36 | ♡

8.3K 376 17
                                    

KASYAF merenung tajam lelaki yang duduk berhadapan dengannya . Mujur saja pada waktu itu kedai yang mereka kunjungi penuh dengan manusia. Kalau tidak sudah lama dia melayangkan penumbuk ke wajah tampan lelaki itu.

" Aku merayu, tolonglah tinggalkan dia " Rayunya. Kasyaf tertawa sinis.

" Aku sayang dia macan nyawa aku, aku nak kan dia separuh jiwa aku. Aku berusaha macam macam untuk dapatkan dia. Kau ingat sesenang itu ke aku nak serahkan dia pada lelaki macam kau? Lelaki yang dah rosakkan masa depan Eishal? " Rayden meraup kasar wajahnya. Dia sedar yang dia bukan lah lelaki yang baik, dia pernah berlaku kejam dengan Eishal kerana salah faham.

" Kalau kau tak kesiankan aku, kesiankan Arryan.  Dia perlukan seorang ibu untuk membesar " Arryan yang sedang duduk disebelah Rayden dijeling sekilas.

" Itu masalah kau, bukan masalah aku. Anak tu anak kau! Bukan Anak Eishal . Dia tak ada kaitan dengan budak ni " Balas Kasyaf dingin.

" Kau yakin ke Eishal tu cintakan kau sepenuh hati? Aku yakin yang dalam hati dia masih ada nama aku. Mungkin dia gunakan kau untuk lupakan aku saja. Bukannya dia cintakan kau pun " Rayden sudah mula menggunakan taktik kasar.

Dia bertekad untuk mendapatkan Eishal kembali. Dia mahu gadis itu menjadi miliknya.

" Kau tak payah nak racun otak aku dengan kau punya ayat-ayat sampah la , aku kenal Eishal. Aku yakin dia cintakan aku " balas Kasyaf dengan penuh keyakinan.

" Oh really? " Rayden tersenyum sinis.

" Aku rasa kalau Eishal tak dah cintakan aku dia tak akan pakai gelang yang aku bagi waktu hari pernikahan kami dulu " Kasyaf terdiam.

" Kenapa? Tak percaya? Aku pun sama. Nampak sangat yang dia betul betul cintakan aku. Gelang tu pun dia tak bukak sampai ke hari ni " Rayden tersenyum puas apabila melihat perubahan riak wajah Kasyaf.

" Setakat gelang apalah sangat " Kasyaf cuba mentedapkan hatinya.

" Kalau kau nak tahu ,gelang tu aku tempah khas untuk dia . Kau carilah dekat mana mana kedai pun tak akan jumpa, sebab gelang tu hanya ada satu dalam dunia " Kasyaf sekali lagi mati kata.

" Aku balik dulu! " Kasyaf mencapai kunci keretanya dan terus pergi meninggalkan Rayden sendiri.














KERUSI roda ditolak merapati Kasyaf yang sedang duduk dan memerhatikan pergerakan awan di langit biru yang cerah pada petang itu.

" Mana awak pergi? Kenapa saya call tak angkat, massage tak reply? Awak dah tak sayang saya ke?  Awak pun nak tinggalkan saya? Kenapa? Sebab saya ni cacat? Saya menyusahkan awak? " air mata Eishal mula bertakung ditubir matanya.

Kasyaf terkesima.

" Maafkan saya Eishal, saya busy lately. Please jangan nangis okay, saya dah ada depan awak, saya janji saya tak akan tinggalkan awak " Tutur Kasyaf lembut. Niat nak marah terus terbantut apabila melihat wajah polos milik Eishal yang sudah dibasahi dengan air mata.

" Cantik gelang , siapa bagi? " soal Kasyaf apabila matanya tertancap pada lengan putih Eishal .

" Ouh , gelang ni " Eishal terdiam. Takkan lah dia nak cakap yang Rayden bagi? Mampus merajuk lagi si Kasyaf nanti.

" Ex husband bagi? " Dan kali ini Eishal betul betul mati kata. Macam mana lelaki itu tahu yang gelang itu adalah hadiah daripada Rayden?

" Awak masih sayangkan dia? " Soal Kasyaf lagi. Eishal menggelengkan kepalanya perlahan.

" Tak semestinya saya pakai apa yang dia bagi saya masih sukakan dia. Saya nak bukak haritu cuma asyik-asyik terlupa. Awak tak suka ke saya pakai gelang ni? " soal Eishal terus terang. Lebih baik dia jujur daripada berselindung.

Kasyaf menggelengkan kepalanya.

" I trust you " senyuman kecil terukir dibibir merah jambu lelaki itu.

Melihatkan keikhlasan Kasyaf Eishal tersenyum senang. Tangan kirinya cuba untuk membuka gelang tersebut namun tidak berjaya. Kasyaf hanya memerhatikan gerak gerinya.

" What are you doing "

" Saya tak nak disebabkan gelang ni , awak akan tinggalkan saya " Kasyaf terkedu. Wajah Eishal yang sudah berkerut kerut kerana tidak dapat membuka gelang itu diperhatikan.

Bahu Eishal disentuh perlahan.

" Stop okay? You can keep it. Yang penting saya tahu yang awak sayangkan saya " kata Kasyaf dengan suara macho nya .

" Now, lap air mata tu. Habis semua orang dekat sini ingat saya ni lelaki tak guna sebab buat awak menangis " Eishal ketawa lalu mengesat air matanya menggunakan hujung lengan cardigan.

" Macam mana awak tahu saya ada dekat sini? " soal Kasyaf sambil menolak kerusi roda Eishal mengelilingi taman tasik tersebut.

" Instinct maybe " Kasyaf ketawa. Instinct lah sangat.

" Sebenarnya setiap petang saya akan ke taman sebab saya nak tunggu awak datang. Malangnya tak ada pun " Eishal mencebik.

" Sorry okay? Saya betul-betul tak berniat nak buat awak macam tu " Kasyaf menyesal kerana terlalu mengikutkan kata hatinya.

" Tak apa , saya tahu awak mesti kecik hati dengan saya sebab Rayden kan? " Kasyaf kemam bibir.

" Saya dan dia dah tak ada apa-apa . Dan saya dah dapat terima kenyataan yang dia bukan jodoh saya " Kasyaf mengeluh, memang Eishal dah dapat terima kenyataan. Tapi tidak untuk Rayden.

" Kasyaf... " panggil Eishal

" i love you " perlahan sahaja Eishal mengungkapkan tiga perkataan itu namun dapat Kasyaf dengari . Rasa nak cium cium je pipi Eishal namun segera dia menyedarkan dirinya.

Belum halal lagi huhu.

Bibir didekatkan ke telinga Eishal lalu membisikkan sesuatu " I love you more mia bella "

















To be continued

Hello my lovelies! GKT is back!
Next update : 40 vote 20 comments

3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔Where stories live. Discover now