17 | Raya edition 2 ♡

9.4K 444 8
                                    

" Abang sana! Sana! " jerit Eishal lantang dari atas rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Abang sana! Sana! " jerit Eishal lantang dari atas rumah. Tangan menekup mulut menahan tawa apabila melihat lelaki yang berbadan sado sedang berlari mengejar seekor ayam.

" Eiman tu dekat depan kau tuuuu! " jerit Eishal lagi. Eiman menjeling kakanya. Memekak saja.

" Diam lah, kau punya suara tu sumbang kau tahu tak! Sebab tu ayam semua lari " Terus terhambur ketawa Eishal apabila melihat wajah cemberut Eiman. Dasar anak manja!

" Aduhai budak budak ni, alamat tak makan lah tetamu raya nanti. Sekor pun tak dapat tangkap? " celoteh Puan Suhana. Kepala digelengkan. Eishal ketawa lagi.

" Ibu jangan risau, biar orang pro yang buat " Eishal jungkitkan sebelah keningnya. Seluar trek dilipat sehingga ke atas lutut lengan baju disingsing sehingga ke siku .

" Eh Shal jangan nak mengada eh! Kamu tu perempuan. Buat malu je orang tengok " marah puan Suhana.

" Su, biar je si Shal turun tangkap, nak harap budak budak jantan tu memang tak masak lah kita nanti " celah Puan Hasnah . Eishal tersenyum ke arah maktoknya. Ibu jari dilagakan dengan ibu jari puan Hasnah.

Eishal mendekati Rayden dan adik adiknya yang sedang kusyuk memerhatikan ayam yang sedang duduk disebelah reban.

" Eh sayang! Kenapa turun? Pergi naik balik panas ni " halau Rayden apabila melihat kelibat Eishal di celah Eimar dan Eiman.

Rayden merangkak perlahan lahan mendekati ayam tersebut. Dalam kiraan tiga mereka terus melompat ke arah ayam tersebut.

Pft

" Gelak, gelak. Ingat senang ke? " berang Eimar apabila ayam itu terlepas .

Eishal mengikat rambutnya tinggi. Dengan selambanya dia berjalan ke arah ayam yang berhampiran dengan nya lalu memegang kedua belah kaki ayam tersebut. Mata mereka bertiga membutang. Semudah itu? Ayam dihulurkan kepada Encik Halim .

" Kalau abang nak tahu ,kerja tangkap ayam ni sebenarnya memang kerja akak. Ayam ayam ni semua kawan kawan dia itu yang dengar cakap tu " celah Eiman. Rayden ketawa.

Sedang mereka sedang leka bergelak ketawa. Tiga biji kereta masuk ke halaman rumah puan Hasnah.

" Assalamualaikum! " mereka berpandangan . Puan Hasnah dan puan Suhana menuju ke pintu hadapan rumah dan menyambut mereka.

" Nasha ke? " soal Eishal.

" Eh ibu kata nasha balik kelate, bukan kot " nafi Eiman. Keduanya sudah menggelengkan kepala. Katakanlah kalau si Nasha beraya bersama mereka? Hancur dunia.

" Eh abang Hensem " kesemua mereka menoleh. Eiman dan Eimar mengeluh hampa. Rasa menyesal kerana balik awal ke kampung mula membuak buak didalam hati.

Nasha berjalan ke arah Rayden. Matanya di kerdipkan beberapa kali, rambut pula sudah dua tiga kali dibetulkan. Belum sempat Nasha memaut lengan Rayden pantas Eishal menarik Rayden menjauhi perempuan itu.

3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔Where stories live. Discover now