34 | ♡

8.6K 417 20
                                    

E i s h a l
—————
“ Mengapa engkau perlu kembali disaat aku baru sahaja ingin kembali kuat? ”


















PANDANGAN mereka bertautan lama. Hati yang dahulunya sudah sembuh kini terasa peritnya. Perit apabila berhadapan dengannya.

" Kau... Sihat? " Soalnya pendek . Mata tidak berhenti menatap wajah beku yang amat dirinduinya bagai nak gila itu.

" Macam yang awak lihat, saya cacat " Balas Eishal dengan selambanya , padahal di dalam diam dia sedang berusha sedaya upaya menahan rasa debar dan gugup apabila berhadapan dengan lelaki itu selepas tiga tahun mereka berpisah.

" tapi kau masih sempurna di mata aku " Rayden bersuara lembut membuatkan hati perempuan Eishal bergetar hebat. Allah, bantulah hamba mu ini ..

" Sudahlah Rayden, saya nak balik . Saya ada banyak kerja nak kena buat, assalam–" tangan Eishal yang cuba menolak kerusi roda itu ditahan oleh Rayden.

" Please stay, bagi aku peluang untuk tatap wajah kau puas puas. Aku rindu " Eishal ketap bibir. Dia tak kuat! Hatinya menjerit jerit apabila melihat wajah mendung milik lelaki yang pernah bertakhta di hatinya itu.

Dia akur. Mata memandang ke arah Anak kecil yang berada di sisi Rayden.

Kalau aku masih bersama dia mesti anak kami dah besar sekarang... Ish jangan bermimpi lah Eishal. Kau tak nampak ke yang dia dah ada anak dengan Danielle? Getus hatinya.

" My son , Ash Arryan "

Hati Eishal bagaikan retak seribu apabila Rayden memperkenalkan kanak kanak itu sebagai anak lelakinya. Hancur hatinya apabila melihat lelaki itu bahagia tanpa dirinya di sisi.

" Awak bahagia? " terpancul soalan itu dari mulut Eishal. Entah dari mana dia mendapat kekuatan untuk bertanyakan perihal itu yang sudah tentu jawapan Rayden akan membuatkan hatinya bertambah sakit.

Rayden melepaskan nafasnya sebelum bersuara " Ya, aku bahagia. Dan aku tak pernah rasa sebahagia ini "

Eishal cuba untuk terus tersenyum walaupun hakikatnya dia lemah! Rasa seperti hendak meraung raung sahaja dihadapan Rayden.

" Baguslah, okey lah saya nak kena gerak sekarang sebab Eiman dah tunggu lama sangat " Pamit Eishal. Rayden hanya mengangguk perlahan.

" Ash , Auntie pergi dulu ya? Kalau ada rezeki kita jumpa lagi ya? " Dahi Ash Arryan dicium sayang walaupun si kecil itu bukan anaknya dan Rayden.

" Bye mama! Ash nona mishciuuu (Ash gonna miss you ) " Eishal tersenyum kelat. Eiman yang baru tiba di meja mereka terus menarik kerusi roda Eishal lalu ditolak keluar dari kedai tersebut.

" Maafkan aku Eishal, aku terpaksa " ucapnya perlahan.

" Aku tak benarkan kau jumpa kakak aku , ingat balik apa yang kau dah buat pada dia! " Eiman mencengkam kolar baju Rayden kasar.

" Bagi aku peluang untuk tatap wajah dia, aku cuma rindu , rindu nak dengar suara dia , rindu dengan panahan mata dia " Suara Rayden yang mengundur itu tidak dipedulikan oleh Eiman.

3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔Where stories live. Discover now