eishal Rose Hilman! Bangun lah dah senja " Eishal membuka matanya apabila terasa seperti pehanya dikutis-kutis oleh seseorang .

Matanya terbuka luas apabila melihat insan yang berdiri di hadapannya . Terus tubuh itu dipeluk seeratnya.

" Ibu! Ini ibu kan? Shal tak mimpikan ibu? Ibu jangan tinggalkan Eishal bu... Shal mintak maaf ibu, lepas ni Eishal janji Eishal akan dengar cakap ibu " bicara Eishal dalam tangisnya.

Eiman dan Eimar yang kebetulan lalu di hadapan bilik Eishal mengerutkan dahi mereka apabila melihat kakak mereka berpelakuan pelik.

" Hey Eishal? Dah kenapa ni? Mesti mimpi burukkan? Itulah ibu kata jangan tidur senja senja. Degil! Tak dengar kata, haa tengok apa padahnya " bebel puan Suhana sambil mengusap dan membelai rambut anak gadisnya itu.

" Dah , sekarang ibu nak Eishal bangun dan pergi mandi. Kita solat sekali , ayah dah tunggu dekat surau " Arah Puan Suhana . Baru saja kaki ingin melangkah pergi Eishal memanggilnya kembali.

" Ibu , i love you " Puan Suhana sekadar tersenyum nipis dan menganggukkan kepalanya perlahan. Pintu bilik Eishal ditutup rapat.

" Ibu , akak tu gila ke? Tak pernah pernah dia jadi bengong sampai macam tu " gumam Eiman kehairanan dan disokong oleh Eimar.

" Mulut tu Eiman " tegur puan Suhana dan berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

Eishal yang sedang duduk di birai katil itu melepaskan nafas lega dan mengucap panjang. Hatinya benar benar berasa lega kerana semuanya hanyalah sekadar mimpi.

Segera dia bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk.

Mereka solat berjemaah di surau mini khas rumah tersebut dan diimamkan oleh Encik Hilman. Surau itu bukan sekadar surau, ia juga merupakan perpustakaan mini .

Selesai saja solat berjemaah, Encik Hilman dan Puan Suhana turun ke ruang tamu untuk menonton filem Bisik pada langit yang dilanggan oleh Eiman. Eishal yang sedang melipat telekungnya dicuit oleh Eimar.

" Kak, kau okey? Kenapa kau menangis petang tadi? " Eishal berhenti seketika dan memandang tepat ke dalam mata lelaki itu.

" Aku mimpi.... "

Keduanya berpandangan. " mimpi apa yang teruk sangat tu sampai boleh buat akak yang beku macam freezer ni menangis? " soal Eimar pula.

" Aku mimpi ibu dengan ayah tinggalkan kita, aku mimpi diorang accident " Eimar dan Eiman terkedu. Jika mereka berada di tempat Eishal , mereka juga pasti melakukan perkara yang sama.

" Dan aku bersyukur sangat sangat sebab itu hanyalah mimpi ngeri aku " Bicara Eishal perlahan. Telekung yang dipengang diletakkan di atas rak dan berlalu keluar dari surau diikuti oleh Eimar dan Eiman.

3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔Where stories live. Discover now